Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari CMCF)

Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (bahasa Inggeris: Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia; CMCF) ialah sebuah badan yang bertanggungjawab mentadbir kandungan dan mengendalikan isu–isu yang berkaitan dengan kandungan berbentuk komunikasi dan multimedia di Malaysia. CMCF ditetapkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).[1]

CMCF ditubuhkan secara rasmi pada Februari 2001 dengan suatu tanggungjawab menggubal dan membangunkan satu Kod Kandungan negara yang bukan sahaja untuk pengamal industri malah buat pengguna awam. Tujuan utama Kod Kandungan adalah untuk mencadangkan garis panduan dan tatacara berhubung peruntukan kandungan melalui kawalan diri oleh industri dengan cara yang praktikal. Selain itu, ia boleh dilaksanakan secara komersial, sekaligus merangsang, mempromosi dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan industri. CMCF juga telah mewujudkan Biro Aduan serta menganjurkan program kesedaran untuk pelbagai sektor sama ada awam mahupun swasta.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Izwan Ismail (6 Mac 2017). "Towards responsible content creation". New Straits Times. Dicapai pada 4 Mei 2019.
  2. ^ "CMCF kawal kandungan siaran Malaysia". Kosmo!. 25 Disember 2012. Dicapai pada 4 Mei 2013.
  3. ^ Dhajit Dhesi (7 April 2018). "Online content set to be reviewed". The Star Online. Dicapai pada 4 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]