CHILL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa pengaturcaraan CHILL, (ringkasan bagi CCITT High Level Language), adalah bahasa pengaturcara prosedural direka bagi kegunaan switch telekomunikasi (contoh, hardware dalam talisawat telefon).

Bahasanya sama dari segi saiz dan kerumitan dengan bahasa pengaturcaraan Ada. Spesifikasi pertama bahasa ini diterbitkan pada 1980, beberapa tahun sebelum Ada. Bahasa ini pelik kerana ia menyokong dua bentuk sintak deklarasi, satu berasaskan Cobol dan satu lagi berasaskan PL/1.

Terdapat kompiler CHILL, dibekalkan oleh ITU (yang juga bertanggung jawab bagi piwaian CHILL, dikenali sebagai ITU-T Rec. Z.200; ISO/IEC 9496:2003 adalah bersamaan piwaian ISO dan teks kedua dokumen adalah sama). Pada akhir 1999 C.C.I.T.T. berhenti menyelengara piawian Chill. Bahasa ini masih digunakan bagi sistem warisan bagi sesetengah syarikat telekomunikasi.

Kompiler percuma CHILL dibekalkan bersama kompiler Koleksi Kompiler GNU sehingga versi 2.95, tetapi kemudiannya dikeluarkan. Versi berorentasi objek, dikenali sebagai Object CHILL, telah dimajukan[1].

Pautan luar[sunting | sunting sumber]