Bumiputera di Sarawak
Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnik yang paling banyak antara negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang.[1] Sebagai ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Hal ini menyebabkan ia menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang dikemukakan.[1] Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing mengikut persekitarannya.
Senarai kumpulan etnik di Sarawak[sunting | sunting sumber]
- Iban
- Melayu
- Tering
- Bidayuh
- Melanau
- Kayan
- Kenyah
- Lun Bawang
- Penan
- Punan
- Kelabit
- Kedayan
- Bisaya
- Berawan
- Lahanan
- Sekapan
- Kejaman
- Baketan
- Ukit
- Sihan
- Tagal
- Tabun
- Saban
- Lisum
- Lakiput
- Murut
- Miriek
- Dalik/Dali
- Salako
- Bugis
Lihat Juga[sunting | sunting sumber]
- Orang Asli di Malaysia
- Orang Asli di Negeri Perak
- Orang Asli di Negeri Kelantan
- Orang Asli di Negeri Pahang
- Orang Asli di Negeri Selangor
- Orang Asli di Negeri Terengganu
- Orang Asli di Negeri Johor
- Orang Asli di Negeri Sembilan
- Orang Asli di Negeri Melaka
- Orang Asli di Negeri Pahang
- Bumiputera di Sabah
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ a b "Sarawak Government Portal | Demografi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-04. Dicapai pada 2012-08-26.