CJ CheilJedang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
CJ Cheil Jedang
Nama asal
씨제이제일제당 주식회사
Awam
KSE: 001041
IndustriMakanan & perkhidmatan makanan
Ditubuhkan1953; 69 tahun yang lalu (1953)
(sebagai Cheil Jedang Co. Ltd.)
PengasasLee Byung-chul
Ibu pejabatJung-gu, Seoul
Tempat diberi khidmat
Seluruh dunia
Tokoh penting
Kim Chul-ha (CEO)
KeluaranBahan makanan, farmasi, makanan, dan bioteknologi
Hasil US$ 10,41 bilion (2013)[1]
US$ 331 juta (2013)[1]
US$ 112 juta (2013)[1]
Jumlah aset US$ 12,48 bilion (2013)[1]
Jumlah ekuiti US$ 4,62 bilion (2013)[1]
Bilangan kakitangan
5.991 di Korea sahaja (2013)
IndukCJ Group
Laman web rasmi
eng.cjcheiljedang.com
Ibu pejabat di Seoul, Korea

CJ Cheil Jedang ialah sebuah syarikat Korea Selatan yang menghasilkan bahan makanan, farmasi, makanan, dan bioteknologi. Jenamanya antara lain ialah Beksul, Bibigo, CJ Hat Kimchi, DASIDA, dan Haechandle.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

CJ Cheil Jedang ditubuhkan sebagai 'Cheil Jedang' pada Ogos 1953 sebagai pengeluar gula dan tepung, serta awalnya merupakan pembahagian dari Samsung Group. Pada Julai 1993, Cheil Jedang mulai dipisahkan dari Samsung dan diuruskan oleh pengurusan bebas, serta berubah menjadi syarikat yang terlibat dlam industri makanan dan hiburan. Pada tahun 1996, syarikat ini bertukar nama kepada 'Cheil Jedang Group' dan menyelesaikan pemisahannya secara rasmi dari Samsung Group pada Februari 1997.[2]

Pada Oktober 2002, CJ Group dilancarkan, dan nama syarikat ini ditukar kepada 'CJ Co., Ltd'. Pada September 2007, syarikat ini dinamakan semula sebagai 'CJ CheilJedang Co., Ltd', sementara CJ Group menjadi syarikat induk yang dianggotai oleh beberapa syarikat yang bergerak pada industri makanan dan hiburan. CJ Group memiliki empat perniagaan utama, Makanan & Perkhidmatan Makanan, Biofarma, Media Hiburan, serta Perblanjaan & Logistik. CJ Cheil Jedang dimasukkan ke perniagaan Makanan & Perkhidmatan Makanan.[3]

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Perniagaan utama CJ Cheil Jedang ialah bahan makanan (termasuk gula, gandum, dan minyak), makanan, logistik, bioteknologi (termasuk MSG & laisin), dan makanan diproses serta makanan haiwan.

CJ telah berkembang ke beberapa negara, dengan membuka ibu pejabat di China, Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Vietnam, Brazil, Australia, Jepun, Rusia, dan Singapura.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Cj Cheiljedang Corp (097950:Korea SE)". businessweek.com. Dicapai pada 2014-04-25.
  2. ^ Kim, So-hyun (4 March 2013). "CJ rises as beacon of Korean food, shopping, pop culture". Korea Herald. Dicapai pada 4 March 2013.
  3. ^ "Company history". CJ Cheil Jedang. Dicapai pada 9 October 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]