Bunga keladi bunting

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bunga keladi bunting
Eichhornia crassipes C.jpg
Pengelasan saintifik e
Takson tidak dikenali (baiki): Eichhornia
Spesies: Templat:Taxonomy/EichhorniaE. crassipes
Nama binomial
Eichhornia crassipes
(Mart.) Solms

Bunga keladi bunting[1] atau nama saintifiknya "Eichhornia crassipes"[2] berwarna putih ungu sangat cantik. Di setengah tempat ia digunakan semasa keramaian dengan disemat di baju batik. Untuk mendapatkan bunga ini pokok keladi bunting ini perlu di tanam di permukaan air. Ia amat cepat membiak bunganya mudah diperolehi.

Pokok dari famili Pontederiacea ini mempunyai batang tak nyata, tangkai daun yang bergabus dan boleh membesar untuk menyimpan air. Daunnya berbentuk C dan mempunyai lapisan permukaan daun seperti lilin. Ia membiak secara vegetatif dan anak pokok akan tersebar apabila terpisah dari pokok induk.

Di setengah tempat yang tiada haiwan kawalan biologi, pokok keladi bunting ini menjadi tumbuhan spesies ceroboh. Jika di kawasan ekosistem air tenang ia boleh menutupi permukaan air dan mengganggu ekosistem tersebut. Di kawasan pengairan pula menjadi 'noxious weeds' atau rumpai penakluk kerana ia sukar untuk dihapuskan [3]. Penggunaan mesin mekanikal memakan kos yang tinggi, manakala penggunaan racun akan merosakkan ekosistem kerana ia tumbuhan akuatik. Kegagalan menangani pokok ini pula akan mendatangkan bencana iaitu banjir apabila ia menutup aliran air keluar dari sistem pengairan. Dengan tambahan hujan yang lebat banjir boleh berlaku[4].

Di sesetengah tempat ia digunakan untuk makanan ternakan dan merawat logam berat dalam sistem akuatik[1] dan bahan buangan seramik [5] dan sebagai bahan bakar [4].

Rujukan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]