Bupati

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bupati (bahasa Sanskrit: bhûpati, "raja dunia") dalam konteks autonomi daerah di Indonesia ialah Ketua Daerah untuk sesuatu daerah atau kabupaten. Taraf seorang Bupati adalah setaraf dengan Walikota, iaitu Ketua Daerah untuk daerah Kota. Sinonim dengan taraf Pegawai Daerah atau Dato Bandar jika di Malaysia.

Pada dasarnya, Bupati memiliki tanggungjawab dan bidang kuasa untuk menyelenggarakan daerah Kabupaten, berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan bersama-sama Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Kabupaten. Bupati dipilih secara pasangan dan secara langsung oleh rakyat di Kabupaten setempat. Jawatan ini merupakan jawatan politik (kerana diusulkan oleh parti politik), dan bukannya jawatan Pegawai Perkhidmatan Awam.

Sebelum tahun 1945, gelaran Bupati sebenarnya hanya digunakan di pulau Jawa, Madura dan kemungkinan Bali sahaja. Namun selepas tahun 1945, gelaran ini digunakan secara meluas di semua kabupaten di seluruh wilayah Indonesia.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]