Burnout Dominator

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burnout: Dominator
Seni kulit
PembangunEA UK
PenerbitElectronic Arts
SiriBurnout (siri permainan video) Sunting ini di Wikidata
EnjinRenderWare
PlatformPlayStation 2
PlayStation Portable
PelepasanPlayStation 2
PlayStation Portable
GenrePerlumbaan
ModPemain tunggal, berbilang pemain

Burnout Dominator adalah judul permainan video di dalam siri Burnout. Ia telah diumumkan pada 5 Disember 2006 untuk PlayStation 2 dan PlayStation Portable. Permainan ini mengekalkan gaya permainan teras bagi siri tersebut, di mana pemain berlumba pada kelajuan tertinggi melalui pelbagai acara Kembara Dunia bagi menguji teknik pemanduan "berasaskan kemahiran berbahaya". [1] Buat masa sekarang, tiada rancangan untuk manjadikan versi bagi setiap platform untuk berinteraksi antara satu sama lain.[2]

Permainan ini adalah satu-satunya judul permainan Burnout yang tidak dibangunkan oleh Criterion Software, serta judul Burnout pertama sejak Burnout 2: Point of Impact yang tidak menampilkan "Mod Perlanggaran". Semasa proses pembangunan, Criterion sedang sibuk membangunkan Burnout Paradise serta menunggu untuk memperkenalkan semula mod tersebut di dalam bentuk baru bagi judul seterusnya.[3][4]

Gaya permainan[sunting | sunting sumber]

Perlumbaan melalui Spiritual Gate, litar berasaskan bandar raya Kuala Lumpur.

Fokus utama dalam Burnout Dominator ialah kembalinya Burnout. Burnout merupakan hasil penyusutan meter rangsangan sepenuhnya tanpa berhenti.

Senarai litar[sunting | sunting sumber]

Burnout Dominator terdiri daripada 12 litar berbeza, di 8 lokasi berbeza, kesemuanya berasaskan lokasi sebenar di dunia nyata. Setiap litar mempunyai konfigurasi ke hadapan dan ke belakang. Litar tambahan dirancang untuk versi PlayStation Portable, dan boleh dimuat turun melalui pilihan Burnout HQ di dalam permainan.

Lokasi Nama litar Variasi
Eropah Tuscany: Florence/Aria/Tuscany Tuscan Hills
Tuscan View
Eropah Autobahn: Wuppertal/Berlin/Frankfurt Autobahn
Autobahn Lingkaran
Timur Jauh Gunung Bushido: Osaka/Kyoto/Himeji Puncak Bushido
Lembah Bushido
Timur Jauh Spiritual City: Kuala Lumpur Spiritual Gate
Menara Spiritual
AS Ocean Drive: Carmel/ Monterey/Big Sur Ocean Drive
AS Steel Town: Pittsburgh Steel Town Works
AS Glacier Falls: Taman Negara Banjaran Rocky/Boulder, Colorado Glacier Falls
AS Black Gold: Houston Lebuhraya Black Gold
America Selatan Carnival City: Rio de Janeiro Carnival Point (khas untuk PSP)
Eropah Timur Red Gate: Moscow, Russia Red Gate (khas untuk PSP)

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Sebagai sebahagian daripada program EA Trax, 33 runut berlesen berikut disertakan di dalam Burnout Dominator.[5]. Judul lagu juga menyertakan lagi tema yang diubahsuai daripada Burnout 2: Point of Impact pada menu pembukaan.

* menandakan lagu dengan lirik eksplisit

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Calvert, Justin (2007-01-18). "Burnout Dominator Hands-On". GameSpot. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-08. Dicapai pada 2007-01-26.
  2. ^ Surette, Tim (2006-12-07). "Burnout Dominates PS2, PSP". GameSpot. Dicapai pada 2006-12-07.
  3. ^ Hilston, Jena. "Burnout Dominator Review (Page 1)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 2007-11-25.
  4. ^ Hilston, Jena. "Burnout Dominator Review (Page 2)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-25. Dicapai pada 2007-11-25.
  5. ^ "EA unveils explosive soundtrack for Burnout Dominator". Electronic Arts. 2007-02-23. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-25. Dicapai pada 2007-02-23.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]