Burung Undan Putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Burung Undan Putih
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Pelecanus
Spesies:
P. onocrotalus
Nama binomial
Pelecanus onocrotalus
Linnaeus, 1758

Burung Undan Putih ialah burung daripada keluarga burung undan. Ia hidup di kawasan yang terbentang dari Eropah tenggara sehingga Asia serta juga di Afrika. Nama saintifiknya Pelecanus onocrotalus.[1], [2]

Burung Undan Putih merupakan burung undan yang kedua terbesar, selepas Burung Undan Dalmatia. Ukurannya 10 kilogram (22 paun) beratnya, 160 sentimeter panjangnya, dan 280 sentimeter (110 inci) rentang sayapnya. Ia berbeza daripada Burung Undan Dalmatia dari segi warna bulunya yang putih tulen, berbanding dengan warna putih kekelabu-kelabuan, serta tompok muka dan kaki yang berwarna merah muda. Burung jantan adalah lebih besar daripada burung betina, dan memiliki paruh panjang yang melengkung ke bawah, berbanding dengan paruh burung betina yang lebih lurus dan lebih pendek. Anak burung berwarna kelabu dan memiliki bulu pelepah terbang yang berwarna pekat.

Burung Undan Putih membiak di paya dan tasik cetek, dengan sarangnya terdiri daripada longgokan bahan tumbuhan yang kasar. Melebihi 50% daripada burung ini membiak di Delta Danube. Burung ini berpindah ke kawasan yang berhampiran dan menghabiskan musim sejuknya di Afrika timur laut. Dalam penerbangan, burung ini merupakan burung yang anggun, dengan kepalanya tertunduk merapati badan.

Burung Undan Putih menangkap ikan dan menyimpannya di dalam saku paruh yang besar semasa berenang di permukaan air. Serupa dengan Burung Undan Dalmatia, populasi spesies ini telah merosot dengan ketara, akibat kehilangan habitat serta penyeksaan.

Burung Undan Putih merupakan salah satu spesies yang dilindungi oleh "Perjanjian Pemuliharaan Burung Air Hijrah Afrika-Eurasia" (AEWA).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oleh Jabatan Perhilitan, "JADUAL 3 - BURUNG-BURUNG LIAR YANG DIPERLINDUNGI SEPENUHNYA." AKTA PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR 1972 ( Akta 76 ). Diambil 30 November 2018
  2. ^ Pindaan Jadual 2012.
  • "Pelecanus onocrotalus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Masukan pangkalan data, termasuk alasan mengapa spesies ini tidak menimbulkan banyak kebimbangan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]