Bulan purnama gedang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Penjajaran diameter ketara bulan purnama biasa pada 20 Disember 2010 (kiri) dan purnama gedang pada 19 Mac 2011 (kanan) seperti yang dilihat dari Bumi.

Bulan purnama gedang[1] atau bulan purnama raya[2] ialah bulan purnama atau anak bulan yang hampir sekena dengan perigi—yang paling hampir dengan Bulan datang ke Bumi dalam orbit eliptiknya—menghasilkan saiz ketara cakera bulan yang lebih besar sedikit daripada biasa seperti yang dilihat dari Bumi.[3] Nama teknikalnya ialah sizigi perigi (sistem Bumi–Bulan–Matahari) atau bulan purnama (atau anak bulan) keliling perigi.[a] Oleh kerana istilah bulan purnama gedang adalah dari segi astrologi, ia tidak mempunyai takrifan astronomi yang tepat.[4]

Perkaitan sebenar Bulan dengan kedua-dua pasang surut lautan dan kerakan telah menyebabkan dakwaan bahawa fenomena purnama gedang mungkin dikaitkan dengan peningkatan risiko kejadian seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi, tetapi tiada perkaitan sedemikian ditemui.[5]

Fenomena yang bertentangan, sizigi apogi atau bulan purnama (atau anak bulan) keliling apogi, dinamakan bulan purnama ketek[b] atau bulan purnama seni.[c][6]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Istilah "bulan purnama gedang" (supermoon) dikaitkan dengan ahli astrologi Richard Nolle ketika membaca "Peranan Strategik Pasangsurut Perbani Perigi dalam Sejarah Nautika dan Banjir Pesisir" yang diterbitkan pada tahun 1976 oleh kajiairwan NOAA Fergus Wood.[7][8][9] Dalam nyatanya, tiada takrifan rasmi atau konsisten tentang berapa dekat perigi bulan purnama mesti berlaku untuk menerima label bulan purnama gedang, dan anak bulan jarang menerima label bulan purnama gedang.

Nolle[sunting | sunting sumber]

Nolle menerangkan konsepnya dalam Dell Horoscope suntingan 1979 termasuk kedua-dua bulan purnama dan anak bulan, tetapi tidak pernah menerangkan mengapa beliau memilih 90% dan tidak menyediakan formula muktamad untuk menentukan samada bulan purnama atau anak bulan bersifat "gedang". Takrifan asas 1979 dibacakan:[4]

... a new or full moon which occurs with the Moon at or near (within 90% of) its closest approach to Earth in a given orbit (perigee). In short, Earth, Moon and Sun are all in a line, with Moon in its nearest approach to Earth.

— Richard Nolle, Dell Horoscope Magazine, 1979[10]

Nolle meminda takrifannya pada tahun 2000 dengan menyatakan jarak bulan purnama atau anak bulan yang diberikan dinilai dengan 90% daripada jarak purata perigi. Nolle (dengan salah) merujuk:

A SuperMoon is a perigee-syzygy, a new or full moon (syzygy) which occurs when the Moon is at 90% or greater of its mean closest approach to Earth (perigee).

— Richard Nolle, 2000, Century 21 CE SuperMoon Table[11]
Imej NASA menunjukkan perbandingan bulan purnama gedang (kiri) dan bulan purnama ketek (kanan).

Pada tahun 2011, Nolle menambah apogi dalam pertimbangannya dan menjelaskan bahawa beliau mendasarkan pengiraannya pada 90% perbezaan dalam lampauan apsis cendera untuk tahun suria. EarthSky mencerakinkan jadual Nolle dan menerangkan takrifan yang dikemaskini bahawa bulan purnama atau anak bulan akan dianggap sebagai bulan purnama gedang jika di mana ialah jarak bulan pada sizigi, ialah jarak bulan pada apogi, dan ialah jarak bulan pada perigi. Nolle mendasarkan lampauan apsis min dengan merujuk (dengan salahnya) rencana Wikipedia mengenai perkara tersebut dan tiba di:[12][13]

 

any lunation closer than 368,630 km. = SuperMoon.

— Richard Nolle, 2011, Supermoon, What It Is, What It Means[13]

Nolle juga menambah konsep bulan purnama gedang lampau pada tahun 2000 yang menggambarkan konsep itu sebagai mana-mana anak bulan atau bulan purnama yang berada pada "100% atau lebih besar daripada purata perigi".

Espenak[sunting | sunting sumber]

Istilah sizigi-perigi atau perigi purnama/anak bulan dicenderung dalam komuniti saintifik.[14] Perigi ialah tahap di mana Bulan berada paling hampir dalam orbitnya dengan Bumi, dan sizigi ialah apabila Bumi, Bulan, dan Matahari sejajar, yang berlaku pada setiap bulan purnama atau anak bulan. Ahli astrofizik Fred Espenak menggunakan takrifan Nolle tetapi cenderung pada label bulan purnama pada perigi dalam bulan purnama yang berlaku "dalam 90% daripada pendekatan terdekatnya dengan Bumi dalam orbit tertentu" berbanding pengiraan Nolle berdasarkan semua orbit yang paling hampir semasa tahun suria.[15] Wood menggunakan takrifan bulan purnama atau anak bulan yang berlaku dalam masa 24 jam selepas perigi dan juga menggunakan label sizigi-perigi.[9]

Takrifan lain[sunting | sunting sumber]

Majalah Sky and Telescope memilih takrifan 223,000 batu (358,884 km).[16]

TimeandDate.com lebih cenderung takrifan 360,000 kilometer (223,694 bt).[17]

EarthSky menggunakan takrifan Nolle yang membandingkan penghitungan mereka dengan jadual yang diterbitkan oleh Nolle pada tahun 2000.[12]

Wood juga mencipta istilah proksigi yang kurang digunakan di mana perigi dan bulan purnama atau anak bulan dipisahkan selama 10 jam atau kurang.[9]

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Daripada 12 atau 13 kemungkinan bulan purnama (atau anak bulan) setiap tahun, biasanya tiga atau empat boleh dikelaskan sebagai bulan purnama gedang, seperti yang ditakrifkan lazimnya.

Bulan purnama gedang terbaru berlaku pada 13 Julai 2022, dan yang seterusnya ialah pada 12 Ogos 2022.[15]

Bulan purnama gedang pada 14 November 2016 ialah kejadian purnama paling dekat sejak 26 Januari 1948 dan tidak akan diatasi sehingga 25 November 2034.[18]

Bulan purnama gedang penuh paling dekat pada abad ke-21 akan berlaku pada 6 Disember 2052.[19]

Bulan purnama gedang akan menjadi titik bertanda yang paling hampir dengan bahagian bawah graf.

Sifat ayunan jarak ke bulan purnama atau anak bulan adalah disebabkan oleh perbezaan antara bulan sinod dan anomali.[15] Tempoh ayunan ini ialah kira-kira 14 bulan sinod, iaitu hampir 15 bulan anomali. Jadi setiap 14 bulan terdapat bulan purnama yang paling hampir dengan perigi.

Kadangkala, bulan purnama gedang akan sekena dengan gerhana bulan penuh. Kejadian terbaru berlaku pada Mei 2022 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada Oktober 2032.[15]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Bulan purnama gedang pada 19 Mac 2011 (kanan), berbanding dengan purata bulan purnama pada 18 Januari 2011 (kiri), seperti yang dilihat dari Bumi.

Bulan purnama di perigi kelihatan kira-kira 14% lebih besar diameternya daripada pada apogi.[20] Ramai pemerhati menegaskan bahawa bulan kelihatan lebih besar pada pandangan mereka. Hal ini mungkin disebabkan oleh pemerhatian sejurus selepas matahari terbenam apabila bulan berada berhampiran ufuk dan ilusi bulan berada pada tahap yang paling jelas.[21]

Walaupun kekilapan permukaan bulan kekal sama, kerana ia lebih dekat dengan bumi, kecahayaan adalah kira-kira 30% lebih terang daripada titik paling jauh, atau apogi. Ini disebabkan oleh hukum cahaya kuasa dua songsang yang mengubah jumlah cahaya yang diterima di bumi dalam perkadaran songsang dengan jarak dari bulan.[22] Bulan purnama gedang terus di atas boleh memancar (memantul) cahaya sehingga 0.36 lux.[23]

Kesan di Bumi[sunting | sunting sumber]

Dakwaan bahawa bulan purnama gedang boleh menyebabkan bencana alam, dan dakwaan Nolle bahawa bulan purnama gedang menyebabkan "tekanan geofizik", telah disangkal oleh saintis.[4][24][25][26]

Walaupun kekurangan bukti saintifik, terdapat spekulasi media bahawa bencana alam, seperti gempa bumi dan tsunami Tohoku 2011 dan gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004, dikaitkan dengan tempoh 1-2 minggu mengelilingi bulan purnama gedang.[27] Gempa bumi besar bermagnitud 7.5 berpusat 15 km timur laut Culverden, New Zealand pada 00:03 NZDT pada 14 November 2016, juga bertepatan dengan bulan purnama gedang.[28][29] Gempa bumi Tehran pada 8 Mei 2020, juga bertepatan dengan bulan purnama gedang.

Para saintis telah mengesahkan bahawa kesan gabungan Matahari dan Bulan ke atas lautan Bumi, pasang surut,[30] adalah paling hebat apabila Bulan dalam keadaan samada anak bulan atau purnama.[31] dan ketika perigi bulan berlangsung, daya pasang surut agak kuat,[32] mengakibatkan pasang surut perbani perigi. Walau bagaimanapun, walaupun pada tahap yang paling kuat, daya ini masih agak lemah,[33] menyebabkan perbezaan pasang surut dalam lingkungan incian paling banyaknya.[34]

Gerhana bulan penuh[sunting | sunting sumber]

Gerhana bulan penuh yang terjadi pada hari bulan purnama gedang dan bulan purnama ketek agak jarang berlaku. Pada abad ke-21, terdapat 87 gerhana bulan penuh, di mana 28 daripadanya ialah bulan purnama gedang dan 6 daripadanya ialah bulan purnama ketek. Hampir semua gerhana bulan penuh dalam Lunar Saros 129 merupakan gerhana bulan purnama ketek. Contoh gerhana bulan purnama gedang ialah gerhana bulan September 2015.

Gerhana matahari anulus[sunting | sunting sumber]

Gerhana matahari anulus berlaku apabila diameter jelas Bulan lebih kecil daripada Matahari. Hampir semua gerhana matahari anulus antara 1880 dan 2060 di Solar Saros 144 dan hampir semua gerhana matahari anulus antara 1940 dan 2120 dalam Solar Saros 128 merupakan gerhana matahari anulus bulan purnama ketek.[35]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ LIhat perigi and sizigi
  2. ^ 'Ketek' ialah antonim kepada 'gedang'.
  3. ^ 'Seni' ialah antonim kepada 'raya'.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Yahaya, Ritah (17 April 2021). "Fenomena Bulan Purnama Gedang (Supermoon)". Dewan Kosmik. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  2. ^ "Purnama Raya". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dicapai pada 15 Julai 2022.
  3. ^ Staff (September 7, 2014). "Revisiting the Moon". New York Times. Dicapai pada September 8, 2014.
  4. ^ a b c Plait, Phil. "Kryptonite for the supermoon". Bad Astronomy. Discover. Diarkibkan daripada yang asal pada October 22, 2019. Dicapai pada August 29, 2015.
  5. ^ Rice, Rachel. "No Link Between 'Super Moon' and Earthquakes". Discovery News. Dicapai pada March 20, 2015.
  6. ^ "What Is a Micromoon?". timeanddate.com. Stavanger, Norway: Time and Date AS. Dicapai pada August 6, 2018.
  7. ^ Nolle, Richard. "The SuperMoon and Other Lunar Extremes". Mountain Astrologer. Oct/Nov 2007: 20–21.
  8. ^ "What is a Super Moon". Actforlibraries.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-10.
  9. ^ a b c Fergus, Wood (1976). The Strategic Role of Perigean Spring Tides in Nautical History and Coastal Flooding, 1635-1976. Washington DC: NOAA.
  10. ^ Nolle, Richard. "Supermoon". Astropro (No publication date; modified March 10, 2011). Dicapai pada 14 March 2011.
  11. ^ "Astrologer Richard Nolle's Century 21 CE SuperMoon Table". www.astropro.com. 2000. Dicapai pada 2020-03-08.
  12. ^ a b "November 2017 full moon a supermoon? | EarthSky.org". earthsky.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-01-08.
  13. ^ a b Nolle, Richard (2011). "SuperMoon: What It Is, What It Means". www.astropro.com. Dicapai pada 2018-01-08.
  14. ^ Phillips, Tony (May 2, 2012). "Perigee "Super Moon" On May 5–6". NASA Science News. NASA. Dicapai pada 6 May 2012.
  15. ^ a b c d Espenak, Fred. "Full Moon at Perigee (Super Moon): 2001 to 2100". astropixels.com. Dicapai pada 2020-03-12.
  16. ^ "What is a Supermoon? Facts vs. Fiction". Sky & Telescope (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-08. Dicapai pada 2020-03-08.
  17. ^ "Super Full Worm Moon Lights Up the March Sky". www.timeanddate.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-08.
  18. ^ "What is a supermoon?". Dicapai pada 14 November 2016.
  19. ^ "Closest supermoon since 1948!". EarthSky. 12 November 2016. Dicapai pada 14 November 2016.
  20. ^ "Supermoon 2018: When and How to See January's Two Full Moons". Space.com. Dicapai pada 2018-01-10.
  21. ^ "What Is A Supermoon? Facts vs. Fiction - Sky & Telescope". Sky & Telescope (dalam bahasa Inggeris). 2016-11-08. Dicapai pada 2018-01-10.
  22. ^ Phillips, Tony (March 16, 2011). "Super Full Moon". Science@NASA Headline News. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada May 7, 2012. Dicapai pada 22 June 2013.
  23. ^ Kyba, Christopher C M; Mohar, Andrej; Posch, Thomas (1 February 2017). "How bright is moonlight?". Astronomy & Geophysics. 58 (1): 1.31–1.32. doi:10.1093/astrogeo/atx025.
  24. ^ "Can the position of the Moon affect seismicity?". The Berkeley Seismological Laboratory. 1999. Dicapai pada 14 March 2011.
  25. ^ Fuis, Gary. "Can the position of the moon or the planets affect seismicity?" (No publication date). U.S. Geological Survey: Earthquake Hazards Program. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 May 2011. Dicapai pada 14 March 2011.
  26. ^ Wolchover, Natalie (March 9, 2011). "Will the March 19 "SuperMoon" Trigger Natural Disasters?". Life's Little Mysteries. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 March 2011. Dicapai pada 15 March 2011.
  27. ^ Paquette, Mark (March 1, 2011). "Extreme Super (Full) Moon to Cause Chaos?". Astronomy Weather Blog. AccuWeather. Dicapai pada 14 March 2011.
  28. ^ "GeoNet - Quakes". Dicapai pada 13 November 2016.
  29. ^ Andrew Griffin. "Supermoon: Biggest in living memory to appear in the sky, as 2016 ends with three huge full moons in a row". The Independent. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-25.
  30. ^ Plait, Phil (2008). "Tides, the Earth, the Moon, and why our days are getting longer". Bad Astronomy (Modified March 5, 2011). Dicapai pada 14 March 2011.
  31. ^ Sumich, J.L. (1996). "Animation of spring and neap tides". NOAA's National Ocean Service. Dicapai pada June 22, 2013.
  32. ^ "Apogee and Perigee of the Moon". Moon Connection (No publication date). Dicapai pada 14 March 2011.
  33. ^ Plait, Phil (March 11, 2011). "No, the 'supermoon' didn't cause the Japanese earthquake". Discover Magazine. Dicapai pada 14 March 2011.
  34. ^ Rice, Tony (4 May 2012). "Super moon looms Saturday". WRAL-TV. Dicapai pada 5 May 2012.
  35. ^ "Moon at Perigee and Apogee: 2001 to 2100". astropixels.com. Dicapai pada 2018-11-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]