Butang tekan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suatu susunan butang tekan yang ringkas.

Butang tekan ialah sejenis suis yang bertujuan mengawal fungsi sesuatu mesin secara langsung melalui sentuhan tangan atau jari daripada pengguna; permukaan komponen sebegini cenderung rata untuk memudahkan penekanan sedemikian.

Butang-butang ini lazim diperbuat daripada bahan keras seperti plastik atau logam.[1] Komponen-komponen tersebut turut dipasangkan dengan pegas dalaman untuk memudahkan ia kembali kepada kedudukan asal selepas ditekan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Push buttons and much more". thebuilderssupply.com. Dicapai pada 11 April 2013.