Burger Ramly

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ramly Burger
Jenis Berhad
Ditubuhkan 1979
Ibu pejabat SME Industrial Park, Mukim Batu, Kuala Lumpur, Malaysia
Perancang utama Dato' Haji Ramly Bin Mokni (CEO)
Produk Makanan sejuk beku (Burger, Sosej, Nugget dll.), Makanan segera
Slogan Pastikan Ramly... baru beli


Burger Ramly merupakan produk bumiputera milik Ramly bin Mokni yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Burger Ramly lebih mudah didapati gerai makanan di tepi jalan dan restoran. Kemudiannya, Burger Ramly telah menular ke Singapura dan menjadi makanan segera yang terkenal dalam kalangan penduduk Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ramly Food Processsing ialah industri bumiputera yang terkenal dalam industri pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasilan laut berjenama Ramly. Burger, nuget, frankfurter dan drumet adalah antara produk yang paling diminati.

Burger Ramly diasaskan pada tahun 1979 oleh Tuan Haji Ramly b. Mokni dan Puan Hajjah Shala Siah Bt. Abdul Manap daripada cetusan idea dan hasrat murni untuk mengeluarkan produk yang halal, bersih dan bermutu.

Kini, syarikat ini telah mempunyai dua buah kilang pemprosesan di Kawasan Perindustrian Bandar Tun Razak, Cheras dan di Taman Perindustrian IKS, Mukim Batu, Kuala Lumpur dengan menawarkan peluang pekerjaan dalam bidang pengurusan, pengeluaran sehinggalah kepada pemasaran produk. Produk berjenama Ramly kini begitu unggul di pasaran Malaysia dan bakal ke taraf antarabangsa.

Jenis warung atau gerai burger Ramly yang terdapat di Singapura

Pengedaran[sunting | sunting sumber]

Lebih daripada 120 orang pemborong mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini berada di bawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan menawarkan khidmat jualan kepada pelanggan. Bagi memastikan pengedaran dan penghantaran produk dijamin kualiti dan kesegarannya, kenderaan kontena sejuk beku digunakan.

Sebuah anak syarikat Ramly yang berobjektif dalam memastikan produknya mudah didapati di pasaran telah ditubuh di Lorong Raja Bot (Off Jalan Raja Alang) di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad dan ia beroperasi 24 jam. Pembukaan anak syarikat ini adalah untuk memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanakan antara Ramly dengan penjaja dan orang awam.

Kualiti[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Makma Mikrobiologi yang dijalankan oleh Ramly adalah untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produknya adalah suci (daripada pemilihan bahan mentah hingga produk siap) dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly lengkap dengan peralatan teknologi tinggi.

Produksi[sunting | sunting sumber]

Satu kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly untuk memastikan kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji untuk memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pelaksanaan kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluran daging dan hasil laut dapat memenuhi cita rasa pengguna dan pengemar Ramly. Kepakaran teknologi yang digunakan juga memastikan daya pengeluaran produk.

Produk[sunting | sunting sumber]

Daging burger[sunting | sunting sumber]

Daging burger merupakan produk utama buat syarikat ini. Untuk memasak daging burger Ramly adalah tidak begitu sukar. Yang diperlukan hanyalah kuali atau plet leper, penekan daging burger, dapur, gas masakan, ban burger dan daging burger. Untuk rencah atau isi-isinya pula, yang diperlukan ialah timun dan kobis. Untuk bahan perisanya, yang biasa digunakan ialah sos Worcester (wu-ches-ter) atau juga dikenali sebagai kicap burger dalam kalangan orang Malaysia. Sebagai sos tambahan pula, yang boleh digunakan ialah mayonis, sos tomato, sos cili ataupun sos barbeku.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]