Buku Kau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kau
Buku Kau ialah sebuah buku yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher.
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
GenreCereka
Penerbitan
PenerbitEyeroom editor & publisher
Tarikh penerbitan
2011
Jenis media
Buku eletronik

KAU[sunting | sunting sumber]

KAU merupakan i-Novel yang ditulis oleh Maharatu Rafidah Mohamad yang diterbitkan oleh Eyeroom editor & publisher pada tahun 2011. i-Novel Kau ini juga telah memenangi sebagai i-Novel 'One Night Stand' berbahasa Melayu pertama. i-Novel Kau ini mengisahkan Hasmin Maya Manaf adalah seorang penulis cerita kanak-kanak yang sangat terkenal namun apabila dia menghasilkan sebuah novel yang bertajuk KAU, kedudukannya sebagai penulis berjaya itu mula goyah.

Dalam pada masa yang sama, dia bertemu dengan seorang pensyarah yang bernama Iskandar Redhauddin Mokhtar yang memiliki personality menawan namun memiliki sikap yang dingin, suka menyendiri dan panas baran. Setiap kali mereka bertemu, mereka akan bertengkar dan tidak mahu mengaku kalah antara satu sama yang lain.

Iskandar akhirnya nekad untuk mengahwini Hasmin apabila mengetahui bahawa Hasmin ada kaitan dengan sejarah hidupnya sebelum ini. Sejak perkahwinan mereka, Hasmin mula dihantui dengan pelbagai kejadian menakutkan yang hampir meragut nyawanya. Setelah Hasmin mengetahui Iskandar adalah pewaris untuk menjaga harta kekayaan keluarganya yang mana di dalam wasiat itu jelas menyatakan harta kekayaan itu akan diserahkan sepenuhnya kepada anak di dalam kandungannya, maka kejadian-kejadian aneh yang sengaja dilakukan hampir sahaja membunuh Hasmin dan juga kandungannya.

Hasmin mula mengesyaki kejadian-kejadian aneh itu dirancang oleh Iskandar, suaminya sendiri dan dalam pada masa yang sama juga, Iskandar sendiri berpendapat, kejadian-kejadian aneh itu sengaja dirancang oleh Hasmin sendiri semata-mata untuk mendapatkan harta kekayaan miliknya itu. Ia telah diterjemahkan ke dalam empat bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Jerman. Malah, ia juga telah diulang cetak sebanyak tiga kali sepanjang tahun 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]