Buta salji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Buta salji atau istilah perubatan yang tepatnya fotokeratitis ialah sakit mata yang disebabkan pendedahan mata yang tidak dilindungi sepenuhnya daripada sinar ultraungu yang bersumberkan semulajadi (misalnya pantulan cahaya matahari kuat hasil salji atau ais, pasir mahupun permukaan laut[1]) mahupun buatan manusia. Penyakit yang menjejaskan kornea dan konjunktiva ini tidaklah dirasai serta merta sehingga beberapa jam selepas pendedahan berlaku.

"Gogel salji" khas yang dipakai masyarakat Inuit bagi mengatasi masalah buta salji

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Antara gejala yang sering didapati ialah rasa sakit, pengeluran air mata yang banyak, kelopak mata yang berdenyut, rasa tidak selesa akibat cahaya terang,[2] serta pengecutan anak mata.

Pencegahan[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini dapat dicegah dengan pemakaian cermin mata hitam atau pelindung mata yang menyerap sinar ultraungu (UV) sambil membenarkan 5–10% cahaya nampak masuk, terutamanya dengan lensa dan penghadang sisi yang besar. Cermin mata hitam hendaklah sentiasa dipakai malah ketika langit mendung kerana sinar UV masih boleh menembusi awan.[3] Terdapat juga saranan agar bahagian bawah mata disapu dengan arang sekiranya langkah perlindungan mata lain tidak dapat diperolehi langsung.[4]

Masyarakat-masyarakat yang hidup di kawasan kutub seperti orang Inuit dan Yupik membuat gogel khas berlubang sempit daripada kayu hanyut atau tulang rusa kutub bagi mengatasi masalah ini.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Snow blindness". General Practice Notebook. Dicapai pada November 19, 2008.
  2. ^ "Arc eye – General Practice Notebook". 25 Mac 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2007. Dicapai pada 27 Julai 2012.
  3. ^ Butler Jr, Frank. "Base Camp MD – Guide to High Altitude Medicine". Dicapai pada 19 November 2008.
  4. ^ Wiseman, John (2004). "Climate & Terrain". SAS Survival Guide: How to survive in the wild, in any climate on land or at sea. Harper Collins. m/s. 45. ISBN 0-00-718330-5.
  5. ^ "Inuit Snow Goggles". Muzium Maritim Vancouver. Dicapai pada 19 November 2008.