Pokok Bunga Balung Ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga balung ayam)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bunga Balung Ayam
Celosia argentea (Silver cockscomb) W IMG 0985.jpg
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperms
(tanpa pangkat): Eudicots
(tanpa pangkat): Core eudicots
Order: Caryophyllales
Keluarga: Amaranthaceae
Genus: Celosia
Spesies: C. argentea
Nama binomial
Celosia argentea
L., 1753

Pokok bunga balung ayam merupakan tumbuhan hiasan jenis berbunga yang berasal dari Brazil. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang licin dan membentuk beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam.

Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Untuk merawat jangkitan saluran kencing, disenteri, batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruhy bahagian pokok direbus dan diminum airnya.

Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil. Ia juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.