Bulu kasymir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Skaf kasymir

Bulu kasymir merupakan sejenis gentian yang diperoleh daripada kambing Kasymir dan baka-baka seumpamanya. Namanya berasal daripada wilayah Kashmir yang terletak di atas sempadan India dan Pakistan. Bulu kasymir halus teksturnya, kuat, ringan dan lembut. Pakaian bulu kasymir cukup tebal tebatannya.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Gentian bulu kasymir untuk pakaian dan sebagainya diperoleh daripada bahagian leher kambing berkenaan. Dahulu, kambing kasymir berbulu halus digelar Capra hircus laniger, seolah-olah ianya subspesies dalam spesies Capra hircus. Tetapi kini ia dikira sebagai anggota subspesies kambing bela jinak iaitu Capra aegagrus hircus. Kambing kasymir menghasilkan bulu berlapis ganda yang terdiri daripada bulu alas yang halus dan lembut yang bercampur dengan lapisan bulu pelapik yang lebih lurus dan kasar. Oleh itu bulunya mesti ditapis untuk dijual dan diproses lanjut. Penapisan bulu ini adalah proses mekanikal yang mengasingkan bulu kasar daripada bulu halus. Selepas ditapis, bulu kasymir yang terhasil itu sedia untuk bercelup warna dan diolah kepada yan tekstil, fabrik dan pakaian.

Jenis gentian[sunting | sunting sumber]

  • Mentah – gentian yang tidak diproses dan pokoknya diperoleh terus daripada kambingnya
  • Proses – gentian yang telah ditapis, dicuci, disisir, dan sedia untuk dipintal, ditenun atau dianyam
  • Murni (virgin) – gentian baru yang diolah menjadi yan, fabrik atau garmen buat julung kalinya
  • Kitar semula – gentian yang ditebusguna daripada sekerap atau fabrik yang pernah ditenun atau difeltkan, mungkin pernah dipakai oleh sesiapa di seluruh dunia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]