Bulla paus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bulla paus atau titah-perintah/warta paus (papal bull) merupakan suatu jenis paten surat tertentu (letters patent) atau piagam yang dikeluarkan oleh seorang Paus Gereja Roamm Katolik. Istilah yang digunakan untuk dokumen ini berasal dari suatu cop mohor diperbuat daripada timah hitam (bulla) yang ditambahkan pada lipatan tertutup surat sebagai tanda pengesahan penulis atau pewartanya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bulla kepausan telah digunakan setidaknya sejak abad ke-6, tetapi istilah ini belum digunakan sehingga sekitar akhir abad ke-13, dan kemudian baru digunakan secara dalaman untuk keperluan administratif yang tidak resmi. Pada abad ke-15, ia digunakan secara rasminya dalam salah satu perkhidmatan dari Pejabat Kepausan dinamakan "pencatatan bulla-bulla" (registrum bullarum).[1]

Format[sunting | sunting sumber]

Isi teks warta ini tiada bentuk yang khusus, malah ia boleh dikarang seringkasnya. Bahagian penutup ia terdiri daripada suatu "datum" pendek yang tertera tempat, tarikh dan tahun pemerintahan Paus serta tandatangan Paus tersebut. Suatu cap mohor dikenakan bersebelahan datum ini.

Titah perintah ini adakalanya ditandatangani Paus sendiri dengan format "Ego N. Catholicae Ecclesiae Episcopus" ("Saya, ______ , Uskup Gereja Katolik") bersama monogram peribadinya, tandatangan para saksi serta suatu cap mohor. Tugasan tersebut kini lebih dilakukan sebuah anggota Kuria Rom bagi pihak beliau, biasanya oleh Setiausaha Negara Kardinal, maka sebarang monogram tidak dipakai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]