Penguin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Penguin)

Penguin
Julat zaman: 62–0 Ma
Paleosen-Kini
Penguin Gentoo, Pygoscelis papua
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Infrakelas:
Order:
Sphenisciformes

Sharpe, 1891
Keluarga:
Spheniscidae

Bonaparte, 1831
Genus moden

Aptenodytes
Eudyptes
Eudyptula
Megadyptes
Pygoscelis
Spheniscus
untuk genus prasejarah, lihat Sistematik

Penguin (Jawi: ڤيڠݢوءين) merupakan sejenis burung akuatik yang tidak dapat terbang dan banyak hidup di kawasan beriklim sejuk dalam Hemisfera Selatan; ia tergolong dalam keluarga Spheniscidae dan order Sphenisciformes.[1]

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga Spheniscidae diberikan Charles Lucien Bonaparte daripada genus Spheniscus,[2] nama genus tersebut datang daripada perkataan bahasa Yunani σφήν sphēn "baji" yang digunakan untuk bentuk sayap spesies penguin Afrika.[3]

Spesies[sunting | sunting sumber]

Bilangan spesies burung penguin masih didebatkan. Bergantung pada pihak mana yang diikuti, kepelbagaian burung penguin berbeza-beza antara 17 dan 20 spesies, semuanya dalam subfamili Spheniscinae. Sesetengah sumber menganggap spesies white-flippered penguin (penguin berkaki sirip putih) sebagai spesies Eudyptula berasingan, sementara yang lain memperlakukan ia sebagai subspesies Little Penguin;[4][5] keadaan yang sebenar kelihatan lebih sukar.[6] Begitu juga, masih kurang jelas sama ada burung penguin diraja hanya morf warna burung penguin makaroni. Yang juga layak untuk menjadi spesies berasingan ialah populasi utara rockhopper penguin.

Gambar contoh Genus Spesies masih wujud
Aptenodytes Miller,JF, 1778 – penguin besar
Pygoscelis Wagler, 1832 – penguin ekor gebu
Eudyptula Bonaparte, 1856 – penguin kecil
Spheniscus Brisson 1760 – penguin berjalur
Megadyptes Milne-Edwards, 1880
Eudyptes Vieillot, 1816 – penguin berjambul

Anatomi[sunting | sunting sumber]

Aptenodytes forsteri atau "penguin maharaja" (emperor penguin) merupakan penguin paling besar yang ada[7] dengan saiz purata dewasa setinggi 1.1 m (3 ka 7 in) dan seberat 35 kg (77 lb); Eudyptula minor atau "penguin kecil" (little blue penguin) pula spesies terkecil dengan badan setinggi sekitar 33 cm (13 in) dan berat sekitar 1 kg (2.2 lb).[8]

Kesemua burung-burung penguin berkongsi ciri sama di mana bahagian sayap dan belakang berwarna hitam dan bahagian belakang berwarna putih. Hal ini demikian untuk tujuan penyamaran:[9] pemangsa-pemangsa dasar laut tidak mampu mengenalpasti dengan mudah badan-badan burung yang berenang dari permukaan air yang terang disinari matahari sementara burung penguin tidak mudah dikenalpasti dalam kegelapan laut jika dilihat jauh dari tempat tinggi.

Penguin mempunyai deria pendengaran yang sederhana dalam kalangan spesies burung[10] yang digunakan untuk saling menyahut antara yang dewasa dengan yang anak di kelompok sarang yang padat dihuni beribu-ribu ekor burung.[11]

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Penguin cuba berenang ke aisberg

Tubuh badan penguin sangat disesuaikan untuk ia hidup bergantung kepada lautan dan segala sumbernya.[12] Sayapnya merupakan pendayung dan tidak boleh terbang. Di daratan, penguin menggunakan ekor dan sayapnya untuk menjaga keseimbangan ketika berjalan. Penguin kadangkala berjalan dengan kaki pendeknya atau meluncur di permukaan salji dengan perutnya untuk menjimatkan tenaga.

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Umumnya penguin memakan kril, pelbagai jenis ikan,[12] dan sotong ketika memburu di laut dengan paruhnya.

Burung ini boleh minum air laut kerana adanya kelenjar supraorbital yang mampu menapis garam laut keluar daripada aliran darah, lalu garam ini dikeluarkan dalam bentuk cecair yang dikumuh sewaktu pernafasan.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Kawanan penguin di pesisiran cagar alam Île de la Possession, Kepulauan Crozet.

Hampir semua spesies penguin (kecuali yang spesies mata kuning dan Fiordland) bersarang dalam kawanan besar, bilangan burung yang berkawan ini berbeza-beza dari spesies ke spesies: penguin gentoo berkawan sebanyak 100 ekor, penguin-penguin besar berkawan sebanyak ratusan ribu ekor.[13]

Penguin berpasangan kekal selama semusim. Banyak penguin bertelur sebanyak 2 biji sepasangan, ada yang hanya bertelur sebiji sahaja dalam kalangan jenis penguin besar.[14] Kedua-dua jantan dan betina mengeram bersama telur-telur ini sepanjang musim.[15] Seekor pasangan ini memburu makanan sambil seekor mengeram telur dalam tempoh yang bersilih ganti selama berhari-hari hingga berminggu-minggu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (2023). "Kagu, Sunbittern, tropicbirds, loons, penguins". World Bird List Version 13.2. Kesatuan Ahli Ornitologi Antarabangsa. Dicapai pada 6 Ogos 2023.
  2. ^ Fraser, Ian; Gray, Jeannie (2019). Australian Bird Names: Origins and Meanings. Clayton South, Victoria, Australia: CSIRO Publishing. m/s. 86–87. ISBN 9781486311637.
  3. ^ Jobling, James A. (2010). The Helm Dictionary of Scientific Bird Names. London, England, UK: Helm Publishing. m/s. 361. ISBN 978-1-4081-2501-4.
  4. ^ Williams, (1995).
  5. ^ Davis; Lloyd S. & Renner; M. (1995). Penguins. London: T & A D Poyser. ISBN 0-7136-6550-5
  6. ^ Banks, Jonathan C.; Mitchell, Anthony D.; Waas, Joseph R. & Paterson, Adrian M. (2002). "An unexpected pattern of molecular divergence within the blue penguin (Eudyptula minor) complex" (PDF). Notornis. 49 (#1): 29–38. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 Julai 2007.
  7. ^ Animal! (dalam bahasa Inggeris). Dorling Kindersley. 2016. ISBN 9781465459008.
  8. ^ Grabski, Valerie (2009). "Little Penguin - Penguin Project". Penguin Sentinels/University of Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Disember 2011. Dicapai pada 25 November 2011.
  9. ^ Buskey, Theresa. "The Antarctic Polar Region". Dalam Alan Christopherson, M.S. (penyunting). The Polar Regions. LIFEPAC. 804 N. 2nd Ave. E., Rock Rapids, IA: Alpha Omegan Publications, Inc. ISBN 978-1-58095-156-2.CS1 maint: location (link)
  10. ^ Wever, E. G.; Herman, P. N.; Simmons, J. A.; Hertzler, D. R. (1969). "Hearing in the blackfooted penguin, Spheniscus demersus, as represented by the cochlear potentials". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 63 (#3): 676–80. Bibcode:1969PNAS...63..676W. doi:10.1073/pnas.63.3.676. JSTOR 59401. PMC 223504. PMID 5259756.
  11. ^ Jouventin, P; Aubin, T; Lengagne, T (1999). "Finding a parent in a king penguin colony: The acoustic system of individual recognition". Animal Behaviour. 57 (#6): 1175–1183. doi:10.1006/anbe.1999.1086. PMID 10373249. S2CID 45578269.
  12. ^ a b Sterry, Paul. Pointers: Burung Laut. Jakarta, Indonesia: Quality Press.
  13. ^ Williams, p. 17
  14. ^ Williams, p. 23
  15. ^ Numata, M.; Davis, L. S.; Renner, M. (2000). "Prolonged foraging trips and egg desertion in little penguins (Eudyptula minor)". New Zealand Journal of Zoology. 27 (#4): 277–289. doi:10.1080/03014223.2000.9518236.
Sumber utama

Pautan luar[sunting | sunting sumber]