Anjing pemburu tikus Mallorca

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ca rater mallorqui)
Anjing pemburu tikus Mallorca
Negara asalSepanyol
Trait
Berat Jantan 3.5–5 kilogram (8–11 lb)
Betina 3–4 kilogram (7–9 lb)
Tinggi Jantan 32–36 sentimeter (13–14 in)
Betina 29–33 sentimeter (11–13 in)
Bulu Pendek
Warna Hitam dan sawo matang, perang dan sawo matang, kadang-kadang putih dengan tompok-tompok atau triwarna
Catatan
  • Diiktiraf oleh Govern Illes Balears pada tahun 2002[1]:23307
  • Diiktiraf dalam perundangan kebangsaan Sepanyol pada tahun 2004[2]:13433
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu tikus Mallorca[a] ialah satu baka anjing Sepanyol daripada jenis pemburu tikus yang terdapat di pulau Mallorca di Kepulauan Balear.[2][3]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul baka ini adalah tidak jelas, tanpa bukti berdokumen sebelum lewat abad kesembilan belas. Pada awal abad kedua puluh, orang Valencia berhijrah ke Mallorca; mereka mungkin telah membawa sesetengah anjing pemburu tikus bersama dengan mereka.[3][4] Anjing pemburu tikus Mallorca dipercayai secara meluas berkaitan dengan anjing pemburu tikus Valencia; terdapat juga kemungkinan bahawa terdapat sedikit kemasukan darah terier Inggeris dalam sejarah baka ini.[3]

Sebuah persatuan baka, iaitu Club Espanyol del Ca Rater Mallorquí ("Kelab Anjing Pemburu Tikus Mallorca Sepanyol"), diasaskan pada tahun 1990 dan pendaftaran dimulakan.[5] Baka ini diiktiraf oleh komuniti berautonomi Kepulauan Balear dengan penerbitan piawaian baka dalam Bulletí Oficial de les Illes Balears ("Buletin Rasmi Kepulauan Balear") pada tahun 2002[1][5] dan, pada tahun 2004, ia menerima pengiktirafan kebangsaan apabila piawaian diterbitkan dalam Boletín Oficial del Estado ("Buletin Rasmi Negara"), jurnal rasmi pemerintah Sepanyol.[2][5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu tikus Mallorca digunakan di pulau Mallorca untuk memburu tikus dan arnab.[2][3] Ia merupakan anjing pengawal bagus dan haiwan teman baik.[6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ; Catalan: ca rater mallorquí; Sepanyol: perro ratonero mallorquín; ratonero mallorquín; bahasa Inggeris: Majorca ratter

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mateu Morro i Marcé (18 Disember 2002). Núm. 26150: Ordre del Conseller d'Agricultura i Pesca, de 18 de desembre de 2002, per la qual es crea el Llibre genealògic del Ca rater mallorquí i se'n regula el funcionament (Català). Butlletí Oficial de les Illes Balears. 156 (28 Disember 2002): 23306–23308.
  2. ^ a b c d Arias Cañete (24 Mac 2004). 5652: Orden APA/807/2004, de 24 de marzo, por la que se actualiza el anexo del Real Decreto 558/2001, de 25 de mayo, por el que se regula el reconocimiento oficial de las organizaciones o asociaciones de criadores de perros de raza pura. (Sepanyol). Boletín Oficial del Estado 77 (30 Mac 2004): 13430–13435. Rujukan: BOE-A-2004-5652. European Legislation Identifier: pautan kekal.
  3. ^ a b c d Payeras Capella, Llorenç (2009). "Ca Rater Mallorquí (Ratonero Mallorquín)". Dalam Fernández Rodríguez, Miguel; Gómez Fernández, Mariano; Delgado Bermejo, Juan Vicente; Adán Belmonte, Silvia; Jiménez Cabras, Miguel (penyunting). Guía de campo de las razas autóctonas españolas (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Madrid, Sepanyol: Ministerio de Medio Ambiente y Medio Rural y Marino. m/s. 518–520. ISBN 978-84-491-0946-1.
  4. ^ Races autòctones de les Illes Balears: Ca rater mallorquí: Orígens (Català). Pemerintah Kepulauan Balear. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  5. ^ a b c Races autòctones de les Illes Balears: Ca rater mallorquí: Dades generals (Català). Pemerintah Kepulauan Balear. Dicapai pada 31 Mac 2024.
  6. ^ Races autòctones de les Illes Balears: Ca rater mallorquí: Caràcters generals (Català). Pemerintah Kepulauan Balear. Dicapai pada 31 Mac 2024.