Pergi ke kandungan

Buta Kola

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hiasan kepala penari berbentuk Panjurli (dewa berwajah babi hutan), Muzium Seni Daerah Los Angeles abad ke-18 Masihi

Būta Kōlā, [note 1] ( Tulu : Bhūta Kōla ; Malayalam : ഭൂത കോലം, Bhūtha Kōlam;) yang juga dikenali sebagai Daiva Kōlā atau Daiva Nēmā, ialah sebuah persembahan tarian Hindu bersifat kepawangan yang diamalkan, dipercayai dan dipelihara oleh Suku Tulu di Tulu Nadu dan sebahagian kawasan Malenadu di Karnataka serta Kasaragod di utara Kerala, India dan juga masyarakat Malayalee serta sebahagian masyakat Tamil Nadu. Tarian ini sangat bergaya dan dipersembahkan sebagai sebahagian daripada 'Bhootaradhane' atau 'Bhootharadhanam 'iaitu pemujaan dewa-dewa tempatan yang disembah oleh penduduk suku Tulu dan Malayari di India Selatan.Ia turut mempengaruhi teater rakyat Yakshagana[1]Būta kōlā mempunyai hubungan rapat dengan Theyyam di wilayah Malabar Utara, dan Theyyam dianggap sebagai bentuk evolusi daripada Būta kōlā .

Senarai Daiva dalam tradisi Būta Kōlā

[sunting | sunting sumber]

Koragajja

[sunting | sunting sumber]

Koragajja adalah Daiva (Roh pelindung) yang paling banyak dipuja oleh masyakaat Tulu dan dipohon pertolongan daripadanya untuk menyelesaikan sebarang masalah, mendapatkan kembali sesuatu yang hilang, atau memastikan sesuatu urusan dapat diselesaikan tepat pada masanya. [2]

Panjurli, iaitu Dewa berwajag babi hutan .

Roh babi hutan yang dipuja untuk menghalau ancaman babi hutan bagi melindungi tanaman. [3] Menurut kepercayaan serantau masyarakat Tulu, seekor babi hutan mati di taman kayangan milik dewa Hindu Shiva .Anak babi hutan itu tersebut kemudian dipelihara anak angkat oleh isteri Shiva, dewi Parvati. Namun, apabila membesar, babi hutan muda itu mula menjadi ganas dan mula merosakan pokok-pokok serta tanaman di taman shiva. Shiva berasa murka dan memutuskan untuk menamatkan riwayatnya,, Parvati bagaimanapun mempertahankan babo hutan itu dan meminta suaminya mengampuninya. Maka, shiva tidak menamatkan riwayatnya tetapo menghalaunya ke bumi sebagai gana-nya, dan menguniarkan kedudukan sebagai dewa perlindung yang dihormati manusia. Babi hutan inilah yang kemudian menjadi Bhoota (roh suci) yabg dikenali sebagai panjurli [4] Tetapi sesetengah orang menyelaraskan Panjurli dengan Varaha, penjelmaan babi dewa Wisnu, kerana kedua-dua dewa itu adalah babi hutan

Dewa lautan, kebanyakannya disembah oleh ahli komuniti nelayan. [5]

Kalkuda dan Kalurti

[sunting | sunting sumber]

Dewa ini merupakan adik beradik. Menurut legenda, Kalkuda ialah seorang pengukir yang hebat yang membina arca tugu agama Jain. Gommateshwara di Karkala . Selepas menyiaplan pembinaan kuil-kuil indah dan patung-patung monumental, penguasa Karkala memotong tangan kirinya dan kaki kanannya supaya beliau tidak dapat mencipta arca-arca indah untuk mana-mana raja lain. Melihat keadaan abangya, Kallurti membalas dendam dengan penuh keganasan. Mereka hanya berhenti apabila seorang sihit agung berjanji bahawa mereka akan dipuja dengan cara yang mereka mahukan. [6]

Guliga atau 'Guligan' ialah dewa yang paling biasa dipuja di Kerala oleh kedua-dua suku Tuluva dan Malayalis ..

Koti dan Chennayya

[sunting | sunting sumber]

Koti dan Chennayya adalah wira kembar yang disembah sebagai dewa seni pertahankan diri. [7]

Jenis-jenis Pemujaan Bhūta

[sunting | sunting sumber]

Penyembahan Bhūta ada empat jenis, kōla, bandi, nēma, dan labing-tambila.

Kōla: Tarian separa dewa yang dipersembahkan kepada Bhūta di sthana kampung yang dipercayai sebagai tempat kediaman mereka.
Bandi: Bandi adalah sama seperti kōla, dengan tambahan menarik sebuah kereta kuda, di mana orang yang mewakili Bhūta ditempatkan.
Nēma: Nēma ialah upacara peribadi untuk menghormati Bhūta, yang diadakan di rumah sesiapa sahaja yang berhasrat melaksanakanya. Ia biasanya dijalanka sekali setiap setahun, dua, sepuluh, lima belas, atau dua puluh tahun oleh keluarga yang berada.
Agelu-tambila: asejenis penyembahan yang hanya ditujukan kepada ahli keluarga, di mana nasi, hidangan, daging dan arak dihidangkan di atas daun pisang lalu dipersembahkan kepada roh, dewa, nenek moyang yang telah meninggal dunia setiap tahun atau apabila hajat telah dipenuhi. [8]

.mw-parser-output .reflist{margin-bottom:0.5em;list-style-type:decimal}@media screen{.mw-parser-output .reflist{font-size:90%}}.mw-parser-output .reflist .references{font-size:100%;margin-bottom:0;list-style-type:inherit}.mw-parser-output .reflist-columns-2{column-width:30em}.mw-parser-output .reflist-columns-3{column-width:25em}.mw-parser-output .reflist-columns{margin-top:0.3em}.mw-parser-output .reflist-columns ol{margin-top:0}.mw-parser-output .reflist-columns li{page-break-inside:avoid;break-inside:avoid-column}.mw-parser-output .reflist-upper-alpha{list-style-type:upper-alpha}.mw-parser-output .reflist-upper-roman{list-style-type:upper-roman}.mw-parser-output .reflist-lower-alpha{list-style-type:lower-alpha}.mw-parser-output .reflist-lower-greek{list-style-type:lower-greek}.mw-parser-output .reflist-lower-roman{list-style-type:lower-roman}

  1. ^ "Bhootha Aradhane". Government of Karnataka.
  2. ^ Ananda, Manisha (14 November 2022). "Koragajja Story: Do you know anything about the God of Tulunad, Swami Koragajja..?". Vijay Karnataka. Dicapai pada 29 December 2022.
  3. ^ S. Jayashanker (2001). Temples of Kasaragod District. Controller of Publications. m/s. 30.
  4. ^ Sadhwani, Bhavya (14 December 2022). "Now That Kantara Has Released On OTT, Here Are Answers To All The Questions You Might Have". India Times. Dicapai pada 29 December 2022.
  5. ^ U. Padmanabha Upadhyaya (1984). Bhuta Worship. Regional Resources Centre for Folk Performing Arts, M.G.M. College. m/s. 60.
  6. ^ Heidrun Brückner (2009). On an Auspicious Day, at Dawn -: Studies in Tulu Culture and Oral Literature. Otto Harrassowitz Verlag. m/s. 60. ISBN 9783447059169.
  7. ^ K. S. Singh (2003). Karnataka, Part 1. Anthropological Survey of India. m/s. 111. ISBN 9788185938981.
  8. ^ Thurston, Edgar (9 October 1909). "Nalke". Castes and Tribes of Southern India. Government Press – melalui Wikisource.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "note", tetapi tiada tag <references group="note"/> yang berpadanan disertakan