Burung sudu
Penampilan
| Burung sudu | |
|---|---|
| Sudu samar | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Pelecaniformes |
| Keluarga: | Threskiornithidae |
| Subkeluarga: | Plataleinae Bonaparte, 1838 |
| Genus: | Platalea Linnaeus, 1758 |
| Spesies jenis | |
| Platalea leucorodia (sudu Erasia) Linnaeus, 1758
| |
| Spesies | |
|
Lihat teks | |
Burung sudu atau bangau sesudu[1] ialah sejenis burung randuk yang besar dan berkaki panjang dalam genus Platalea. Burung sudu mempunyai taburan sejagat, ditemukan di setiap benua kecuali Antartika. Nama genus Platalea terbit daripada perkataan Yunani Kuno dan bermaksud "lebar", merujuk kepada bentuk khas paruhnya. Enam spesies telah dikenal pasti. Sungguhpun ia biasa ditempatkan dalam genus tunggal, ia terkadang dipecahkan kepada tiga genus.
Spesies dan taburan
[sunting | sunting sumber]Enam spesies burung sudu tersebar hampir di seluruh dunia.[2]
| Spesies Platalea | |||
|---|---|---|---|
| Nama umum dan binomial | Imej | Huraian | Julat taburan |
| Sudu Erasia (Platalea leucorodia) |
Burung muda dan dewasa sebahagian besarnya berwarna putih dengan hujung sayap luar hitam dan paruh gelap. Membiak di dalam mensiang, selalunya tanpa spesies lain. | Timur laut Afrika dan kebanyakan Erasia dari Kepulauan British hingga ke Jepun | |
| Sudu muka hitam (Platalea minor) |
Berkait rapat dengan burung sudu Erasia. | Asia Timur: Taiwan, China, Korea dan Jepun. | |
| Sudu Afrika (Platalea alba) |
Spesies putih besar mirip burung sudu Erasia, di mana ia boleh dibezakan melalui muka putih dan paruh yang selalunya pucat. Makanannya termasuk serangga dan hidupan kecil, dan ia bersarang di pokok, rawa dan batu. | Afrika dan Madagaskar | |
| Sudu diraja (Platalea regia) |
Burung sudu putih dengan muka hitam. | Di seluruh Australia dan New Zealand (khususnya Pulau Selatan); bertebaran di Papua New Guinea, Indonesia, dan Kepulauan Pasifik | |
| Sudu paruh kuning (Platalea flavipes) |
Burung sudu putih dengan paruh berwarna kuning. | Australia Tenggara | |
| Sudu samar (Platalea ajaja) |
Burung dewasa besar dan berbulu merah jambu. | Amerika Selatan, Karibia, dan tenggara Amerika Syarikat | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Choi Kim Yok (1999). Kamus Tematik: Bahasa Perancis, Inggeris, Melayu. m/s. 77.
- ^ Gill, Frank; Donsker, David; Rasmussen, Pamela, penyunting (July 2021). "Ibis, spoonbills, herons, Hamerkop, Shoebill, pelicans". IOC World Bird List Version 11.2. International Ornithologists' Union. Dicapai pada 12 August 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Burung sudu |
- Spoonbill videos on the Internet Bird Collection