Bulan Di Kota Langit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bulan Di Kota Langit
Genre
Ditulis olehFaten Syamimie
PengarahOllynn Khadri
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanDari Hati - 6ixth Sense
Lagu penutupDari Hati - 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
CMA Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV Okey
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Jun 2020 (2020-06-13) – 2 Julai 2020 (2020-07-02)
Kronologi
MengikutiAlergi Mamat Romantik
Diikuti olehDia Bidadari Dari Syurga

Bulan Di Kota Langit ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Ollynn Khadri, di bintangi oleh Risteena Munim, dan Isa Khan. Siri ini memulakan tayangan di TV Okey pada 13 Jun 2020.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Munirah (Risteena Munim) bersama empat orang abangnya setelah ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Munirah berjaya melanjutkan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.

Abangnya yang pertama Amirul (Fezrul Khan) sebagai ahli bomba, Aqil (Fazren Rafi) seorang peguam, Afiq (Fahmy Reza) sebagai doktor dan Aathi (Fariz Redzwan) merupakan pelajar kolej.

Kisah kerukunan adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Satu hari Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Aathif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Aathif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif rasa bersalah sebab ini rancangannya. Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif. Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair (Qi Razali) seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Tanpa diduga dia bertemu dengan pemuda Indonesia bernama Aditya lakonan (Isa Khan) yang merupakan penghidap penyakit tumor otak. Aditya sebenarnya melarikan diri daripada orang-orang di sekelilingnya sementara menantikan hari pembedahan yang bakal dijalankan ke atasnya. Apatahlagi dia sendiri sedar tiada jaminan untuk penyakitnya sembuh sepenuhnya meskipun setelah menjalani pembedahan.

Siapakah antara Aditya atau Uzair yang menjadi pilihan Munirah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Bulan Di Kota Langit mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.