Burung Merbah Kunyit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Merbah Kunyit
frames
Pengelasan saintifik

Burung Merbah Kunyit adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pycnonotus (melanicterus) dispar. Ia merupakan ahli bulbul keluarga burung passerine. Ia terdapat di Subbenua India termasuk India, Nepal, Bhutan dan Sri Lanka, dan ketimur di Thailand, Malaysia dan Indonesia.

Genus sebagaiman kini kemungkinannya polyphyletic; analisa mendalam mengenai morfologi, suara, tingkah-laku dan genetik diperlukan bagi menentukan sempadannya. Spesies masa kini sebelumnya diletakan, bersama P. flaviventris, P. gularis, P. melanicterus dan P. montis, dalam genus berasingan Rubigula, yang kesemua lima belum dikembalikan. Mereka membentuk superspesies, dan sering kali dilayan sebagai conspesifik di bawah nama "P. melanicterus". Monotypic.


Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Merbah Kunyit ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Merbah Kunyit adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Merbah Kunyit tidak bergigi.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Burung Merbah Kunyit memakan buah dan serangga.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Merbah Kunyit membiak dengan bertelur. Telur Burung Merbah Kunyit bercangkerang keras.

Habitat[sunting | sunting sumber]

Burung Merbah Kunyit merupakan burung hutan tebal dan semak samun. Ia membina sarangnya dalam semak; dua sehingga empat biji telur setiap serangkap.

Burung Merbah Kunyit sekitar sepanjang 19 cm (7 in), termasuk ekornya yang agak panjang. Ia memiliki bahagian atas zaitun dan kuning atau kuning zaitun pada bahagian bawah. Kepalanya hitam. Kedua jantina memiliki bulu yang sama, tetapi burung muda lebih kelabu berbanding burung dewasa. Pola penerbangannya melantun-lantun dan menyerupai burung belatuk.

Burung Merbah Kunyit tengkuk merah

Terdapat beberapa taxa berbeza yang umumnya dianggap spesies kecil kepada burung Merbah Kunyit, tetapi semakin dianggap spesies berbeza (dan sebenarnya dianggap spesies berbeza pada asalnya): Ruby-throated Bulbul (P. dispar) dari Sumartra dan Jawa hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk merah darah dan mata kemerah-merahan, Merbah Kunyit tengkuk merah (P. gularis) dari Ghat Barat di India hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk merah-kuning-bata dan mata keputih-putihan, Black-capped Bulbul (P. melanicterus) dari Sri Lanka hampir tanpa jambul, memiliki tengkuk kuning dan mata perang, dan Bornean Bulbul (P. montis) dari Borneo memiliki jambul hitam, tengkuk kuning dan mata perang. Mengelirukan lagi, P. gularis juga dirujuk sebagai Merbah Kunyit tengkuk Delima. Apabila kesemua di atas dianggap spesies berlainan, burung Merbah Kunyit terdapat dari timur India timur ke Vietnam dan selatan ke Semenanjung Malaysia, dan memiliki jambul hitam, tengkuk hitam atau merah dan mata keputih-putihan.

Displaying Gap Rest-House, Malaysia, Sept 1997

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z