Buku Kuning

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buku Kuning atau Draf Rancangan Pembangunan (DRP) merujuk kepada rancangan pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan rancangan rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang menjadi tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan.

Buku Kuning tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia.