Buku tulis

Buku tulis (Jawi: بوکو توليس; juga dikenali sebagai buku catat dan buku nota) ialah buku atau timbunan halaman kertas (lazimnya bergaris) digunakan untuk tujuan seperti catatan, rakaman harian, lukisan dan lain-lain.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Zaman awal
[sunting | sunting sumber]Bentuk buku tulis terawal ialah tablet lilin yang digunakan sebagai permukaan tulisan yang boleh diguna semula dan mudah alih pada zaman purba klasik dan sepanjang Zaman Pertengahan.[1]
Apabila kertas semakin mudah diperoleh di rantau Eropah sejak abad ke-11, tablet lilin semakin kurang digunakan. Meskipun begitu, ia kekal digunakan di England yang tidak memiliki kilang kertas yang berjaya sehingga akhir abad ke-16.[1][2]
Sebagai buku meja
[sunting | sunting sumber]Walaupun kertas lebih murah berbanding lilin, harganya tetap tinggi, menjadikan buku tulis boleh padam lebih popular, diperbuat daripada kertas yang dirawat khas dan boleh dilap bersih untuk diguna semula. Ini biasanya dikenali sebagai buku meja, dan sering dirujuk dalam kesusasteraan Zaman Pembaharuan, termasyhurnya di dalam Hamlet karya Shakespeare.[1]
Meskipun buku meja sebegini begitu lazim digunakan padazaman Shakespeare, sedikit sahaja yang masih bertahan sehingga gini, dan tidak banyak yang diketahui tentang sifat, kegunaan, atau sejarah pengeluarannya secara khusus.[1][3] Edisi terawal yang masih ada, diikat dengan almanak bercetak, telah dibuat di Antwerp, Belgium, pada tahun 1527.
Menjelang penghujung dasawarsa ini, buku meja telah diimport ke England, dicetak di London dari tahun 1570-an.
Namun, pada masa ini, konsep buku tulis boleh padam masih sesuatu yang baharu kepada orang awam Britain.[1]
Helaian beberapa buku meja diperbuat daripada kulit keldai,[1] gading,[4] atau papan tampal mudah. [3] Salutan dibuat daripada campuran gam dan gesso, dan eksperimen pada zaman moden telah menunjukkan bahawa tulisan dakwat, grafit dan kalam perak boleh dipadamkan dengan mudah daripada halaman yang dirawat dengan penggunaan span basah atau hujung jari.[1]
Ada juga kemungkinan jenis buku tulis lain telah diguna pakai pada masa ini. Penulis abad ke-17 Samuel Hartlib menulis tentang buku meja yang diperbuat daripada batu tulis yang "tidak perlu dibersihkan dengan span atau kain sehingga menjemukan".[5]
Stilus boleh digunakan untuk menulis pada halaman buku meja, menjadikannya lebih mudah kerana sebarang catatan serta merta boleh ditulis tanpa memerlukan bekas dakwat (pensel grafit belum digunakan secara umum sehingga akhir abad ke-17). Buku meja digunakan semua golongan orang, daripada pedagang hingga bangsawan, dan ia digunakan untuk berbagai-bagai tujuan.[1]
Menjelang awal abad ke-19, permintaan untuk buku tulis boleh padam semakin berkurangan disebabkan pengeluaran besar-besaran pena dakwat dan pembangunan kaedah yang lebih murah untuk membuat kertas.[1] Buku tulis kertas biasa menjadi lazim digunakan. Semasa Zaman Pencerahan, pelajar sekolah Britain biasanya diajar cara membuat buku tulis sendiri daripada helaian kertas longgar, satu proses yang melibatkan melipat, menindik, mengumpul, menjahit dan/atau mengikat helaian tersebut.[6]
Bentuk
[sunting | sunting sumber]

Ikatan
[sunting | sunting sumber]Jenis pengikatan utama ialah jahitan, pilinan, kerda, cakera, cangkuk, sempurna, dan gam, dan sesetengahnya boleh digabungkan. Kaedah pengikatan boleh menjejaskan sama ada buku tulis tersebut boleh terbaring rata apabila dibuka dan sama ada halaman tersebut berkemungkinan kekal tersambung.
Lazimnya buku ikatan pilinan lebih murah untuk dibeli, di mana sebuah dawai digelung dalam bentuk pilin melalui tebuk besar di bahagian atas atau sisi halaman. Terdapat juga buku tulis lain yang menggunakan gam untuk menyatukan halaman.[7]
Kulit
[sunting | sunting sumber]Bahan kulit biasanya berbeza daripada bahan permukaan tulisan, lebih tahan lama, dengan lebih hiasan, dan lebih kukuh.
Ia juga lebih keras berbanding halaman. Bahan kulit tidak boleh merosakkan buku atau menyebabkan ketidakselesaan.
Pracetak
[sunting | sunting sumber]Buku yang digunakan untuk melukis dan buku skrap biasanya mempunyai halaman kosong.
Buku untuk menulis biasanya mempunyai beberapa jenis cetakan pada bahan tulisan seperti garisan untuk menyelaraskan tulisan atau memudahkan jenis lukisan tertentu. Banyak buku tulis juga mempunyai hiasan grafik.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e f g h i Stallybrass, P.; Chartier, R.; Mowery, J. F.; Wolfe, H. (Winter 2004). "Hamlet's Tables and the Technologies of Writing in Renaissance England". Shakespeare Quarterly. 55 (4): 379–419. doi:10.1353/shq.2005.0035. JSTOR 3844198. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "SQ" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Bower, Jacqueline (2000). "Kent Towns, 1540–1640". Dalam Zell, Michael (penyunting). Early Modern Kent 1540–1640. Boydell Press. m/s. 170. ISBN 0-85115-585-5. Diarkibkan daripada yang asal pada 2024-03-11. Dicapai pada 2023-07-10.
- ^ a b Woudhuysen, H. R. (2004). "Writing-Tables and Table-Books". Electronic British Library Journal. doi:10.23636/924. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "HRW" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Stallybrass, Peter (October 2004). "The Library and Material Texts". PMLA. 119 (5): 1347–1348. doi:10.1632/003081204X17914.
- ^ Yeo, Richard (2014). Notebooks, English Virtuosi, and Early Modern Science. University of Chicago Press. m/s. 104. ISBN 978-0-226-10656-4.
- ^ Eddy, Matthew Daniel (2018). "The Nature of Notebooks: How Enlightenment Schoolchildren Transformed the Tabula Rasa". Journal of British Studies. 57 (2): 275–307. doi:10.1017/jbr.2017.239.
- ^ "Adhesive Binding". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-23. Dicapai pada 2006-05-08.