Merak
Merak | |
---|---|
![]() | |
Burung merak India jantan mengembangkan ekornya | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Keluarga: | |
Subkeluarga: | |
Tribus: | Pavonini
|
Spesies | |
Merak (disebut [mĕ.rak], Jawi: مرق ) adalah nama biasa untuk tiga spesies burung dalam genus-genus Pavo dan Afropavo dari keluarga Phasianidae.[1] Burung-burung ini dikenali kerana penampilan jantan burungnya yang meneriak nyaring serta bulu ekor yang sangat menarik. Ekor yang menarik hanya terdapat pada spesies merak Asiatik, yang mana mempunyai ekor dengan titik-titik mata atau jajaran bulu-bulu yang terlindung yang mana akan dikembangkan semasa hendak mengawan.
Perkataan merak menyerap dari suatu bahasa dalam rumpun bahasa Asli yang pada awalnya mengkhusus kepada burung merak hijau (Pavo muticus) sebelum diluas maknanya.[2][3]:152-153 Terdapat tiga spesies yang wujud dalam jenis burung bernama demikian termasuk:
- Merak India, Pavo cristatus di tanah India
- Merak hijau, Pavo muticus di Asia Tenggara
- Merak Kongo, Afropavo congensis di Lembah Congo
Ciri umum[sunting | sunting sumber]





Merak India mempunyai warna bulu hijau dan biru yang berkilat, kebanyakannya hijau dan biru metalik, akan tetapi bagi merak hijau ia mempunyai bulu badan berwarna tembaga dan hijau. Pada kedua-dua spesies, saiz dan rentang sayap merak betina lebih kecil berbanding merak jantan, serta merak jantan juga lebih panjang di sebabkan oleh ekornya.[4] Ekor merak tidak hanya terdiri dari bulu-bulu ekor "quill" tetapi juga bulu ekor yang mencanak naik. Bulu-bulu ini juga memiliki tanda seperti bebola mata, yang mana dapat dilihat dengan jelas apabila merak jantan mengembangkan atau mengipaskan ekornya. Kedua-dua jantina juga memiliki jampul di atas kepala. Merak India betina mempunyai gabungan warna bulu kelabu pudar, perang dan hijau. Merak betina juga mengembangkan bulunya untuk mengusir persaingan dari merak betina lain atau memberi isyarat bahaya kepada anak-anaknya.
Merak Hijau berbeza dengan merak India di mana merak jantan mempunyai bulu berwarna hijau dan emas, serta sayap hitam dengan kilauan biru. Tidak seperti merak India, merak Hijau betina serupa dengan merak jantan, tetapi ekor menegak yang lebih pendek, warna tembaga pada leher yang lebih pudar dan kilauan warna yang lebih kurang.
Merak Congo jantan biasanya tidak mengembangkan ekornya, tetapi menggunakan ekornya semasa hendak mengawan. Bulu ekornya lebih pendek berbanding merak India dan Hijau. Merak betina bagi spesies India dan Afrika mempunyai bulu kelabu pucat dan/atau perang.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Peacock (bird)". Britannica Online Encyclopedia.
- ^ Lim, Teckwyn (Jun 2020). "An Aslian origin for the word gibbon". Lexis. Journal in English Lexicology (dalam bahasa Inggeris) (15). doi:10.4000/lexis.4291. ISSN 1951-6215.
- ^ Geoffrey, Benjamin (2012). "The Aslian languages of Malaysia and Thailand: An assessment". Language Documentation and Description. 11: 136–230.
- ^ "Peafowl". sandiegozoo.org. San Diego Zoo. Dicapai pada 13 March 2021.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Petikan kata berkenaan Merak di Wikiquote
- Templat:Commons and category-inline
Data berkenaan Pavo di Wikispesies