C. N. Annadurai
C. N. Annadurai கா. ந. அண்ணாதுரை | |
|---|---|
| Ketua Menteri Tamil Nadu | |
| Dalam jawatan 14 Januari 1969 – 3 Februari 1969 | |
| Gabenor | Ujjal Singh |
| Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan Dirinya sebagai Ketua Menteri Negara Bahagian Madras |
| Digantikan oleh | M. Karunanidhi V. R. Nedunchezhiyan (Pemangku) |
| Kawasan pilihan raya | Ketua Majlis Legislatif Tamil Nadu |
| Ketua Menteri Negara Bahagian Madras | |
| Dalam jawatan 6 Mac 1967 – 13 Januari 1969 | |
| Gabenor | Ujjal Singh |
| Didahului oleh | M. Bhakthavatsalam |
| Digantikan oleh | Jawatan Dimansuhkan Dirinya sendiri sebagai Ketua Menteri Tamil Nadu |
| Kawasan pilihan raya | Ketua Majlis Perundangan Negeri' |
| Ahli Parlimen, Rajya Sabha | |
| Dalam jawatan 3 April 1962 – 25 Februari 1967 | |
| Perdana Menteri | Jawaharlal Nehru |
| Kawasan pilihan raya | Negara Bahagian Madras |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Madras | |
| Dalam jawatan 1 April 1957 – 18 Mac 1962 | |
| Ketua Menteri | K. Kamaraj |
| Didahului oleh | Deivasigamani |
| Digantikan oleh | S. V. Natesa Mudaliar |
| Kawasan pilihan raya | Kancheepuram |
| Setiusaha Agung Pertama Dravida Munnetra Kazhagam | |
| Dalam jawatan 25 September 1960 – 3 Februari 1969 | |
| Presiden | Kosong |
| Didahului oleh | V. R. Nedunchezhiyan |
| Digantikan oleh | V. R. Nedunchezhiyan |
| Dalam jawatan 17 September 1949 – 23 April 1955 | |
| Presiden | Kosong |
| Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
| Digantikan oleh | V. R. Nedunchezhiyan |
| Member of the Tamil Nadu Legislative Council | |
| Dalam jawatan 14 January 1969 – 3 February 1969 | |
| Leader of House | Himself |
| Didahului oleh | Position established |
| Digantikan oleh | Rani Annadurai |
| Member of the Madras Legislative Council | |
| Dalam jawatan 6 March 1967 – 14 January 1969 | |
| Ketua Majlis Legislatif Tamil Nadu | |
| Dalam jawatan 16 Januari 1969 – 3 Februari 1969 | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | M. Karunanidhi |
| Ketua Majlis Perundangan Madras | |
| Dalam jawatan 17 Mac 1967 – 14 Januari 1969 | |
| Didahului oleh | R. Venkatraman |
| Digantikan oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Conjeevaram Natarajan Annadurai[1] 15 September 1909 Conjeevaram, Kepimpinan Madras, Raj BritisIndia Britis (kini Kanchipuram, Tamil Nadu, India) |
| Meninggal dunia | 3 Februari 1969 (umur 59) Madras, Tamil Nadu, India (Kini Chennai) |
| Tempat semadi | Memorial Anna |
| Parti politik | DMK (1949-1969) |
| Gabungan politik lain |
|
| Pasangan | Rani Annadurai (k. 1930) |
| Anugerah awam | Chubb Fellowship (1968) |
| Nama panggilan |
|
Conjeevaram Natarajan Annadurai (15 September 1909 – 3 Februari 1969), juga dikenali sebagai Perarignar Anna, ialah seorang ahli politik India yang merupakan pengasas dan setiausaha agung pertama Dravida Munnetra Kazhagam (DMK). Beliau berkhidmat sebagai ketua menteri Madras keempat dan terakhir dari tahun 1967 hingga 1969, dan kemudian sebagai ketua menteri Tamil Nadu yang pertama selama 20 hari sebelum meninggal dunia ketaka masih memegang jawatan. Beliau merupakan ahli pertama parti Dravida yang memegang mana-mana jawatan tersebut.
Beliau terkenal dengan kemahiran berpidaton dan merupakan penulis tersohor dalam bahasa Tamil . Annadurai menulis skrip serta berlakon dalam beberapa drama, dan sebahagian daripada kemudiannya diadaptasi menjadi filem. Beliau merupakan ahli politik pertama daripada parti-parti Dravida yang menggunakan filem Tamil secara meluas sebagai alat propaganda politik. Dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pertegahan, beliau memulakan kerjaya sebagai guru sekolah, sebelum terjun ke dunia politik di Presidensi Madras sebagai wartawan. Beliau menyunting beberapa jurnal politik dan menyertai Dravidar Kazhagam . Sebagai pengikut setia Periyar, beliau semakin menonjol dan muncul sebagai salah satu tokoh utama dalam parti tersebut. [2] [3] [4]
Disebabkan perbezaan pandangan dengan Periyar, mengenai isu-isu pembentukan negara Dravida Nadu yang merdeka dan hubungan dengan kesatuan India,Annadurai mula berselisih dengan mentor politiknya itu. Ketegangan antara mereka memucak apabila Periyar berkahwin dengan Maniammai, seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya. Tindaka ini menimbulkan kemarahan Annadurai, lalu beliau bersama penyokongnya berpisah daripada Dravidar Kazhagam dan menumbuhkan parti baru, Dravida Munnetra Kazhagam (DMK). Pada peringkat awal, DMK mengikuti ideologi yang sama seperti,Dravidar Kazhagam. Namun, dengan perubahan landskap politik nasional dan pembentukan perlembagaan India selepas Perang Sino-India 1962, Annadurai menggugurkan tuntutan untuk Dravida Nadu sebagai negara merdeka. Pelbagai protes terhadap kerajaan Kongres yang memerintah menyebabkan beliau dipenjarakan beberapa kali; yang terakhir semasa gerakan anti-Bahasa Hindi di Madras pada tahun 1965. Gerakan ini membantu Annadurai meningkatkan sokongan rakyat terhadap DMK. Dalam pilihan raya negeri 1967. , parti beliau memang besar. Kabinetnya ketika itu merupakan yang paling muda di India. Sebagai Ketua menteri, Annadurai menghalalkan perkahwinan Harga Diri, merlaksanakan dasar dua bahasa (menggantikan formula tiga bahasa di negeri-negeri selatan yang lain), memperkenalkan subsidi untuk beras, dan menukar naga Negeri Madras kepada Tamil Nadu.
Walau bagaimanapun, beliau meninggal dunia akibat kanser hanya dua tahun selepas memegang jawatan. Upacara pengebumiannya merupakan upacara pengubumian yang mendapat kehadiran tertinggi di dunia . Banuak institusi dan pertubuhan dinamakan sempena namanya. Sebuah parti serpihan yang ditubuhkan oleh MG Ramachandran pada tahun 1972 dinamakan sempena namanya, iaitu All India Anna Dravida Munnetra Kazhagam
Kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Annadurai dilahirkan dalam keluarga Tamil Sengunthar [5] pada 15 September 1909 di Conjeevaram, Kepimpinan Madras, dalam keluarga kelas menengah bawahan. Bapanya Natarajan Mudaliar [6] ,merupakan seorang penenun dan ibunya ialah Bangaru Ammal, seorang pelayan kuil. [7] Beliau dibesarkan oleh kakaknya, Rajamani Ammal.

Pada usia 21 tahun, beliau berkahwin dengan Rani ketika masih bersekolah. Pasangan itu tidak mempunyai anak sendiri, lalu mereka mengambil dan membesarkan cucu-cucu Rajamani sebagai anak angkat. Beliau pernah bersekolah di Sekolah Menengah Pachaiyappa, [8] tetapi berhenti sekolah untuk bekerja sebagai kerani di pejabat Perbandaran bagi membantu kewangan keluarga.
Pada tahun 1934, beliau tmenamatkan pengajian dengan ijazah Sarjana Muda BA dari Kolej Pachaiyappa ,Chennai . [8] Beliau kemudiannya memperoleh ijazah MA dalam bidang ekonomi dan politik dari kolej yang sama. Annadurai bekerja sebagai guru Bahasa Inggeris [9] di Sekolah Menengah Pachaiyappa, namum kemudian meletak jawatan dan beralih ke bidang kewartawanan. Beliau berkhidmat sebagai editor dalam beberapa majalah mingguan dan kemudian menceburi bidang politik.
Permulaan Kerjaya Politik
[sunting | sunting sumber]Minat Annadurai terhadap politik mendorong beliau menyertai Parti Keadilan pada tahun 1935. [10] Parti Keadilan ditubuhkan pada tahun 1917oleh golongan elit bukan Brahmin . [11] Ia berasal dari Liga Bersatu Madras yang pada awalnya ditubuhkan sebagai kumpulan kerja untuk membantu pelajar bukan Brahmin di Madras mendapatkan tempat tinggal, sebelum berkembang menjadi parti politik di bawah usaha tokoh seperti C. Natesa Mudaliar, P. Theagaraya Chetty dan TM Nair . Parti itu dinamakan Persekutuan Liberal India Selatan (South India Liberal Federation- SILF). – dan lebih dikenali sebagai parti Keadilan . [11] Parti tersebut memerintah Kepimpinan Madras sejak pengenalan pemerintahan sendiri pada thaun 1920, sehingga tewas kepada Kongres Kebangsaan India pada tahun 1937. [12] Ketika Annadurai menyertai parti Keadilan, Periyar merupakan presiden parti itu. Annadurai berkhidmat sebagai penolong editor majalah Justice, kemudian menjadi editor . Viduthalai ( Kebebasan dalam Bahasa Melayu) dan juga turut terlibar dengan akhbar mingguan Tamil, Kudi Arasu. Beliau menerbitkan jurnalnya sendiri Dravida Nadu, dinamakan sempena gagasan Dravida Nadu sebagai sebuah negara merdeka yang diperjuangkan oleh parti tersebut. Pada tahun 1944, Periyar menukar nama parti Keadilan kepada Dravidar Kazhagam dan mengambil keputuan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya. [13]
Perbezaan dengan Periyar dan kelahiran DMK
[sunting | sunting sumber]Kongres Kebangsaan India, yang memimpin perjuangan kemerdekaan India, pada ketika itu dikuasai oleh golongan Brahmin . Periyar beranggapan bahawa kemerdekaan India akan menyebabkan orang India Selatan, khususnya orang Tamil, di bawah penguasaan orang Brahmin dan orang India Utara . [14] Atas sebab itu, beliau menyeru agar 15 Ogos 1947, hari kemerdekaan India, dianggap sebagai hari berkabung. [15] Annadurai menentang pendirian ini lalu jurang perbejaan antara penyokongnya dan Periyar semakin melebar. [14] Annadurai melihat kemerdekaan India sebagai pencapaian seluruh India dan bukan hanya milik India Utara yang berketurunan Aryan. [10] Selain itu, beliau juga menetang keputusan Periyar untuk tidak menyertai pilihan raya demokratik , yang menyebabkan beliau keluar dari mesyuarat parti pada tahun 1948. [10] Periyar menganggap bahawa penyertaan dalam pilihan raya memerlukan kompromi ideologi dengan ideologi,, dan beliau berpendapat pembaruan sosial lebih berkesan dicapai di luar politik, melalui pendidikan dan kesedraan massa. [16] Pecahan ini menjadi lebih serius apabila Periyar berkahwin dengan Maniammai,seorang wania yang 40 tahun lebih muda daripadanya, lalu perbezaan peribadi turut memecahbelahkan penyokong kedua-duanya. [16] [3] [4] Ahkhirnya, Annadurai menumbuhkan parti baharu bersama E. V. K. Sampat (anak saudara Periyar dan ketika itu dianggap sebagai pewaris politiknya [17] ). Parti baharu ini dinamakan Dravida Munnetra Kazhagam . [18] Pada peringkat awal, pengaruh DMK tertumpu di kawasan bandar dan sekitarnya. Namun dengan merayu sokongan golongan bawahan bandar, kelas menegah rendah, pekerja, pelajar, Dalit dan kasta rendah, Annadurai berjaya mempercepatkan pertumbuhan dan penyebaran DMK. Perjuangannya untuk keadilan sosial golongan tertindas membuatkan beliau cepat meraih sokongan rakyat. [10]
Protes pada tahun 1953
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1953, Annadurai mengarahkan DMK untuk menjalankan tiga protes: [16]
- Annadurai mengencam Jawaharlal Nehru, Perdana Menteri India ketika itu, kerana menyifatkan tindakan aktivis DK dan DMK yang merosakan papan tanda berbahasa Hindi di stesen kereta apai sebagai "kebodohan Kanak-Kanak"
- Beliau juga menetang C. Rajagopalachari (Rajaji), ketua menteri Negeri Madras ketika itu atas pengenalan sistem pendidikan baharu yang secara tidak langsung menggalakkan pekerjaan tradisional yang berdasarkan kasta, dikenali sebagai Kula Kalvi Thittam
- Selain itu, Annadurai turut membantah penamaan Kallakkudi sebagai Dalmiyapuram melambangkan penguasaan India utara. Akibat protest ini, beliau ahkirnya dihukum penjara selama tiga bulan
Dravida Nadu
[sunting | sunting sumber]
Semasa zamannya di Dravida Kazhagam, Annadurai telah menyokong seruan Periyar untuk Dravida Nadu yang merdeka. Tuntutan untuk sebuah negara merdeka sedemikian kekal hidup pada zaman awal DMK. EVK Sampath, yang sebelum ini telah melepaskan harta pusakanya daripada Periyar untuk menyertai DMK, melihat seruan untuk Dravida Nadu sebagai matlamat yang tidak realistik. Menjawab kebimbangan Sampath, Annadurai berkata
Kita mesti bertanding dalam lebih banyak pilihan raya, memenangi lebih banyak kerusi dan dengan cara itu meraih keyakinan rakyat; dan apabila tiba masanya yang sesuai, kita mesti bertindak dan bertindak dengan tegas[19]
Penentangan Sampath terhadap penggunaan bintang filem menyebabkan beliau bermusuhan dengan ramai ahli parti yang lain. Akhirnya, dengan perbezaan pendapat yang semakin ketara dengan Annadurai dan pemimpin lain di Dravida Nadu, Sampath meninggalkan DMK dan membentuk partinya sendiri, Parti Nasionalis Tamil, pada tahun 1961. [16] Pada tahun 1962, Annadurai berkata dalam Rajya Sabha bahawa penduduk Dravida mahukan hak penentuan nasib sendiri ... Kami mahukan sebuah negara yang berasingan untuk selatan India . [20]
Walau bagaimanapun, penyusunan semula negeri-negeri di India berdasarkan linguistik telah menyingkirkan wilayah berbahasa Kannada, Telugu dan Malayalam daripada Presidensi Madras, meninggalkan Negeri Madras yang didominasi oleh Tamil. Menyerah kepada realiti, Annadurai dan DMKnya mengubah seruan Dravida Nadu yang merdeka untuk Dravidia kepada Tamil Nadu yang merdeka untuk Tamil . Annadurai merasakan bahawa kekal dalam Kesatuan India bermakna menerima penguasaan linguistik dan kemunduran ekonomi. Walau bagaimanapun, perang Sino-India membawa perubahan dalam perlembagaan India. Pindaan Keenam Belas (paling dikenali sebagai Pindaan Anti-Pemisahan ) mengharamkan mana-mana parti yang mempunyai prinsip mazhab daripada menyertai pilihan raya. Apabila pindaan ini dibentangkan di Parlimen India, Annadurai adalah salah seorang ahlinya. Beliau bertelagah menentang pindaan itu, tetapi akhirnya tidak dapat menghalangnya daripada diluluskan. Berhadapan dengan perubahan perlembagaan baharu, Annadurai dan DMKnya mengabaikan seruan untuk tanah air Tamil yang merdeka. [21] Sejak itu, Annadurai dan DMKnya bertujuan untuk mencapai kerjasama yang lebih baik antara negeri-negeri selatan dan menuntut lebih banyak autonomi untuk Tamil Nadu . [22]
Mengenai pendirian parti itu, Annadurai berkata
Menjadikan negara Dravidian sebagai sebuah negara berasingan adalah cita-cita kami. Namun kini wujud keadaan di mana kami tidak lagi boleh bercakap atau menulis tentang cita-cita itu. Sudah tentu kami boleh memusnahkan parti dengan melanggar larangan tersebut. Tetapi apabila parti itu sendiri musnah, tidak akan ada ruang lagi untuk cita-cita itu terus wujud atau tersebar. Itulah sebabnya kami terpaksa melepaskan cita-cita tersebut.[19]
Gerakan anti-Hindi
[sunting | sunting sumber]Bahasa Hindi pertama kali disyorkan sebagai bahasa yang sesuai untuk tujuan rasmi di India oleh sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Motilal Nehru pada tahun 1928. Langkah ini ditentang oleh rakyat dan ahli politik Tamil Nadu, kerana mereka menganggap bahawa ia akan menjadikan mereka warganegara kelas kedua berbanding penduduk asli India Utara yang bertutur dalam bahasa Hindi. [23]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 10 September 1968, Annadurai pergi ke New York untuk rawatan perubatan dan beliau telah dibedah untuk kanser di kerongkong di Pusat Kanser Memorial Sloan Kettering . Beliau kembali ke Chennai pada bulan November dan terus menghadiri beberapa majlis rasmi tanpa nasihat perubatan. Kesihatannya semakin merosot dan beliau meninggal dunia pada 3 Februari 1969. [16] Kansernya disebabkan oleh tabiatnya mengunyah tembakau. [24] Upacara pengebumiannya memegang rekod untuk bilangan hadirin tertinggi, seperti yang didaftarkan dalam The Guinness Book of Records . [25] Dianggarkan 15 juta orang menghadirinya. [26] Jenazahnya dikebumikan di hujung utara Marina Beach, yang kini dipanggil Memorial Anna . [27]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Filem | Kredit [28] |
|---|---|---|
| 1949 | Velaikaari | Cerita, Lakon Layar dan Dialog |
| 1949 | Nallathambi | Cerita, Lakon Layar dan Dialog |
| 1951 | Atau Iravu | Cerita dan Dialog |
| 1954 | Sorgavasal | Cerita dan Dialog |
| 1956 | Radha Rangoon | Cerita |
| 1959 | Thaai Magalukku Kattiya Thaali | Cerita |
| 1961 | Nallavan Vazhvaan | Cerita |
| 1962 | Edhayum Thangum Idhayam | Cerita |
| 1970 | Kadhal Jothi | Cerita |
| 1978 | Vandikaaran Magan | Cerita |
Skrip filem pertama Annadurai, iaitu Velaikkari, telah memberikannya gaji sebanyak ₹ 12,000, satu jumlah yang besar pada masa itu [29] (bernilai ₹ 1 crore pada harga 2015)
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]Fiksyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Jenis | Kerja | Pertama kali muncul di[28] |
|---|---|---|---|
| 1939 | Novella | Komalathin Kobam | Kudi arasu |
| 1939 | Novella | Kabothipura Kadhal | Kudi arasu |
| 1942 | Novella | Kumasthavin penn or | Dravida Nadu |
| 1942 | Novella | Kalingarani | Dravida Nadu |
| 1943 | Novella | Parvathi B.A | Dravida Nadu |
| 1943 | Drama Pentas | Chandrodhayam | |
| 1945 | Novella | Dasavatharam | Dravida Nadu |
| 1945 | Drama Pentas | Sivaji kanda Hindu samrajyam[30] | |
| 1946 | Drama Pentas | Velaikaari | |
| 1946 | Novella | Kumari kottam | Dravida Nadu |
| 1946 | Novella | Rangoon Radha | Dravida Nadu |
| 1947 | Drama Pentas | Needhidevan mayakkam | |
| 1947 | Parable | Kadhiravan Kaneen | Dravida Nadu |
| 1948 | Drama Pentas | Nallathambi | |
| 1948 | Drama Pentas | Or iravu | |
| 1948 | Novella | En vazhvu | Dravida Nadu |
| 1953 | Drama Pentas | Sorgavasal | |
| 1953 | Drama Pentas | Kadhal jothi | |
| 1955 | Kisah Ibarat | Kumari Surya | Dravida Nadu |
| 1955 | Kisah Ibarat | Nangai Nagaithaal | Dravida Nadu |
| 1955 | Kisah Ibarat | Oru muttalin kadhai | Dravida Nadu |
| 1955 | Drama Pentas | Pavayin payanam | |
| 1956 | Novella | Pudhiya polivu | Dravida Nadu |
| 1957 | Novella | Kadaisi kanavu | Dravida Nadu |
| 1965 | Novella | Thazhumbukal | Kanchi |
| 1965 | Novella | Vandikaaran magan | Kanchi |
| 1968 | Novella | appodhae sonnen | Kanchi |
| 1970 | Drama Pentas | Inba oli | Kanchi and Dravida nadu |
| Novella | Romapuri Raanigal | Kanchi and Dravida nadu |
Bukan fiksyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk [8] |
|---|---|
| 1947 | Kambarasam |
| 1948 | Ariyamayai |
Dalam budaya popular
[sunting | sunting sumber]Satu babak daripada filem Thangarathinam (1960) menunjukkan rakaman sebenar Annadurai dan pemimpin DMK lain yang berucap di Tirāviṭa camutāya cīrtirutta mānāṭu (Persidangan Reformasi Komuniti Dravida) yang diadakan di Palani pada 17 September 1960. Sekumpulan protagonis dalam filem itu dilihat menghadiri persidangan tersebut. Kumpulan itu ditunjukkan sebagai ahli sebuah organisasi reformis bernama Thirukkural Munnanik Kazhagam ( Tamil: திருக்குறள் முன்னணிக் கழகம் ). Akronimnya dalam bahasa Tamil merupakan kiasan kepada DMK (திமுக). [31]
Dalam satu babak daripada filem Iru Kodugal (1969), Pemungut Daerah Janaki ( Sowcar Janaki ), bertemu dengan Ketua Menteri Tamil Nadu . Ketua Menteri tidak kelihatan secara langsung. Sebaliknya, suara CNAnnadurai (seperti yang ditiru oleh Sivagangai Sethurajan) kedengaran. Selain itu, sepasang gelas di atas meja dan sebatang pen di latar depan kelihatan. [32]
Urutan lagu "Nee mannavana chinnavana" dari filem Rudra Thandavam (1978) menunjukkan rakaman sebenar pengebumian Annadurai. [33]
Dalam filem Walter Vetrivel (1993), Vijayakumar memainkan watak Viswanathan (Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Tamil Nadu mengikut plot). Wajah pelakon itu sangat menyerupai Annadurai.
In the film Iruvar (1997), Nassar played Ayya Veluthambi, a character whose role is reminiscent of Annadurai.
Annadurai digambarkan dalam filem Kamarraj (2004).
Bharathi Kannan memainkan watak Annadurai dalam filem Thalaivii (2021). [34]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai tempat yang dinamakan sempena CN Annadurai
- Kementerian Annadurai
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Election Commission, India (1962). "Report on the General Elections in India".
- ^ "Dmk official website".
- ^ a b "Renaming of Madras State". Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":0" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b "Annadurai's death". Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama ":1" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Dmk official website".
- ^ தமிழில் இலக்கிய வரலாறு. 1988.
- ^ "Conjeevaram Natarajan Annadurai". tnpscthervupettagam.com. Dicapai pada 8 September 2024.
- ^ a b c "Life History and Literary Works of C.N. Annadurai". Tamil Electronic Library. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 December 2008. Dicapai pada 20 December 2008. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "TL" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ Satyendra, Kuśa (2000). Dictionary of Hindu Literature. Sarup & Sons. m/s. 9–10. ISBN 978-81-7625-159-4.
- ^ a b c d Rajwat, Mamta (2004). Encyclopaedia of Dalits in India. Anmol Publications. m/s. 246–247. ISBN 978-81-261-2084-0. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "encyc" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ a b Ralhan, O.P. (2002). Encyclopaedia of Political Parties. Anmol Publications. m/s. 125–128. ISBN 978-81-7488-865-5.
- ^ . 2006.
- ^ Sarah, Dickey (1993). "The Politics of Adulation: Cinema and the Production of Politicians in South India". The Journal of Asian Studies. 52 (2): 340–372. doi:10.2307/2059651. JSTOR 2059651.
- ^ a b Rajagopaln, Swarna (2001). State and Nation in South Asia. Lynne Rienner Publishers. m/s. 152–154. ISBN 978-1-55587-967-9.
- ^ Ramaswamy, Cho. "E.V. Ramaswami Naicker and C.N. Annadurai". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 October 2008. Dicapai pada 19 December 2008.
- ^ a b c d e Asaan, GVK (2008). "Anna the genius". The birth centenary of Arignar Anna (C.N. Annadurai – 15 September 1909 – 3 February 1969) is being celebrated between September 2008 and September 2009. The first part of his life sketch appeared in the September issue. In this issue we give the second and the concluding part. Modern Rationalist. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 January 2011. Dicapai pada 20 December 2008. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "MR" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Dmk official website".
- ^ Subramanian, RS (9 October 1998). "Celebrating a half century". Frontline, The Hindu Publishing. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2008. Dicapai pada 19 February 2008.
- ^ a b Phadnis, Urmila; Rajat Ganguly (2001). Ethnicity and Nation-building in South Asia. Sage. m/s. 227. ISBN 978-0-7619-9439-8.
- ^ "Dmk official website".
- ^ Bukowski, Jeanie J; Swarna Rajagopalan (2000). Re-distribution of Authority. Greenwood Publishing Group. m/s. 19–21. ISBN 978-0-275-96377-4.
- ^ "Dmk official website".
- ^ Hardgrave, Robert (1965). "The Riots in Tamilnad: Problems and Prospects of India's Language Crisis". Asian Survey. 5 (8): 399–407. doi:10.2307/2642412. JSTOR 2642412.
- ^ Venkatachalapathy, AR (10 April 2008). "C.N. Annadurai – Politician, 1909–1969". Diarkibkan daripada yang asal pada 12 January 2009. Dicapai pada 20 December 2008.
- ^ "Dmk official website".
- ^ தமிழில் இலக்கிய வரலாறு. 1988.
- ^ "Conjeevaram Natarajan Annadurai". tnpscthervupettagam.com. Dicapai pada 8 September 2024.
- ^ a b "C.N. Annadurai – List of creative works" (dalam bahasa Tamil). Government of Tamil Nadu. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 August 2010. Dicapai pada 18 January 2009. Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah, nama "anna100" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza - ^ "Dmk official website".
- ^ "Dmk official website".
- ^ "Dmk official website".
- ^ "Dmk official website".
- ^ "Dmk official website".
| Jawatan parti politik | ||
|---|---|---|
| Ciptaan baharu | General Secretary of the Dravida Munnetra Kazhagam | Diikuti oleh: {{{after}}} |
| Kerusi dewan | ||
| Didahului oleh {{{before}}} |
Member of Madras State Legislative Assembly | Diikuti oleh: {{{after}}} |
| Didahului oleh {{{before}}} |
Chief Minister of Tamil Nadu | Diikuti oleh: {{{after}}} |
Pautan luaran
[sunting | sunting sumber]- CNAnnadurai: Seratus Orang Tamil Abad ke-20[pautan mati kekal]
- Ulang tahun keseratus CNAnnadurai: Laman web untuk ulang tahun ke-100 CNAnnadurai
- Untuk mengetahui semua tentang Arignar Anna lawati: www.arigaranna.net
- Untuk membaca semua karya Arignar Anna, sila layari: www.annavinpadaippugal.info