Teluki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bunga teluki)

Teluki
Teluki merah
Pengelasan saintifik
Alam:
Order:
Caryophyllales
Keluarga:
Caryophyllaceae
Genus:
Dianthus
Spesies:
D. caryophyllus
Nama binomial
Dianthus caryophyllus

Teluki (Jawi: تلوکي) dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai "Carnation", mempunyai nama sains Dianthus caryophyllus. Pokok bunga teluki adalah sejenis bunga iklim sederhana yang berasal dari kawasan Mediteranean.

Penanaman bunga teluki di Malaysia adalah tertumpu di kawasan dataran tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron. Di Tanah Tinggi Cameron iklimnya menyerupai iklim hawa sederhana (suhu maksimum sekitar 21 °C) dan pokok bunga teluki boleh ditanam sepanjang tahun.

Oleh kerana pokok bunga teluki mempunyai bunga yang berwarna-warni dan terang, pokok bunga teluki menjadi kegemaran ramai. Pokok bunga teluki tergolong dalam famili Caryophllaceae. Terdapat dua jenis pokok bunga teluki iaitu jenis satu bunga bagi setiap tangkai dan jenis `spray', banyak bunga bagi setiap tangkai.

Pokok Bunga Teluki boleh hidup selama 18-20 bulan. Pokok bunga bunga teluki boleh mencapai ketinggian sehingga 2 meter. Pokok bunga teluki tumbuh menegak menjadikan pokok bunga teluki perlu diikat kepada penyokong. Garis pusat batang pokok bunga teluki boleh mencapai sehingga 1 cm. dan biasanya membengkak pada buku/ruas.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]