Bunga Padi Berdaun Lalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bunga Padi Berdaun Lalang
PengarahHussein Abu Hassan
PenulisKalam Hamidy (Cerita Asal)
Lakon layarHussein Abu Hassan
DibintangiHussein Abu Hassan
Mahyon Ismail
Tamam Idris
S.Zamila
Disunting olehRaja Din
Muzik olehAhmad Nawab
Tarikh tayangan
1975
Masa tayangan
90 minit
Negara Malaysia
BahasaMelayu

Bunga Padi Berdaun Lalang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1975. Filem Bunga Padi Berdaun Lalang diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Bunga Padi Berdaun Lalang mula ditayangkan pada 1975 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Hussein Abu Hassan, Mahyon Ismail dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Bunga Padi Berdaun Lalang diarah oleh pengarah Hussein Abu Hassan pada 1975.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Amir ditugaskan bagi memperkenalkan jentere pembajak baru keluaran syarikatnya kepada penduduk sebuah kampung. Jentera pembajak itu jauh lebih ekonomik. Ini menimbulkan kemarahan seoarang saudagar beras iaitu Pak Ali yang lama menjalankan perkhidmatan sewaan pembajak kepada petani kawasan tersebut. Dengan itu Pak Ali mengarahkan orang-orangnya yang diketuai Sudin untuk memukul pegawai muda itu. Amir telah diselamatkan oleh seorang penduduk disitu bernama Hamdan. Hamdan tinggal bersama adiknya Hamidah sejak dari kecil setelah kematian orang tua mereka. Amir kemudian mengahwini Hamidah dan ini membuatkan Sudin bertambah marah. Sudin diusir dari kampung itu oleh Tok Penghulu lalu dia berhijrah ke Kuala Lumpur. Amir juga kembali ke Kuala Lumpur bersama isterinya setelah tugasnya selesai. Di Kuala Lumpur, Sudin menemui Karim Silat, ketua samseng yang juga ada hubungan dengan Pak Ali. Sudin membuat satu rancangan supaya Hamidah difitnah.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penyanyi[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]