Byte Craft

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Byte Craft
Jenis/bentuk sahSyarikat persendirian
IndustriTeknologi maklumat
Ditubuhkan1999
Ibu pejabatAras 4, Bangunan ZIKAY, 53 Jalan Raja Alang, 50300 Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
Tokoh pentingAhmad Azrin Hj Zainal Abidin, Pengarah Urusan
PerkhidmatanPerundingan dan perkhidmatan teknologi maklumat
Tapak webwww.bytecraft.com.my
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Byte Craft Sdn. Bhd. ialah syarikat perundingan dan perkhidmatan teknologi maklumat di Malaysia yang membekalkan berbagai-bagai penyelesaian terlanggan, dari perundingan teknologi rangkap perniagaan sehingga pelaksanaan penyelesaian dan sokongan teknologi maklumat aras perusahaan.[1] Ia merupakan salah satu pemain utama dalam bidang Teknologi Sumber Terbuka di Malaysia serta juga syarikat sumber terbuka yang tunggal untuk bersekutu dengan dua buah syarikat sistem pengendalian yang utama, iaitu Novell/Suse dan Red Hat, Inc.[2]

Byte Craft diasaskan pada tahun 1999 sebagai sebuah pembekal penyelesaian perniagaan dan teknologi untuk membantu syarikat-syarikat menjanakan nilai persaingan dengan mengumpil kuasa teknologi digital daripada segi strategi, reka bentuk, dan penyepaduan sistem [3] dan kini melayani sekitar 80 pelanggan di Malaysia.[2] Sektor kerajaan merupakan pasaran Byte Craft yang terbesar.[1] Syarikat ini didaftarkan dengan Kementerian Kewangan Malaysia sebagai sebuah kontraktor bumiputera penuh untuk keluaran dan perkhidmatan berkait teknologi maklumat.

Byte Craft dianugerahi oleh Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) Malaysia dengan status MSC pada tahun 2002. Pada tahun 2005, Byte Craft diberi kontrak sebanyak RM3 juta oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia untuk melaksanakan sebuah projek pengurusan bukti. Syarikat ini juga ditauliahi oleh syarikat-syarikat Novell, Suse Linux, Ximian, Sistem IronPort, RealSoftStudio, MandrakeSoft, Nagios, dan OpenOffice.org sebagai rakan perniagaan.[4] Antara perkhidmatan-perkhidmatannya yang lain, Byte Craft juga mengendalikan latihan yang berikut:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Laman web rasmi: Tentang Syarikat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-06-12. Dicapai pada 2009-11-02.
  2. ^ a b "Laman web rasmi CBS: Berita Korporat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-13. Dicapai pada 2009-11-02.
  3. ^ a b "Laman web Open Source". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-22. Dicapai pada 2009-11-02.
  4. ^ "Laman web rasmi: Tentang Pekongsi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-20. Dicapai pada 2009-11-02.