Burung Enggang Tangling

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Enggang Tangling
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Coraciiformes
Famili: Bucerotidae
Genus: Anthracoceros
Spesies: A. coronatus
Nama binomial
Anthracoceros coronatus
(Boddaert, 1783)

Burung Enggang Tangling (bahasa Inggeris: Malabar Pied Hornbill) ialah burung enggang yang merupakan pembiak huni yang biasa di Asia selatan tropikia, dari India dan Sri Lanka hingga ke Borneo di timur. Ia merupakan keluarga burung yang tergolong dalam order hampir Passeriformes tropika dan terdapat di Dunia Lama. Nama saintifiknya Anthracoceros coronatus.[2]

Burung Enggang Tangling ialah burung besar yang 65 sentimeter, panjangnya. Sebahagian besar bulunya berwarna hitam, selain daripada bahagian perut, tompok leher, tepi ekor, dan tepi belakang sayapnya yang berwarna putih. Paruhnya berwarna kuning, dengan kask yang besar dan yang berwarna hitam pada sebahagian besarnya. Kask untuk kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi kask anak burung adalah lebih kecil. Spesies ini ialah omnivor yang memakan buah-buahan, ikan, dan mamalia kecil.

Habitat Burung Enggang Tangling ialah hutang jarang terbuka dan ladang yang berhampiran. Semasa pengeraman, burung betina bertelur dua atau tiga biji telur di dalam lubang pokok yang kemudian ditutup dengan simen yang diperbuat daripada lumpur, tahi dan isi buah-buahan. Terdapat hanya satu lubang yang kecil untuk burung jantan memindahkan makanan kepada ibu dan anak-anak burung. Apabila anak burung membesar dan sarang tidak lagi muat, ibu burung akan keluar dari sarang, lalu menutup mulut sarang semula. Kedua-dua ibu bapa burung kemudian akan memberikan makanan kepada anak burung.

Burung Langling atau Enggang Tangling

Rujukan[sunting | sunting sumber]