Cenderawasih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung cenderawasih)

Burung Cenderawasih
Raggiana bird-of-paradise (Paradisaea raggiana)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Passeriformes
Superkeluarga: Corvoidea
Keluarga: Paradisaeidae
Vigors, 1825
Genera

15 genera, 42 spesies

Cenderawasih ialah sejenis burung dalam ordo Passeriformes keluarga Paradisaeidae. Ia terdapat di kawasan Utara Malaysia, Timur Indonesia, New Guinea dan Tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.

Jenis burung ini yang paling terkenal adalah dari spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis cenderawasih besar atau Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.

Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.

Burung ini pernah mendiami di kawasan Bukit Lagi atau turut dikenali sebagai Gua Cenderawasih di negeri Perlis,Malaysia

Jenis spesies[sunting | sunting sumber]

genus: Lycocorax

genus: Manucodia

genus: Phonygammus

genus: Paradigalla

genus: Astrapia

genus: Parotia

genus: Pteridophora

genus: Lophorina

genus: Lophorina

genus: Epimachus

genus: Drepanornis

genus: Cicinnurus

genus: Semioptera

genus: Seleucidis

genus: Paradisaea

genus: Paradisornis

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Merurut kepercayaan masyarakat nusantara, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun, makan awan dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput untuk seketika. Itulah satu-satunya masa untuk melihat akan kecantikan burung kayangan ini.

Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya. Ia juga berupaya untuk menghalang pemilik dari dikenakan hantaran santau.

Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.

Gambar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Laman, Tim; Scholes, Edwin (2012). Birds of Paradise, Revealing the World's Most Extraordinary Birds. National Geographic Society.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Birds-of-paradise