Pergi ke kandungan

Buruj Cina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buruj Cina merupakan kaedah pengelompokan bintang-bintang dari tamadun China Kuno yang berbeza sekali dari buruj-buruj yang diiktiraf oleh IAU kerana perkembangan astronomi Cina secara berasingan.

Pada zaman silam di China, para pemerhati angkasa membahagikan langit malam kepada 31 kawasan, iaitu Tiga Lingkungan (三垣 sān yuán) dan Dua Puluh Lapan Puri (二十八宿 èrshíbā xiù). Tiga Lingkungan ini menduduki kawasan berhampiran Kutub Samawi Utara.Bintang-bintang dalam Tiga Lingkungan ini boleh dilihat sepanjang tahun.

Dua Puluh Lapan Puri pula menduduki lingkaran zodiak, oleh itu boleh disamakan dengan dua belas buruj zodiak dalam astronomi Barat, cuma Dua Puluh Lapan Puri ini mencerminkan aliran Bulan dalam sebulan qamari dan bukannya kedudukan Matahari dalam setahun suria.

Tiga Lingkungan

[sunting | sunting sumber]

Tiga Lingkungan terdiri daripada Larangan Ungu (紫微垣, Zǐ Wēi Yuán), Istana Agung (太微垣, Tài Wēi Yuán) dan Pasar Kayangan (天市垣, Tiān Shì Yuán). Lingkungan Larangan Ungu menduduki kawasan yang paling utara di langit malam. Dalam pandangan masyarakat Cina kuno, Lingkungan Larangan Ungu terletak di tengah-tengah langit dan dikelilingi oleh semua bintang yang lain.

Lingkungan Istana Agung terletak di timur dan utara Lingkungan Larangan Ungu, sementara Lingkungan Pasar Kayangan terletak di barat dan selatan. Tiga Lingkungan ini terpisah oleh "tembok-tembok", iaitu asterisme yang bentuknya menyerupai punca nama lingkungan-lingkungan itu.

Dua Puluh Lapan Puri

[sunting | sunting sumber]

Dua Puluh Lapan Puri terbahagi kepada Empat Lambang, setiap satunya bersangkut-paut dengan arah mata angin dan mengandungi tujuh puri. Nama-nama dan bintang-bintang penentunya ialah:[1][2]

Empat Lambang
(四象)
Puri (宿)
NomborNama (pinyin)TerjemahanBintang penentu
Naga Biru Timur
(東方青龍)
Musim Bunga
1角 (Jiǎo)Tandukα Vir
2亢 (Kàng)Leherκ Vir
3氐 (Dǐ)Akarα Lib
4房 (Fáng)Bilikπ Sco
5心 (Xīn)Jantungσ Sco
6尾 (Wěi)Ekorμ Sco
7箕 (Jī)Tampiγ Sgr
Kekura Hitam Utara
(北方玄武)
Musim Sejuk
8斗 (Dǒu)Dipperφ Sgr
9牛 (Niú)Lembuβ Cap
10女 (Nǚ)Gadisε Aqr
11虛 (Xū)Kosongβ Aqr
12危 (Wēi)Bumbungα Aqr
13室 (Shì)Perkhemahanα Peg
14壁 (Bì)Dindingγ Peg
Harimau Putih Barat
(西方白虎)
Musim Luruh
15奎 (Kuí)Kakiη And
16婁 (Lóu)Ikatanβ Ari
17胃 (Wèi)Perut35 Ari
18昴 (Mǎo)Kepala Berambut17 Tau
19畢 (Bì)Jaringε Tau
20觜 (Zī)Muncungλ Ori
21參 (Shēn)Tiga Bintangζ Ori
Burung Merah Selatan
(南方朱雀)
Musim Panas
22井 (Jǐng)Perigiμ Gem
23鬼 (Guǐ)Hantuθ Cnc
24柳 (Liǔ)Dedaluδ Hya
25星 (Xīng)Bintangα Hya
26張 (Zhāng)Rajutυ¹ Hya
27翼 (Yì)Sayapα Crt
28軫 (Zhěn)Rataγ Crv

Asterisme Selatan (近南極星區)

[sunting | sunting sumber]

Langit di sekitar kutub samawi selatan tidak dikenali oleh masyarakat Cina purba, maka ia tidak terangkum dalam sistem Tiga Lingkungan dan Dua Puluh Lapan Puri tadi. Akan tetapi, menjelang akhir Dinasti Ming, Xu Guangqi memperkenalkan 23 lagi asterisme berdasarkan pengetahuan carta bintang barat.[3] Maka asterisme-asterisme ini diterapkan dalam peta bintang tradisional Cina.

Asterisme-asterisme itu adalah seperti berikut:

Nama MelayuNama CinaBil. BintangBuruj Barat
Laut dan Gunung海山6Carina/Centaurus/Musca/Vela (buruj)
Salib十字架4Crux
Ekor Kuda馬尾3Centaurus
Perut Kuda馬腹3Centaurus
Lebah蜜蜂4Musca
Segi Tiga三角形3Triangulum Australe
Burung Asing異雀9Apus / Octans
Burung Merak孔雀11Pavo
Parsi波斯11Indus / Telescopium
Ekor Ular蛇尾4Octans / Hydrus
Perut Ular蛇腹4Hydrus
Kepala Ular蛇首2Hydrus / Reticulum
Paruh Burung鳥喙7Tucana
Burung Jenjang鶴12Grus / Tucana
Burung Api火鳥10Phoenix / Sculptor
Aliran Berliku水委3Eridanus / Phoenix
Putih Dekat附白2Hydrus
Putih Sepit夾白2Reticulum / Dorado
Ikan Emas金魚5Dorado
Batu Laut海石5Carina
Ikan Terbang飛魚6Volans
Kapal Selatan南船5Carina
Gayung Kecil小斗9Chamaeleon

Penamaan bintang

[sunting | sunting sumber]

Ahli astronomi Cina kuno ada kaedah sistematik untuk menamakan bintang yang nyata di angkasa, lebih kurang seribu tahun sebelum Johann Bayer berbuat seumpamanya. Pokoknya, setiap bintang diuntukkan kepada satu asterisme, kemudian diberi nombor individu dalam asterismenya. Oleh itu, setiap bintang diberi "Nama asterisme" + "nombor". Penomboran bintang dalam asterisnme ini mengikut kedudukan dalam asterisme, berbeza sekali dengan kaedah Bayer yang mengikut magnitud bintang.

Contohnya, bintang Altair dinamakan 河鼓二 dalam bahasa Cina: 河鼓 ialah nama asterismenya (Gendang Sungai), dan 二 pula ialah nombornya (dua). Oleh itu, namanya ialah "Bintang Kedua Gendang Sungai".

Sesetengah bintang juga ada nama tradisi yang dikaitkan dengan mitos atau astrologi. Misalnya, bintang Altair lebih dikenali sebagai 牛郎星 atau 牵牛星 (Bintang Gembala Lembu), berdasarkan kisah mitos Gembala Lembu dan Gadis Penenun.

Nama-nama bintang ini masih dipakai dalam astronomi Cina moden. Kesemua bintang yang memakai nama tradisi Barat sentiasa diterjemah kepada nama-nama tradisi Cinanya.

  1. ↑ "The Chinese Sky". International Dunhuang Project. Dicapai pada 2011-06-25.
  2. ↑ Sun, Xiaochun (1997). Helaine Selin (penyunting). Encyclopaedia of the History of Science, Technology, and Medicine in Non-Western Cultures. Kluwer Academic Publishers. m/s. 517. ISBN 0-7923-4066-3 (HB). Dicapai pada 2011-06-25. {{cite book}}: Check |isbn= value: invalid character (bantuan)
  3. ↑ Sun, Xiaochun (1997). Helaine Selin (penyunting). Encyclopaedia of the History of Science, Technology, and Medicine in Non-Western Cultures. Kluwer Academic Publishers. m/s. 910. ISBN 0-7923-4066-3 (HB). {{cite book}}: Check |isbn= value: invalid character (bantuan)