Burung Tambun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Burung Tambun
Pengelasan saintifik


Tambun Biasa atau Burung tambun (bahasa Inggeris: Tabon Scrubfowl), penamaan binominal saintifik: Megapodius cumingii (Dillwyn, 1853) [1] ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia.

Burung tunggal atau berpasangan berlari di dalam hutan, belukar, malah paya mencari serangga atas tanah. Apabila diganggu, ia akan berlari atau terbang rendah dari tanah. Bertenggek pada dahan waktu malam. Telur dieram dalam timbunan tumbuhan reput, kering. Sarang dihasilkan selama beberapa tahun, kadang-kala sepasang burung akan menggunakan timbunann yang sama dan saling membantu menghela daun, ranting dan kayu mati baru dengan kaki mereka. Burung betina menggali pada bahagian atas busut dan bertelur. Telur merah jambu kemerahan yang besar akan beransur menjadi merah jambu pucat apabila ia semakin matang. Babi hutan, biawak air, dan manusia sering mencuri telurnya sebagai makanan. Anak burung tambun yang berbulu penuh akhirnya keluar sekitar 70 hari berikutnya, sedia mampu untuk terbang.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Burung tambun dahulunya biasa terdapat di kebanyakan pulau kecil sekitar Borneo, dan di persisiran pantai tanah besar di beberapa tempat di Sabah. Kini agak jarang didapati kerana pengutipan telur melampau.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Burung tambun adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan : tergolong dalam keluarga : Megapodiidae. Burung tambun adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi.

Burung tambun bersaiz sederhana (35 cm), pelepah tubuh burung berwarna perang dan kelabu coklat dengan muka merah. Perang pada bahagian atas, dan kelabu bahagian bawah. Hampir tiada balung dan berekor pendek. Kedua-dua jantina jantan dan betina kelihatan serupa. Burung muda bewarna coklat, berbelang dan bertompok hitam. Mata perang, paruh kuning, kakinya kehitaman dan merah pada bahagian belakang.

Jantung burung tambun terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Memiliki bunyi seperti kucing tertekan, biasanya pada waktu petang.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Burung tambun merupakan keluarga burung yang hidup di atas tanah yang menggunakan kaki mereka yang besar dan kuat bagi mengheret dan menimbun busut, dan menggali lubang bagi bertelur.

Burung tambun tidak mengeram telur mereka yang dieram oleh kepanasan pasif semula jadi dari suria, atau haba bumi, atau tumbuhan mereput. Apabila menetas, anak burung tambun adalah besar dan mampu terbang serta-merta. Burung dewasa memiliki bunyi panggilan mengeram dan bertenggek pada dahan. Terdapat dua spesies megapode di Sundas Besar.

Pengekalan[sunting | sunting sumber]

Burung tambun merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya. Pulau Mantanani di luar daerah Kota Belud, Sabah terdapat banyak spesies burung ini. Telur biasanya ditanam dalam lubang sedalam setengah meter, lalu dilapik dengan daunan hidup. aktiviti bertelur dilakukan beramai-beramai, setelah burung tambun bertelur lubang akan dikambus dengan pasir. Apabila telur menetas, anak burung akan keluar dari lubang dengan begitu segera.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Carian Google.

Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z