CCTV-4
![]() | |
Ketersediaan | |
---|---|
Satelit | |
![]() | Saluran 335 (HD) |
![]() | Saluran 335 (HD) Saluran 375 (SD) |
IPTV | |
![]() | Saluran 235 (HD) |
Penstriman | |
![]() | Astro GO |
![]() | playTV@unifi |
Live Stream(s) | CCTV-4 Asia CCTV-4 Europe CCTV-4 America CCTV Daifu CCTV-4 China |
CCTV-4 Chinese Intenational Channel merupakan salah satu saluran yang terdapat dalam stesen penyiaran CCTV milik kerajaan negara China. Ia merupakan salah satu daripada enam saluran CCTV yang disiarkan di luar Republik Rakyat China.
CCTV-4 menawarkan pelbagai rancangan menarik kepada penonton seperti berita, hiburan, pendidikan, sukan dan dokumentari dalam bahasa Mandarin.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
CCTV-4 dilancarkan secara rasmi pada 1 Oktober 1992 dengan masa siaran dari jam 8:30am hingga 12:10am waktu Beijing.
Rancangan CCTV-4 pada mulanya terdiri daripada campuran rancangan Bahasa Inggeris dan Mandarin. Siaran berbahasa Inggeris berhenti dengan pelancaran CCTV-9 pada bulan September 2000. Sesetengah program CCTV-4 juga disiarkan di bahasa Kantonis sehingga 2000.
Pada 1 November 1994, CCTV News digantikan oleh "China News".
Pada 1 Januari 1995, saluran tersebut memperluaskan liputan antarabangsa dengan melancarkan siaran melalui satelit. Pada masa yang sama, saluran itu disemak semula dan program disiarkan dalam bahasa Mandarin, Kantonis dan Bahasa Inggeris, dan mula ditayangkan 24 jam sehari.
Pada tahun 2007, saluran itu terbahagi kepada tiga edisi benua dan tiga edisi negara:
- CCTV-4 Asia.
- CCTV-4 Europe.
- CCTV-4 America.
Pergantian nombor di Astro Malaysia[sunting | sunting sumber]
Berikut ini adalah perubahan nombor yang ada di CCTV4:
Pada tanggal 31 Ogos 2006, CCTV4 dapat boleh disaksikan melalui Astro di saluran 28.
Pada tanggal 1 Oktober 2007, CCTV4 akan diubah nombor memperkenalkan menjadi 3 digit iaitu 334.