CNN Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Fail:Cnn id news anchor.jpg
News Anchor CNN Indonesia

Cable News Network Indonesia (disingkat CNN Indonesia) ialah sebuah stesen televisyen dan tapak berita milik Trans Media bekerjasama dengan Turner International. Saluran ini disiarkan pertama kalinya pada Isnin, 17 Ogos 2015. Pelancaran utamanya berlangsung sejak 15 Disember 2015 dalam rangka memperingati ulang tahun Trans Media yang ke 14.

Bersiaran dalam Bahasa Indonesia dari studio Trans Media, saluran CNN Indonesia menyajikan kandungan tempatan dan internasional, dengan tumpuan pada berita umum, perniagaan, sukan, teknologi dan hiburan. Sementara itu, tapak berita CNNIndonesia.com telah diluncurkan pada 20 Oktober 2014 dengan Yusuf Arifin sebagai pemimpin redaksi.

Semasa ini, CNN Indonesia sudah bersiaran selama 24 jam sehari dan dapat disaksikan di saluran televisyen berbayar Transvision, UseeTV serta live streaming di CNNIndonesia.com Selain di tv berbayar anda juga boleh menyaksikan acara CNN Indonesia di Antenna Digital Di Jakarta 40 serta 42 UHF dan di Surabaya 35 UHF, selain itu juga bagi penonton yang menggunakan Antenna biasa atau analog boleh menyaksikan acara CNN Indonesia melalui Trans TV dan Trans 7.

CNN Indonesia dan CNN International ialah dua pertubuhan yang berbeza dan berasingan. Mereka bebas dari satu sama lain, tetapi dapat bekerjasama dan saling membantu dalam peliputan berita besar.

CNN Indonesia ialah bahagian dari strategi CNN International Commercial's Content Sales and Partnerships Group yang berupaya menjangkau lebih banyak lagi audiens dengan bekerjasama dengan pertubuhan media setempat. Selain di Indonesia, kerjasama sejenis telah terjalin pula di CNN Filipina, CNN Turki dan CNN Chile, CNBC Indonesia.

Jangan[sunting | sunting sumber]

Program acara[sunting | sunting sumber]

Berikut ini ialah program acara yang ditayangkan oleh CNN Indonesia dan TRANS TV dari Trans7:

Adapun acara yang ditayangkan bersama Trans7:

Acara yang pernah ditayangkan[sunting | sunting sumber]

  • CNN Indonesia Tonight (digantikan oleh The World Tonight)
  • CNN Indonesia Report (digantikan oleh CNN Indonesia Live)
  • CNN Indonesia Live (digantikan oleh CNN Indonesia News Report)
  • CNN Indonesia Prime Malam (digantikan oleh CNN Indonesia Prime News)
  • CNN Indonesia Police (digantikan oleh CNN Indonesia Police)
  • Closer Look
  • Leading Women

Tokoh kunci[sunting | sunting sumber]

  • Titin Rosmasari (Pengarah Utama dan Pemimpin Redaksi)
  • Desi Anwar (Pengarah)
  • Alfito Deannova (Pengarah)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]