Burung Pacat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Burung Pacat
Fairy Pitta 3952.jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Pitta
Spesies: P. nympha
Nama binomial
Pitta nympha
Temminck & Schlegel, 1850

Burung Pacat (bahasa Inggeris: Fairy Pitta)[2] adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya ialah Pitta nympha. Populasinya dianggarkan sekitar 2,500 dan 10,000 individual (2012). Bilangannya dianggarkan semakin berkurangan akibat penebangan hutan dikawasan pembiakannya, terutamanya bagi pertanian dan balak, bersama dengan penangkapan bagi perniagaan burung peliharaan.

Permakanan[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat memburu cacing, labah-labah, serangga, dan siput sebagai makanan.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Ia membiak di timur laut Asia di Jepun, Korea Selatan, Tanah Besar Cina dan Taiwan, migran di Thailand dan menghabiskan musim sejuk di kepulauan Borneo di Malaysia Timur, Brunei, dan Kalimantan di Indonesia.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat membentuk superspesies bersama (P. brachyura), (P. megarhyncha) dan burung Pacat Sayap Biru (P. moluccensis).

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : Pittidae. Burung Pacat ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Jantung Burung Pacat terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Sebagai burung, Burung Pacat membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z