Burung Pekaka Kupiah Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Black-capped Kingfisher
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
H. pileata
Nama binomial
Halcyon pileata
(Boddaert, 1783)

Burung Pekaka Kupiah Hitam ialah burung pekaka yang bertaburan di Asia tropika dari India sehingga China, Korea dan Asia Tenggara di timur. Walaupun burung ini bukan burung hijrah, burung ini yang hidup di kawasan yang paling utara taburannya berhijrah ke Sri Lanka, Thailand, Borneo dan Pulau Jawa pada musim sejuk. Nama saintifiknya Halcyon pileata.

Burung Pekaka Kupiah Hitam ialah burung pekaka yang besar sehingga 28 sentimeter panjangnya. Burung dewasa mempunyai:

  • bahagian belakang yang berwarna ungu-biru;
  • kepala dan bahu yang berwarna hitam;
  • leher yang berwarna putih;
  • paruh dan kaki yang berwarna merah terang;
  • bahagian bawah yang berwarna merah kekuning-kuningan;
  • sayap yang berwarna biru dan hitam, dengan bahagian bawahnya mempunyai tompok putih yang besar yang dapati dilihat apabila burung ini terbang.

Rupa kedua-dua jantina sama sahaja tetapi warna anak burung lebih suram. Bunyi burung pekaka ini berketuk-ketak ki-ki-ki-ki-ki.

Burung Pekaka Kupiah Hitam ialah spesies umum di perairan pantai, khususnya di kawasan paya bakau. Walaupun burung ini sangat peka apabila diganggu, ia suka bertenggek di atas dawai dan tempat-tempat bertenggek lain yang terbuka. Burung pekaka ini memburu serangga yang besar, tetapi burung pantai juga makan ikan dan katak. Penerbangan burung pekaka ini pantas dan terus, dengan sayapnya yang pendek dan berbundar menderu.

Sarang Burung Pekaka Kupiah Hitam merupakan lubang di dalam timbunan tanah. Sesangkak telur biasanya terdiri daripada 4-5 biji telur putih yang bulat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "Halcyon pileata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Database entry includes justification for why this species is of least concern
  • Kingfishers, Bee-eaters and Rollers by Fry, Fry and Harris, ISBN 0-7136-8028-8

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Pautan luar[sunting | sunting sumber]