Buldog benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Buldog benua
Buldog benua
Nama lainBuldog Switzerland
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat Jantan 55–66 lb (25–30 kg)[1]
Betina 48.50–59.50 lb (22.00–26.99 kg)
Tinggi Jantan 16.54–21.26 in (42.0–54.0 cm)
Betina 15.75–17.32 in (40.0–44.0 cm)
Bulu pendek, berkilat, licin
Warna perang kekuning-kuningan atau brindle, dengan topeng hitam atau tanpa topeng hitam, dengan putih atau tanpa putih
Anjing (Canis lupus familiaris)

Buldog benua[a] ialah baka anjing baharu yang dihasilkan di Switzerland. Ia secara rasmi diiktiraf oleh FCI sejak tahun 2022.[2]

Penghasilan dan pengiktirafan baka[sunting | sunting sumber]

Imelda Angehrn dari Switzerland, yang kini digelar "Grand Old Lady of the Bulldogs", membesar dalam rumah tangga doktor haiwan dan peladang dan mula membiakbakakan buldog pada tahun 1966. Beliau tertekan kerana buldog mengalami banyak masalah kesihatan, termasuk kesukaran pernafasan dan persalinan dengan anak anjing berkepala besar dan berbahu lebar melalui pinggul betina sempit. Dengan keinginan untuk memilik buldog lebih mudah gerak, mampu bebas bernafas, dan bersalin secara semula jadi, beliau mula membiakbakakan anjing lebih ringan, namun anjing-anjing itu tidak dapat menang dalam pertunjukan. Selepas menyelidik pilihan beliau, beliau berkeputusan untuk memulakan baka baharu, termasuk penyilangan ke luar dengan olde English bulldogge. Pada tahun 2001, silangan EB x OEB pertama beliau dilahirkan.[3][4]

Schweizerische Kynologische Gesellschaft mengizinkan penghasilan baka baharu itu pada September 2004 di bawah nama "Continental Bulldog" ("buldog benua", "buldog tanah besar"). Continental Bulldog Club Schweiz diasaskan pada tahun 2004, dan baka ini, piawaiannya, dan kelab ini diumumkan oleh Schweizerische Kynologische Gesellschaft pada tahun 2005.[5] Pada mesyuarat pengasasan kelab, pengumuman dibuat bahawa semua anjing akan dimasukkan ke dalam Buku Pembaka Switzerland dan akan layak untuk ikut serta dalam pertunjukan antarabangsa dan kebangsaan di Switzerland.[6]

Untuk diiktiraf oleh pertubuhan antarabangsa Persekutuan Kinologi Antarabangsa (FCI), ia memerlukan lapan susur galur, masing-masing tidak boleh mempunyai tiga generasi terakhir yang mempunyai leluhur bersama. Angehrn dan anggota kelab lain mula membiakbakakan banyak anjing dan menjelang tahun 2017, mereka mempunyai lapan susur galur untuk baka baharu dalam masa singkat.[3]

Conti, seperti yang dikenali dengan mesra, kini diiktiraf secara rasmi oleh FCI.[2]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing ini merupakan anjing jenis buldog bersaiz sederhana, berlapis bulu licin, hampir berbentuk segi empat sama, dengan tubuh atletik. Walaupun tubuhnya padat, buldog benua mudah bergerak dan kekal berkuasa; pernafasannya walaupun pada kelajuan penuh tidak berbunyi. Beratnya, bergantung pada ketinggiannya, ialah 20–30 kg (44–66 lb). Kepalanya kurang besar daripada buldog Inggeris. Dahinya rata hingga sedikit berkubah, ada kedutan tetapi tidak terlalu ketara. Underbite tidak begitu ketara seperti yang pada buldog Inggeris. Pendek dan kuat, tetapi tidak begitu pendek sehingga memberikan penampilan bahawa kepalanya terletak langsung di atas bahu. Garis leher cukup melengkung. Pergerakan teratur dan halus, kemajuan baik pada tungkai depan, tujahan luas pada tungkai belakang. Lapis bulunya licin, pendek, dengan lapis bulu bawah atau tanpa lapis bulu bawah. Semua warna yang disertai dengan hidung gelap diizinkan: berwarna sendiri, brindle atau gabungan dengan putih, dengan topeng hitam atau tanpa topeng hitam.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: بولدوݢ بنوا; bahasa Inggeris: continental bulldog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Continental Bulldog Breed standard" (PDF) (dalam bahasa Jerman). Continental Bulldog Club Switzerland.
  2. ^ a b Continental Bulldog (Inggeris). Persekutuan Kinologi Antarabangsa. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  3. ^ a b Holderegger Walser, Eva (2 Jun 2017). "Imelda Angehrn, die Grand Old Lady of the Bulldogs" (dalam bahasa Jerman). Schweizer Hunde Magazin (Majalah Anjing Switzerland).
  4. ^ Angehrn, Imelda. "My intentions" (dalam bahasa Inggeris). Pickwick Bulldogs.
  5. ^ Angehrn, Imelda. "What happened then" (dalam bahasa Inggeris). Pickwick Bulldogs.
  6. ^ "Minutes of the founding meeting of December 5, 2004" (PDF) (dalam bahasa Jerman). Continental Bulldog Club. 15 Disember 2004.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]