Burung Pacat Kepala Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Pacat Kepala Biru)

Burung Pacat Kepala Merah
Jantan (kiri) dan betina (kanan)
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Keluarga: Pittidae
Genus: Hydrornis
Spesies:
H. baudii
Nama binomial
Hydrornis baudii
Sinonim
  • Pitta baudii

Burung Pacat Kepala Merah atau juga dikenali sebagai Burung Pacat Kepala Biru (bahasa Inggeris: Blue-headed Pitta) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pitta baudi/Hydrornis baudii.[2][3] Burung Pacat Kepala Merah adalah spesies burung dalam keluarga pitta Pittidae. Ia adalah endemik di Borneo.[4]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat Kepala Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Pacat Kepala Merah ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh Burung Pacat Kepala Merah tidak bergigi.

Burung pacat kKepala merah merupakan burung pacat bersaiz serdahana, pada 17 cm (6.7 in) panjang. Bulu burung jantan bewarna amat terang, dengan jambul bewarna biru terang, pipi hitam, tengkuk putih, belakang merah berangan, bulu ekor ungu terang, dan sayap hitam dengan celoreng putih. Warna burung betina lebih malap, dengan belakang dan kepala berkilat dan warna biru hanya pada bahagian ekor.[5]

Makanan[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat Kepala Merah dipercayai membiak bermusim, kerana burung dalam keadaan mengawan hanya didapati pada pertengahan tahun(Mac hingga Jun) dan burung betina yang hampir bertelur pada Julai. Burung muda juga terdapat disarang antara May dan Oktober. Sarang burung ini biasa bagi keluarga burung ini, kubah daun bulat dengan laluan masuk disisi hampir atau di atas tanah. Dalam satu sarang yang diperiksa terdapat dua biji telor dijumpai.[6]

Habitat[sunting | sunting sumber]

Spesies ini merupakan spesies endemik di pulau Borneo, di mana ia terdapat di Brunei, Kalimantan (Indonesia), Sarawak dan Sabah (Malaysia). Habitat semulajadinya adalah hutan hijau tanah rendah tropika. Sungguhpun ia terdapat di hutan sekunder terganggu, ia kebiasannya terdapat di hutan tebal. Ia biasanya tinggal di bawah 600 m (2,000 ka),[5] ia telah direkod sehingga 1,200 m (3,900 ka), tetapi rekod ini tidak disahkan.[6]

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung Pacat Kepala Merah merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Ia dianggap terancam oleh kehilangan habitat, kerana litupan hutan di Borneo hilang pada kadar pantas.[5]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ BirdLife International (2012). "Hydrornis baudii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2012. Dicapai pada 26 November 2013.CS1 maint: ref=harv (link)
  2. ^ Gill, F.; D. Donsker, penyunting (2010). "NZ Wrens to Ovenbirds". IOC World Bird List (2.5). Diarkibkan daripada yang asal pada 22 May 2011. Dicapai pada 2 August 2010.
  3. ^ ENAKMEN-ENAKMEN YANG BERKAITAN DENGAN PEMULIHARAAN DI SABAH, 1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997[pautan mati kekal]
  4. ^ Phillipps, Quentin; Phillipps, Karen (2011). Phillipps’ Field Guide to the Birds of Borneo. Oxford, UK: John Beaufoy Publishing. ISBN 978-1-906780-56-2. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c BirdLife International (2010). "Species factsheet: Pitta baudii". BirdLife Data Zone. Dicapai pada 2 August 2010.
  6. ^ a b BirdLife International (2001). "Blue-headed Pitta". Threatened birds of Asia: the BirdLife International Red Data Book. Cambridge, UK: BirdLife International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-11. Dicapai pada 2 August 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z