Bulbophyllum nocturnum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bulbophyllum nocturnum
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Monocots
Order: Asparagales
Keluarga: Orchidaceae
Genus: Bulbophyllum
Seksyen: B. sect. Epicrianthes
Spesies: B. nocturnum
Nama binomial
Bulbophyllum nocturnum
J. J. Verm. & al.

Bulbophyllum nocturnum adalah satu spesies orkid epiphyte yang tumbuh dikawasan New Britain. Ia dibentangkang pada tahun 2011, dan ini adalah salah satu spesies bunga yang kembang pada waktu malam dan menguncup pada waktu siang.[1]

Taburan[sunting | sunting sumber]

Bulbophyllum nocturnum tumbuh sebagai epiphyte dihutan hujan dari New Britain pada altitud 240–300 meter (790–980 ka).[1][2] Jenis spesimen ini dijumpai disebuah kawasan pembalakan, sekitar Hulu Sungai Argulo di Wiliyah Barat New Britain.[1] Bunga ini dikretriakan dibawah yang biasa digunakan oleh IUCN Red List iaitu B. nocturnum yang bermaksud Kekurangan Data.[3]

Pengenalan dan fenologi[sunting | sunting sumber]

Bulbophyllum nocturnum mempunyai daun-daun 6.2 sentimeter (2.4 in) panjang dan 3.2 cm (1.3 in) lebar. Ia menghasilkan bunga berbatang hanya 5 mm (0.2 in) panjang, yang menanggung berjambak bunga terdiri daripada bunga tunggal. Bunganya berukuran sekitar 2 cm (0.8 in) panjang, dengan sepal diwarnai hijau kekuningan dan sedikit warna merah berhampiran pangkal; hujung bunga berwarna merah gelap, sementara disetiap kelopak bunga diwarnai merah kuning; kelopak apendej berwarna kekelabuan.[1]

B. nocturnum dipercayai satu-satunya spesis orkid untuk secara rutin kembang pada waktu malam.[1] Spesies orkid lain yang dikenali Dendrobium amboinense, telah dilaporkan oleh sesetengah bunga mengembang pada tengah malam dan menguncup sebelum tengah hari, manakala laporan lain menyatakan bahawa bunga ini juga kembang pada waktu subuh.[3] Pendebungaan B. nocturnum masih tidak diketahui, kerana masa bungan itu kembang sangat sekejap.[4]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Bulbophyllum adalah genus terbesar dalam keluarga Orchidaceae, dan juga salah satu genus terbesar tumbuhan berbunga.[1] Sek. B. Epicrianthes adalah seksyen genus yang terdiri daripada 38 spesies, 18 adalah dari endemik kepada New Guinea. Bunga dalam seksyen ini dianggap "pelik", dengan apendej daripada kelopak sering melekat lama, jambak yang banyak, dan apendej sering dianggap badan berbuah dari acuan lendir seperti Arcyria dan Stemonitis.[1] B. nocturnum telah diterangkan pada tahun 2011 oleh satu pasukan saintis dari Royal Botanic Gardens, Kew dan Universiti Leiden, dalam sebuah Journal Taman Botani Persatuan Linnean. gelaran tertentu nocturnum merujuk kepada fenologi poko berbunga malam.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h André Schuiteman, Jaap Jan Vermeulen, Ed de Vogel & Art Vogel (2011). "Nocturne for an unknown pollinator: first description of a night-flowering orchid (Bulbophyllum nocturnum)". Botanical Journal of the Linnean Society. 167 (3): 344–350. doi:10.1111/j.1095-8339.2011.01183.x. 
  2. ^ Mark Kinver & Victoria Gill (22 November 2011). "Botanists discover 'remarkable' night-flowering orchid". BBC News. Dicapai 22 November 2011. 
  3. ^ a b "Bulbophyllum nocturnum". Species profile. Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai 22 November 2011. 
  4. ^ Tom Lawrie (23 November 2011). "World's first night-flowering orchid discovered". Australian Geographic. Dicapai 30 November 2011.