Bumbung hijau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bumbung hijau (green roof) ialah bumbung bangunan yang dilitupi sebahagiannya atau sepenuhnya oleh tumbuh-tumbuhan serta suatu medium tanaman yang dipasangkan atas suatu lapisan kalis air. Ia mungkin juga ditambah dengan lapisan lain seperti suatu sekatan akar serta sistem-sistem saliran dan pengairan.[1] Ia menggunakan fungsi semula jadi tumbuhan secara cekapnya untuk menapis dan merawat air dan udara di persekitaran bandar dan subbandar.[2] Struktur sebegini sesuai dipasang pada binaan sedia ada mahupun yang baru tidak kira apa jua saiz ia mahupun fungsi ia sama ada untuk tujuan industri, komersil atau awam.[1]

Pemasangan ini ada beberapa fungsinya termasuk menyerap air hujan, menebat haba dalam bangunan, mewujudkan suatu habitat untuk hidupan liar,[3] merendahkan stres penghuni persekitaran melalui pencantikan kawasan tersebut serta merendahkan suhu persekitaran bandar lalu mengurangkan kesan pulau haba.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Rodriguez Droguett, B. (2011). Sustainability assessment of green infrastructure practices for stormwater management: A comparative emergy analysis (M.S.). Retrieved from https://search.proquest.com/docview/900864997/abstract/6E6468B55EF454FPQ/1
  2. ^ "System Overview : Planted Roof : GSA Sustainable Facilities Tool". sftool.gov. 
  3. ^ "Benefits of Green Roofs". www.greenroof.hrt.msu.edu. Dicapai 1 November 2018. 
  4. ^ Vandermeulen, Valerie; Verspecht, A.; Vermeire, B.; Van Huylenbroeck, G.; Gellynck, X. (30 November 2011). "The use of economic valuation to create public support for green infrastructure investments in urban areas". Landscape and Urban Planning. 103 (2): 198–206. doi:10.1016/j.landurbplan.2011.07.010. Dicapai 28 February 2014. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]