Bulan (takwim)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bulan (Jawi: بولن) ialah seunit masa yang disukat melalui takwim, yang lebih kurang sama lamanya dengan sesuatu tempoh kitaran Bulan. Konsep ini berasal daripada kitaran fasa bulan; tempoh bulan (qamariah) sebegini dipanggil bulan sinod yang mengambil masa 29.53 hari. Daripada kajian alat gundal tinggalan purba, para pengkaji mengesahkan manusia tahu menghitung hari mengikut peredaran bulan seawal Zaman Paleolitik lagi. Bulan sinod tetap menjadi asas kepada kebanyakan takwim yang dipakai hari ini.