Burung camar kecil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Camar Kecil)

Burung camar kecil
Seekor burung camar kecil
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
S. albifrons
Nama binomial
Sternula albifrons
Taburan S. albifrons (dikumpulkan: BirdLife International dan Handbook of the Birds of the World (2019) 2019)     Membiak      Hinggap      Laluan      Tidak membiak
Sinonim
  • Sterna albifrons Pallas, 1764
  • Sterna minuta Linnaeus, 1766
Telur burung camar kecil

Burung camar kecil (nama sains: Sterna albifrons[2]) adalah burung laut dalam keluarga Sternula genus Laridae. Burung ini pernah diletakkan dalam genus Sterna yang kini dihadkan kepada burung camar putih besar.[3] Dahulunya, subspesies S. a. antillarum yang ditemui di Amerika Utara dan S. a. saundersi yang ditemui di Laut Merah sekarang dianggap sebagai spesies berlainan, Least Tern (Sternula antillarum) dan camar Saunders (Sternula saundersi).

Ia mempunyai bulu di kepala yang putih dengan sedikit tompok hitam di atas kepalanya. Di belakang dan di sayapnya bewarna kelabu pucat. Mempunyai tubuh sepanjang 10 inci. Ia sering menyusur sungai dan bertelur di tebing pasir. Sarang burung Camar Kecil terletak di atas tanah dan mempunyai telur bewarna cokelat kehijauan serta berbintik-bintik besar bewarna cokelat dan ungu pucat, bersaiz sekitar 1.3 hingga 0.9 inci.

Burung Camar Kecil membiak di persisiran dan muara kawasan serdahana dan tropika Europah dan Asia. Ia adalah burung berhijrah yang kuat, menghabiskan musim sejuk di lautan subtropika dan tropika sejauh Afrika Selatan dan Australia.

Burung Camar Kecil membiak secara berkelompok di atas anak batu atau pantai berbatu (shingle) atau pulau. Ia menghasilkan dua hinggaempat biji telur di atas tanah. Sebagaimana kesemua camar putih, ia akan mempertahankan sarang dan anaknya dan akan menyerang penceroboh.

Sebagaimana kebanyakan camar putih lain, burung Camar Kecil mencari makan dengan menjunam menyelam bagi menangkap ikan, biasanya dalam laut masin. Pemberian ikan oleh burung jantan kepada burung betina merupakan sebahagian paparan mengawan.

Ia adalah camar yang kecil, sepanjang 21–25 cm dengan panjang sayap 41–47 cm. Ia tidak mungkin dikelirukan dengan spesies lain disebabkan saiz dan bulu dahi putih semasa musim mengawan. Ia mempunyai paruh nipis yang tajam bewarna kuning dengan warna hitam di hujung dan kikinya juga bewarna kuning. Pada musim sejuk dahinya lebih putih, paruh hitam dan kaki bewarna lebih pucat. Mempunyai bunyi berkeriut yang kuat dan jelas.

Camar Kecil di sungai-sungai Eropah[sunting | sunting sumber]

Pada permulaan abad ke-19, Camar Kecil merupakan burung persisiran, sungai, dan tanah paya Eropah yang sering dilihat, tetapi populasinya pada abad ke-20 di kawasan-kawasan persisiran merosot kerana kehilangan habitat, pencemaran, serta juga gangguan manusia.

Kehilangan populasi di kawasan-kawasan pedalaman adalah lebih teruk kerana pembinaan empangan, pengawalan sungai, dan pembuangan endapan telah memusnahkan kebanyakan habitatnya yang dahulu. Populasi Camar Kecil telah merosot atau pupus di banyak negara Eropah, dengan tapak pembiakannya di sungai-sungai utama seperti Danube, Elbe, dan Rhine kini telah hilang. Pada hari ini, hanya beberapa sistem sungai di Eropah mempunyai habitat yang sesuai; Loire/Allier di Perancis, Vistula/Odra di Poland, Po/Ticino di Itali, Daugava di Latvia, Nemunas di Lithuania, Sava di Croatia, serta Drava di Hungary dan Croatia. Status Camar Kecil di Sungai Tagus dan hilir Sungai Danube tidak pasti.

Burung Camar Kecil di kawasan Sungai Drava merupakan populasi yang paling terancam. Amalan-amalan pengurusan air jenis lama, termasuk pengawalan sungai dan pembuangan endapan, telah mengancam burung Camar Kecil yang tinggal. Hanya 15 pasang burung ini masih membiak di tebing pasir (atau batu kelikir) yang meluas di sepanjang sempadan Hungary dengan Croatia. WWF dan rakan-rakannya kini terlibat dalam usaha untuk melindungi burung Camar Kecil, serta juga ekosistem sungai Eropah yang begitu unik. Burung ini merupakan salah satu spesies yang terangkum dalam Persetujuan Pemuliharaan Burung Air Berhijrah Afrika-Eurasia (AEWA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2019). "Sternula albifrons". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T22694656A155476219. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-2.RLTS.T22694656A155476219.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ "Senarai burung di Kuala Gula – format DOC". WildAsia. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2010.
  3. ^ Bridge, E. S.; Jones, A. W.; Baker, A. J. (2005). "A phylogenetic framework for the terns (Sternini) inferred from mtDNA sequences: implications for taxonomy and plumage evolution" (PDF). Molecular Phylogenetics and Evolution. 35: 459–469. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 20 Julai 2006.
  • "Sterna albifrons". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Kemasukan pangkalan data termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan.
  • Bridge, E. S.; Jones, A. W. & Baker, A. J. (2005): A phylogenetic framework for the terns (Sternini) inferred from mtDNA sequences: implications for taxonomy and plumage evolution. Molecular Phylogenetics and Evolution, 35: 459–469 (teks PDF penuh)
  • Collinson, M. (2006). Splitting headaches? Recent taxonomic changes affecting the British and Western Palaearctic lists. Burung British 99(6): 306-323.
  • Harrison, Peter (1988): Seabirds (edisi ke-2). Christopher Helm, London ISBN 0-7470-1410-8.
  • Olsen, Klaus Malling & Larsson, Hans (1995): Terns of Europe and North America. Christopher Helm, London. ISBN 0-7136-4056-1
  • Laman web Sterna-albifrons: Burung Camar Kecil Diarkibkan 2017-09-28 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z