Buldog Inggeris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buldog Inggeris
Nama lainBuldog
Buldog British
Negara asalEngland[1]
Trait
Berat Jantan 50–55 lb (23–25 kg)
Betina 40–50 lb (18–23 kg)
Tinggi 1–2 ka (30–61 cm)
Warna Brindle; putih padu, merah perang kekuning-kuningan, atau kuning; piebald
Jangka hayat 3–12 tahun[2][3]
CatatanHaiwan kebangsaan United Kingdom
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buldog Inggeris[a] atau hanya buldog[b] ialah satu baka anjing British daripada jenis mastif. Ia mungkin juga dikenali sebagai buldog British.[c] Ia merupakan anjing berotot bersaiz sederhana dengan berat sekitar 40–55 lb (18–25 kg). Ia mempunyai kepala besar dengan lipatan kulit tebal di sekitar muka dan bahu dan muka agak rata dengan rahang bawah menjulur. Baka ini mempunyai isu kesihatan ketara akibat pembiakbakaan untuk penampilan distingtifnya, termasuk brakisefalia, displasia pinggul, kepekaan haba, dan jangkitan kulit. Oleh sebab kebimbangan tentang kualiti hidupnya, pembiakbakaan buldog Inggeris diharamkan di Norway dan di Belanda.

Buldog moden dibiakbakakan sebagai anjing teman daripada buldog lama Inggeris, baka yang kini pupus yang digunakan untuk pengumpanan lembu, apabila sukan ini diharamkan di England di bawah Akta Kekejaman terhadap Haiwan. The Bulldog Club (di England) ditubuhkan pada tahun 1878 dan Bulldog Club of America ditubuhkan pada tahun 1890. Walaupun kerap digunakan sebagai lambang kebengisan dan keberanian, buldog moden pada umumnya anjing ramah dan mesra. Buldog kini umumnya dibela sebagai anjing peliharaan; pada tahun 2013, ia menempati tangga kedua belas dalam senarai baka paling kerap didaftarkan di seluruh dunia.[4]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lukisan seekor buldog dari tahun 1790 oleh seniman Inggeris Philip Reinagle.

Rujukan pertama kepada perkataan "bulldog" bertarikh pada tahun 1631 atau tahun 1632 dalam sepucuk surat oleh seorang lelaki bernama Preswick Eaton yang dalamnya dia menulis: "procuer mee two good Bulldogs, and let them be sent by ye first shipp" (terjemahan: "dapatkanku dua ekor buldog bagus dan kirimkan mereka dengan kapal pertama").[5] Pada tahun 1666, saintis Inggeris Christopher Merret menggunakan: "Canis pugnax, a Butchers Bull or Bear Dog" ("anjing lembu atau anjing beruang tukang daging"), sebagai entri dalam Pinax Rerum Naturalium Britannicarum beliau.[6]

Gelaran "bull" ("lembu jantan; kerbau jantan; dll. (jantan)") digunakan oleh sebab kegunaan anjing ini dalam sukan pengumpanan lembu jantan. Ini memerlukan penetapan anjing (selepas meletakkan taruhan pada setiap anjing) di hadapan seekor lembu jantan tertambat. Anjing yang menangkap hidung lembu jantan itu dan menumbangkannya ke tanah menjadi pemenang. Ada kelaziman bahawa lembu jantan mencacatkan atau membunuh beberapa ekor anjing dalam acara sedemikian, sama ada dengan merodok, melambungkan, atau memijak-mijak anjing-anjing tersebut.[7] Selama berabad-abad, anjing yang digunakan untuk pengumpanan lembu mengembangkan tubuh gempal dan kepala dan rahang besar yang menjeniskan baka ini, serta perangai ganas dan buas.[7] Pengumpanan lembu diharamkan di England melalui Akta Kekejaman Terhadap Haiwan 1835.[8] Oleh itu, buldog lama Inggeris telah hidup lebih lama daripada kegunaannya di England sebagai haiwan sukan dan zaman "kerja"-nya mendekati penghujung. Walau bagaimanapun, para emigran memang mempunyai kegunaan untuk anjing sedemikian di Dunia Baru. Di New York pertengahan abad ke-17, buldog digunakan sebagai sebahagian daripada usaha di seluruh bandar untuk pengumpulan yang dipimpin oleh Gabenor Richard Nicolls. Oleh sebab pengepungan dan penggiringan lembu jantan liar adalah berbahaya, buldog dilatih untuk menangkap lembu jantan dengan hidungnya dengan cukup lama sehingga ada tali untuk dipasang di lehernya.[9]

Buldog sebagai haiwan peliharaan terus dipromosikan oleh peniaga anjing Bill George.[10]

Pada tahun 1864, sekumpulan pembiak baka buldog yang dipimpin oleh R. S. Rockstro mengasaskan kelab buldog pertama. Tiga tahun selepas pembukaannya, kelab ini berhenti wujud, tanpa menganjurkan satu pertunjukan pun. Pencapaian utama Rockstro Bulldog Club ialah perihal terperinci tentang buldog, yang dikenali sebagai piawaian Philo-Kuan. Samuel Wickens, bendahari kelab, menerbitkan perihal ini pada tahun 1865 di bawah pseudonim Philo-Kuan.[11]Templat:Bettersourceneeded

Pada 4 April 1873, The Kennel Club diasaskan, kelab pembiakbakaan anjing pertama yang berurusan dengan pendaftaran anjing baka tulen dan baka anjing.[12]Templat:Primary source inline Buldog disertakan dalam jilid pertama Buku Pembaka The Kennel Club, yang dipersembahkan dalam Pertunjukan Birmingham pada 1 Disember 1874. Buldog Inggeris pertama yang dimasukkan ke dalam daftar ialah seekor anjing jantan bernama Adam, lahir pada tahun 1864.[perlu rujukan]

Buldog dari tahun 1915

Pada Mac 1875, kelab buldog ketiga didirkan, yang masih wujud sehingga kini.[13][14]Templat:Bettersourceneeded Para anggota kelab ini kerap bertemu di pub Blue Post di Jalan Oxford di London. Para pengasas kelab mengumpulkan semua maklumat yang tersedia tentang baka ini dan wakil-wakil terbaiknya dan membangunkan piawaian baharu untuk buldog Inggeris, yang diterbitkan pada 27 Mei 1875, tahun sama yang padanya mereka mengadakan pertunjukan baka pertama. Sejak tahun 1878, pameran kelab ini diadakan setiap tahun, kecuali semasa Perang Dunia Kedua. Pada 17 Mei 1894, The Bulldog Club dianugerahi status perbadanan dan sejak itu telah membawa nama rasmi "The Bulldog Club, Inc.". Ini merupakan kelab anjing satu baka tertua di dunia.[15]Templat:Bettersourceneeded

Buldog diiktiraf secara rasmi oleh American Kennel Club pada tahun 1886.[16]

Pada tahun 1894, dua ekor buldogs teratas, King Orry dan Dock Leaf, bertanding dalam pertandingan untuk menentukan anjing yang mampu berjalan sejauh 20 batu (32 km). King Orry merupakan kenangan daripada buldog asli, bertulang lebih ringan, dan sangat atletik. Dock Leaf ialah anjing lebih kecil dan lebih berat, lebih seperti buldog moden. King Orry diisytiharkan sebagai pemenang pada tahun itu, setelah menamatkan perjalanan sejauh 20 batu (32 km) manakala Dock Leaf rebah dan mati.[17] Walaupun kini, buldog kelihatan gagah, ia tidak dapat melaksanakan tugas yang untuknya pada asalnya ia dibiakkan, kerana ia tidak mampu menahan kedahsyatan pengejaran lembu dan pelambungan oleh lembu dan juga tidak dapat kuat-kuat memegang dengan muncung begitu pendek.[18]

Perihal[sunting | sunting sumber]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Seekor buldog berusia 4 tahun daripada susur galur Champion, pandangan sisi. Perhatikan "tali" di atas hidung, dan rahang bawah lebih panjang

Buldog mempunyai kepala dan bahu lebar yang menjadi ciri bersama-sama dengan prognatisme rahang bawah jelas. Pada umumnya terdapat lipatan kulit tebal pada kening; mata bulat, hitam, terletak rengang-rengang; muncung pendek dengan lipatan ciri yang dipanggil tali atau gulungan hidung di atas hidung; kulit tergantung di bawah leher; bibir menjebik dan gigi runcing, dan gigitan bawah dengan rahang terbalik. Lapis bulunya pendek, rata, dan berkilat dengan warna merah, perang kekuning-kuningan, putih, brindle, dan piebald.[16] Ia mempunyai ekor pendek yang sama ada dapat tergantung lurus ke bawah atau tersemat dalam "skru gabus" bergelung ke dalam poket ekor.

Di United Kingdom, piawaian baka ialah 55 lb (25 kg) untuk jantan dan 50 lb (23 kg) untuk betina.[19] Di Amerika Syarikat pula, piawaian mensyaratkan anjing lebih kecil — jantan matang tipikal berukuran seberat 50 lb (23 kg), manakala betina matang pula seberat kira-kira 40 lb (18 kg).[20]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Anak buldog berusia enam bulan daripada susur galur Champion AKC

Menurut American Kennel Club (AKC), pembawaan buldog patut "tenang dan baik hati, tegas, dan berani (tidak ganas atau agresif), dan perilaku patut cenderung damai dan penuh kehormatan. Atribut-atribut ini patut diimbangi dengan ekspresi dan tingkah laku".[21]

Buldog terkenal kerana mudah bergaul dengan kanak-kanak, anjing lain, dan haiwan peliharaan lain.[22][23]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Jangka hayat[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian di United Kingdom tentang data veterinar mendapati jangka hayat sebanyak 7.39 tahun, angka kedua terendah antara semua baka dalam kajian.[24]

Tinjauan United Kingdom tahun 2004 terhadap 180 kematian buldog meletakkan umur kematian median pada enam tahun 3 bulan. Punca utama kematian buldog dalam tinjauan itu merupakan masalah berkaitan dengan jantung (20%), kanser (18%), dan usia lanjut (9%). Anjing yang mati pada usia lanjut mempunyai purata jangka hayat sebanyak 10 hingga 11 tahun.[2] Tinjauan klinik veterinar United Kingdom 2013 terhadap 26 ekor buldog meletakkan jangka hayat median pada 8.4 tahun dengan julat antara kuartil sebanyak 3.2–11.3 tahun.[3]

Brakisefali[sunting | sunting sumber]

Tiga tengkorak buldog. Dari kiri ke kanan, muka menjadi lebih rata, dengan muncung lebih pendek dan rahang bawah lebih panjang lebih jelas dan menonjol.
Evolusi brakisefalia pada buldog. Kiri ke kanan, tengkorak hampir-hampir dari tahun 1910-an, 1960-an, dan 1980-an.

Muncung pendek dan muka tertekan ke dalam pada buldog Inggeris dikenali sebagai brakisefali.[25][26] Brakisefali menyebabkan pencanggaan bagi salur udara atasan dan membawa kepada penyekatan pernafasan.[27] Kesan brakisefali merupakan stridor, pernafasan berdengkus, emesis, dermatitis lipatan kulit, sindrom obstruktif salur udara brakisefalik, eksoftalmos, refleks gag farinks, sianosis, dan keruntuhan larinks.[28][29][27][30][31][32][33] Isu lain yang timbul daripada brakisefali merupakan risiko komplikasi di bawah pengaruh anestesia,[34] dan hipertermia — yang disebabkan oleh ketidakbolehan untuk menurunkan suhu badan dengan berkesan melalui cungapan.[35] Many airlines ban the breed from flying in the cargo hold due to a high rate of deaths from air pressure interacting poorly with their breathing problems.[36] Banyak syarikat penerbangan mengharamkan baka ini daripada penerbangan di dalam ruang simpanan kargo kerana kadar kematian tinggi akibat interaksi buruk antara tekanan udara dengan masalah pernafasannya.[37]

Keadaan lain[sunting | sunting sumber]

Statistik daripada Orthopedic Foundation for Animals menunjukkan bahawa daripada 467 ekor buldog yang diuji pada antara tahun 1979 dengan tahun 2009 (30 tahun), 73.9% terjejas akibat displasia pinggul, angka tertinggi antara semua baka.[38] Begitu juga, baka ini mempunyai skor terburuk dalam skim penskoran British Veterinary Association/Kennel Club Hip Dysplasia, walaupun hanya 22 ekor buldog yang diuji dalam skim tersebut.[39]

Sebuah kajian di England mendapati bahawa buldog mempunyai risiki hampir tiga kali ganda lebih besar bagi kehelan tempurung lutut, dengan 2.9% daripada semua buldog yang menghidap keadaan ini.[40]

17% daripada jumlah buldog yang ditinjau menghidap dermatitis lipatan kulit dalam sebuah kajian United Kingdom tahun 1963.[41]

Sebuah kajian oleh Royal Veterinary College mendapati bahawa buldog ialah baka jauh kurang sihat berbanding dengan purata, dengan lebih daripada dua kali ganda kemungkinan untuk didiagnosis dengan sekurang-kurangnya salah satu daripada kecelaruan anjing umum yang disiasat dalam kajian itu.[42]

Lebih daripada 80% daripada perinduk buldog dilahirkan melalui pembedahan caesar kerana kepala besarnya yang merupakan cirinya dapat tersangkut di dalam saluran kelahiran si ibu dan untuk mengelakkan masalah pernafasan yang berpotensi untuk si ibu semasa bersalin.[43][44]

Sebuah kajian British mendapati bahawa demodikosis adalah lebih prevalen pada buldog berbanding dengan baka lain. Prevalens keseluruhan ialah 1.5% pada baka ini berbanding dengan kadar 0.17% untuk semua anjing. Untuk anjing yang berusia kurang daripada 2 tahun, prevalensnya ialah 3.6% berbanding dengan 0.48%.[45]

Baka ini cenderung terhadap dermatitis atopi.[46]

Kontroversi dan status undang-undang[sunting | sunting sumber]

Pada Januari 2009, selepas dokumentari BBC Pedigree Dogs Exposed, The Kennel Club memperkenalkan piawaian baka semakan semula untuk British Bulldog, bersama-sama dengan 209 baka lain, untuk menguruskan kebimbangan kesihatan. Selepas ditentang oleh British Bulldog Breed Council, pihak akhbar berspekulasi bahawa perubahan-perubahan itu akan membawa kepada kepala lebih kecil, lipatan kulit berkurangan, muncung lebih panjang, dan postur lebih tinggi dan lebih kurus, untuk memerangi masalah dengan pernafasan dan pembiakan akibat saiz kepala dan lebar bahu.[47] Pada tahun 2019, Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland (Kelab Kenel Belanda) melaksanakan beberapa peraturan pembiakbakaan untuk memperbaik kesihatan buldog. Antaranya merupakan ujian kebugaran yang melibatkan yang anjing perlu berjalan sejauh 1 kilometer (0.62 bt) dalam masa 12 minit. Suhu dan kadar denyut jantungnya perlu pulih selepas 15 minit.[48]

Pada tahun 2014, pemerintah Belanda melarang pembiakbakaan anjing dengan muncung lebih pendek daripada sepertiga panjang tengkorak, termasuk buldog, iaitu undang-undang yang mula dikuatkuasakan pada tahun 2019.[49] Pada tahun 2022, Mahkamah Daerah Oslo membuat keputusan yang mengharamkan pembiakbakaan buldog di Norway oleh sebab kecenderungannya untuk menderitai masalah kesihatan. Dalam keputusannya, mahkamah memutuskan bahawa tiada anjing daripada baka ini dapat dianggap sihat. Oleh itu, penggunaannya untuk pembiakbakaan akan menjadi pelanggaran Akta Kebajikan Haiwan Norway.[50][51]

Kepentingan kebudayaan[sunting | sunting sumber]

Seekor buldog putih yang memakai jaket khaki dengan logo Kor Marin bersalaman dengan seorang lelaki yang memakan pakaian seragam khaki serupa.
Chesty XIII, maskot Kor Marin

Buldog kerap dikaitkan dengan keazaman, kekuatan, dan keberanian oleh sebab pekerjaannya dalam sejarah, walaupun anjing zaman moden dibiakbakakan untuk penampilan dan keramahan dan tidak sesuai untuk desakan fizikal ketara. Ia kerap digunakan sebagai maskot oleh pihak universiti, pasukan sukan, dan pertubuhan lain-lain. Sesetengah maskot buldog yang lebih terkenal termasuk Jack daripada Georgetown, Blue IV daripada Butler, Handsome Dan daripada Yale, Uga daripada Universiti Georgia, Bully daripada Universiti Negeri Mississippi, dan Chesty daripada Kor Marin Amerika Syarikat.[52][53]

Buldog berasal dari England dan mempunyai hubungan bertahan lama dengan kebudayaan British; BBC menulis: "Bagi ramai orang, buldog ialah ikon kebangsaan, yang melambangkan keberanian dan keazaman".[54] Semasa Perang Dunia Kedua, Perdana Menteri Winston Churchill diumpamakan seperti buldog kerana penentangan terhadap pihak Jerman Nazi.[55]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بولدوݢ ايڠݢريس; bahasa Inggeris: English bulldog
  2. ^ Jawi: بولدوݢ; bahasa Inggeris: bulldog
  3. ^ Jawi: بولدوݢ بريتيش; bahasa Inggeris: British bulldog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Wilcox, Charlotte (1999). The Bulldog (dalam bahasa Inggeris). Capstone Press. m/s. 5. ISBN 978-0-7368-0004-4.
  2. ^ a b "2004 Purebred Dog Health Survey" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club/British Small Animal Veterinary Association. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Februari 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  3. ^ a b O’Neill, D. G.; Church, D. B.; McGreevy, P. D.; Thomson, P. C.; Brodbelt, D. C. (2013). "Longevity and mortality of owned dogs in England" (PDF). The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). 198 (3): 638–643. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.020. PMID 24206631. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 Mei 2018. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  4. ^ [Svenska Kennelklubben] (2013). Registration figures worldwide – from top thirty to endangered breeds (Inggeris) Diarkibkan 23 Mac 2014 di Wayback Machine. FCI Newsletter 15. Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ Jesse, George R. (1866). Researches into the history of the British Dog, from ancient laws, charters, and historical records: With original anecdotes, and illustrations of the nature and attributes of the dog, from the poets and prose writers of ancient, mediaeval, and modern times. With engravings designed and etched by the author (dalam bahasa Inggeris). Rob. Hardwicke. m/s. 306. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  6. ^ Merret, Christopher (1666). Pinax Rerum Naturalium Britannicarum, continens Vegetabilia, Animalia, et Fossilia (dalam bahasa Inggeris). m/s. 169. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  7. ^ a b "Bulldog origin". NEBKC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  8. ^ Curnutt, Jordan (2001). Animals and the Law: A Sourcebook (dalam bahasa Inggeris). ABC-CLIO. m/s. 284. ISBN 9781576071472. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  9. ^ Ellis, Edward Robb (2005). The Epic of New York City – A Narrative History (Inggeris). Basic Books, New York. ISBN 978-0-7867-1436-0
  10. ^ Oliff, D. B. (1988) The Mastiff and Bullmastiff Handbook (Inggeris), The Boswell Press ISBN 0-85115-485-9.
  11. ^ "The Origin of the English Bulldog Standard". Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mac 2004. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  12. ^ "History of the Kennel Club". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 September 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  13. ^ "History of the English Bulldog". Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2005. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  14. ^ "Origins of the English Bulldog". Bulldog Club do Brasil (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Januari 2002. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  15. ^ "The first Bulldog breed Clubs and first Bulldog Champions". Bulldog Information (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2006. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  16. ^ a b "Get to Know the Bulldog" (Inggeris) Diarkibkan 22 Disember 2015 di Wayback Machine, American Kennel Club. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  17. ^ The sun., 11 September 1894, Page 4, Image 4 (Inggeris) Diarkibkan 4 September 2012 di Wayback Machine
  18. ^ Thomson, K.S. (1996). "The Fall and Rise of the English Bulldog". American Scientist (dalam bahasa Inggeris). 84 (3): 220. Bibcode:1996AmSci..84..220T. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  19. ^ "Bulldog breed standard" (dalam bahasa Inggeris). The Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Ogos 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  20. ^ "Home of the Official AKC Bulldog Breed Club". Bulldog Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 September 2021. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  21. ^ American Kennel Club – Bulldog (Inggeris) Diarkibkan 13 Ogos 2012 di Wayback Machine. akc.org. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  22. ^ Ewing, Susan (2006). Bulldogs for dummies (dalam bahasa Inggeris). Indiana, Amerika Syarikat: Wiley Publishing. ISBN 978-0-7645-9979-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  23. ^ "Bulldog - Did You Know?". Animal On Planet (dalam bahasa Inggeris). 12 Mei 2021. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  24. ^ Teng, Kendy Tzu-yun; Brodbelt, Dave C.; Pegram, Camilla; Church, David B.; O’Neill, Dan G. (28 April 2022). "Life tables of annual life expectancy and mortality for companion dogs in the United Kingdom". Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 12 (1): 6415. Bibcode:2022NatSR..12.6415T. doi:10.1038/s41598-022-10341-6. ISSN 2045-2322. PMC 9050668 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35484374 Check |pmid= value (bantuan).
  25. ^ Knecht, C. D. (1979). Upper airway obstruction in brachycephalic dogs (Inggeris). Compend Contin Educ Pract Vet, 1, 25–31.
  26. ^ Pedersen, Niels C.; Pooch, Ashley S.; Liu, Hongwei (29 Julai 2016). "A genetic assessment of the English bulldog". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). 3 (1): 6. doi:10.1186/s40575-016-0036-y. ISSN 2052-6687. PMC 4965900. PMID 27478618.
  27. ^ a b Hendricks, Joan C. (1992). "Brachycephalic Airway Syndrome". Veterinary Clinics of North America: Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 22 (5): 1145–1153. doi:10.1016/s0195-5616(92)50306-0. ISSN 0195-5616. PMID 1523786.
  28. ^ TC, Amis; C, Kurpershoek (1986). "Pattern of breathing in brachycephalic dogs". American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Am J Vet Res. 47 (10): 2200–2204. ISSN 0002-9645. PMID 3777646. Dicapai pada 15 Mac 2024.
  29. ^ Hendricks, J. C.; Kline, L. R.; Kovalski, R. J.; O'Brien, J. A.; Morrison, A. R.; Pack, A. I. (1 Oktober 1987). "The English bulldog: a natural model of sleep-disordered breathing". Journal of Applied Physiology (dalam bahasa Inggeris). American Physiological Society. 63 (4): 1344–1350. doi:10.1152/jappl.1987.63.4.1344. ISSN 8750-7587. PMID 3693167.
  30. ^ Meola, Stacy D. (2013). "Brachycephalic Airway Syndrome". Topics in Companion Animal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Elsevier BV. 28 (3): 91–96. doi:10.1053/j.tcam.2013.06.004. ISSN 1938-9736. PMID 24182996.
  31. ^ Lundgrun, Becky (26 Jun 2006). "Reverse Sneezing (Pharyngeal Gag Reflex)". VeterinaryPartner.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 15 Mac 2024.
  32. ^ Sebbag, Lionel; Sanchez, Rick F. (2023). "The pandemic of ocular surface disease in brachycephalic dogs: The brachycephalic ocular syndrome". Veterinary Ophthalmology (dalam bahasa Inggeris). 26 (S1): 31–46. doi:10.1111/vop.13054. ISSN 1463-5216. PMID 36585820 Check |pmid= value (bantuan).
  33. ^ Hobi, Stefan; Barrs, Vanessa R.; Bęczkowski, Paweł M. (16 Jun 2023). "Dermatological Problems of Brachycephalic Dogs". Animals (dalam bahasa Inggeris). MDPI AG. 13 (12): 2016. doi:10.3390/ani13122016. ISSN 2076-2615. PMC 10294810 Check |pmc= value (bantuan). PMID 37370526 Check |pmid= value (bantuan).
  34. ^ Gruenheid, Michaela; Aarnes, Turi K.; McLoughlin, Mary A.; Simpson, Elaine M.; Mathys, Dimitria A.; Mollenkopf, Dixie F.; Wittum, Thomas E. (1 Ogos 2018). "Risk of anesthesia-related complications in brachycephalic dogs". Journal of the American Veterinary Medical Association. American Veterinary Medical Association (AVMA). 253 (3): 301–306. doi:10.2460/javma.253.3.301. ISSN 0003-1488. PMID 30020004. S2CID 51676839.
  35. ^ Ewers Clark, Anna (2022-12-22). "Heatstroke and brachycephalic dogs – is there an increased risk?". Veterinary Evidence (dalam bahasa Inggeris). 7 (4). doi:10.18849/ve.v7i4.534. ISSN 2396-9776.
  36. ^ Haughney, Christine (2011-10-07). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2011. Dicapai pada 2023-01-19.
  37. ^ Haughney, Christine (7 Oktober 2011). "Banned by Many Airlines, These Bulldogs Fly Private". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Oktober 2011. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  38. ^ "Hip Dysplasia Statistics: Hip Dysplasia by Breed" (dalam bahasa Inggeris). Orthopedic Foundation for Animals. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Oktober 2010. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  39. ^ "British Veterinary Association/Kennel Club Hip Dysplasia Scheme – Breed Mean Scores at 01/11/2009" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). British Veterinary Association. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 Julai 2013. Dicapai pada 27 Februari 2010.
  40. ^ O’Neill, Dan G.; Meeson, Richard L.; Sheridan, Adam; Church, David B.; Brodbelt, Dave C. (8 Jun 2016). "The epidemiology of patellar luxation in dogs attending primary-care veterinary practices in England". Canine Genetics and Epidemiology (dalam bahasa Inggeris). Springer Science and Business Media LLC. 3 (1): 4. doi:10.1186/s40575-016-0034-0. ISSN 2052-6687. PMC 4898461. PMID 27280025.
  41. ^ Hodgman, S. (1963). "Abnormalities and Defects in Pedigree Dogs–I. An Investigation into the Existence of Abnormalities in Pedigree Dogs in the British Isles". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 4 (6): 447–456. doi:10.1111/J.1748-5827.1963.TB01301.X. S2CID 73404440.
  42. ^ O'Neill, Dan G.; Skipper, Alison; Packer, Rowena M. A.; Lacey, Caitriona; Brodbelt, Dave C.; Church, David B.; Pegram, Camilla (15 Mei 2022). "English Bulldogs in the UK: a VetCompass study of their disorder predispositions and protections". Canine Medicine and Genetics (dalam bahasa Inggeris). 9 (1): 5. doi:10.1186/s40575-022-00118-5. ISSN 2662-9380. PMC 9199211 Check |pmc= value (bantuan). PMID 35701824 Check |pmid= value (bantuan).
  43. ^ "English Bulldog - Dystocia". www.ufaw.org.uk (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Januari 2024.
  44. ^ Evans, K.; Adams, V. (2010). "Proportion of litters of purebred dogs born by caesarean section" (PDF). The Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 51 (2): 113–118. doi:10.1111/j.1748-5827.2009.00902.x. PMID 20136998. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 6 April 2016.
  45. ^ O'Neill, D. G.; Turgoose, E.; Church, D. B.; Brodbelt, D. C.; Hendricks, A. (2020). "Juvenile-onset and adult-onset demodicosis in dogs in the UK: prevalence and breed associations". Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). 61 (1): 32–41. doi:10.1111/jsap.13067. ISSN 0022-4510. PMC 7003809. PMID 31584708.
  46. ^ Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion (dalam bahasa Inggeris). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 94. ISBN 978-0-8138-1596-1.
  47. ^ Elliott, Valerie (14 Januari 2009). "Healthier new Bulldog will lose its Churchillian jowl". The Times (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2009. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  48. ^ "Convenant Bulldog, breeding rules" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Raad van Beheer op Kynologisch Gebied in Nederland. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  49. ^ "Dutch to crack down on breeding of dogs with too short snouts | Vet Times". vettimes.co.uk (dalam bahasa Inggeris). 31 Mei 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Julai 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  50. ^ "Norway bans breeding of British Bulldogs and Cavalier King Charles spaniels". The Independent (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Februari 2022. Dicapai pada 11 Februari 2022.
  51. ^ "Breeding ban for bulldogs and cavaliers in Norway". France 24 (dalam bahasa Inggeris). 2 Februari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Mac 2022. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  52. ^ Denizet-Lewis, Benoit (22 November 2011) Can the Bulldog be Saved? (Inggeris) Diarkibkan 13 Mac 2021 di Wayback Machine The New York Times.
  53. ^ Burke, Anna (25 Mei 2018). "The Legacy of Chesty: How a Bulldog Became the United States Marine Corps Mascot". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Januari 2023. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  54. ^ "English Bulldog health problems prompt cross-breeding call" (dalam bahasa Inggeris). BBC. 12 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 November 2020. Dicapai pada 13 Januari 2024.
  55. ^ Baker, Steve (2001). Picturing the Beast (Inggeris). University of Illinois Press. hlm. 52. ISBN 0-252-07030-5.