Bulan gelap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bulan gelap menerangkan keadaan Bulan ketika ia tidak kelihatan akibat berada selari dengan Matahari. Tempoh bulan gelap adalah antara 1.5 dan 3.5 hari, bergantung kepada kedudukan Bumi dan Matahari.

Dalam kegunaan astronomi, anak bulan berlaku ketika tempoh ini, iaitu apabila bulan dan matahari bersilang. Takrifan ini telah menjadi terkenal, hinggakan kalendar akan menunjukkan tarikh "anak bulan" berbanding "bulan gelap". Walau bagaimanapun, "anak bulan" asalnya merujuk kepada sabit ada malam pertama ia muncul, satu atau dua hari selepas persilangan. Rekod maritim daripada abad kesembilan belas telah membezakan antara bulan gelap (tanpa bulan) dengan anak bulan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]