Bushiroad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bushiroad
Swasta
IndustriPermainan video
Ditubuhkan2007
Ibu pejabatTokyo
Perancang utama
Takaaki Kidani, pengasas
Anak syarikatNew Japan Pro Wrestling
Laman sesawangwww.bushiroad.com

Bushiroad Inc. (ブシロード, Bushirōdo) (ブシロード Bushirōdo) ialah pengeluar koleksi permainan kad dan kad dagangan Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Takaaki Kidani dan ibu pejabatnya terletak di Tokyo. Bushiroad mencipta dan memiliki francais media Tantei Opera Milky Holmes, dan telah menerbitkan dua novel visual Milky Homes untuk Playstation Portable yang dibangunkan oleh Artdink.

Pada 29 Januari 2012, Bushiroad mengumumkan bahawa ia telah memperoleh sepenuhnya New Japan Pro Wrestling, promosi besar gusti profesional.[1]

Di Tokyo Game Show 2012, Bushiroad mengumumkan Bushimo, sebuah platform permainan video sosial baharu untuk telefon pintar yang dikeluarkan pada musim sejuk tahun 2012.

Pada bulan Mac 2013, Bushiroad mengumumkan kedatangan semula francais media Neppu Kairiku Bushi Road berserta siri anime televisyen yang disiarkan pada 31 Disember 2013 sebagai kerjasama antara Bushiroad, Bandai Visual, Nitroplus, dan Kinema Citrus.[2]

Bushiroad memperkenalkan majalah bulanan pada bulan September 2013 yang bertajuk Bushiroad Mingguan (月刊ブシロード Gekkan Bushirōdo). Ia memaparkan siri-siri manga yang diadaptasi daripada pelbagai permainan kad dagangan dan francais-francais lain.

Bushiroad telah mencipta francais media BanG Dream! pada bulan Januari 2015 yang terdiri daripada sebuah kumpulan muzikal, beberapa siri manga dan satu siri televisyen anime.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ 5億円!新日オーナー会社 電撃交代 (dalam bahasa Jepun). Nikkan Sports. Dicapai 2012-04-11. 
  2. ^ Empty citation (bantuan) 
  3. ^ Empty citation (bantuan) 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]