Bulan Bahasa Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bulan Bahasa Kebangsaan
Logo Bulan Bahasa Kebangsaan
Logo Bulan Bahasa Kebangsaan
Maklumat
SingkatanBBK
PentadbirDewan Bahasa dan Pustaka
StatusAktif
Penubuhan1960-an
Laman Web
Bulan Bahasa Kebangsaan DBP

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan suatu program yang memfokuskan kempen cintai bahasa Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia agar dapat menyemarakkan dan seterusnya memartabatkan bahasa kebangsaan negara tersebut dalam pelbagai aspek dan bidang yang boleh memaju ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia yang praktikal dan realistik.

Tujuan utama[sunting | sunting sumber]

Tujuan utama penganjuran program ini adalah:

  1. Untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  2. Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  3. Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  4. Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tempoh pelaksanaan[sunting | sunting sumber]

Program Bulan bahasa Kebangsaan (BBK) dijalankan sepanjang bulan Oktober setiap tahun, pelbagai pengisian program telah dirangka oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka pusat dan negeri sepanjang tempoh pelaksanaannya.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada asalnya program seumpama ini telah dijalankan sepanjang dekat 60-an bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996), Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998). Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN).

Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, yang pada ketika itu ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Manakala pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) sehingga kini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]