COSCO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sebuah kapal kontena COSCO, Cosco Vancouver

China Ocean Shipping (Group) Company, atau singkatannya COSCO atau COSCO Group, ialah sebuah konglomerat perkapalan yang dimiliki kerajaan Republik Rakyat China. Kumpulan ini mempunyai lebih dari 130 kapal kontena (dengan kapasiti keseluruhan 320,000 TEU) dan beroperasi di lebih 100 pelabuhan seluruh dunia.[1]

COSCO ialah syarikat perkapalan kontena keenam terbesar di dunia berdasarkan jumlah kapal kontena, dan kesembilan terbesar di dunia berdasarkan jumlah keseluruhan kontena dikendalikan.[2]. Ia juga merupakan antara pengendali perkapalan kargo pukal kering yang terbesar di dunia.

Kumpulan ini terdiri daripada 6 syarikat tersenarai dan lebih dari 300 subsidiari tempatan dan antarabangsa, yang menyediakan perkhidmatan penghantaran barang, pembinaan kapal, pembaikan kapal, operasi terminal, pengeluaran kontena, perdagangan, kewangan, hartanah dan teknologi maklumat.

Ia mengoperasikan pelbagai jenis kapal dagang seperti kapal tangki, kapal kargo pukal dan kapal kontena, yang jumlah keseluruhannya melebihi 600 buah dengan kapasiti muatan keseluruhan sehingga berat mati 35 juta metrik tan.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ COSCO Group
  2. ^ "Liner market shares". BRS report for Alphaliner. 2006. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]