Cacar monyet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cacar monyet
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Ruam kulit akibat cacar monyet pada anak perempuan berusia 4 tahun
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaDemam, sakit kepala, sakit otot, ruam melepuh, nodus limfa bengkak[1]
KerumitanJangkitan sekunder, pneumonia, sepsis, ensefalitis, kehilangan penglihatan dengan jangkitan mata teruk[2]
Permulaan biasa
5-21 hari setelah pendedahan[1]
Tempoh2 ke 4 minggu[1]
JenisKlad I, Klad II[2]
PuncaVirus cacar monyet[3]
Pengesanan DNA virus[2]
Cacar air, variola[4]
PencegahanVaksin cacar[5]
RawatanSokongan[2]
Rawatan perubatan
Tekovirimat, antivirus
PrognosisKebanyakannya pulih[6]
KekerapanJarang[3]
Kematiankurang 1% (klad Afrika Barat),[7] hingga 10%[1] (klad lembangan Kongo, tanpa rawatan)[8]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cacar monyet (diberi nama baharu mpox pada 2022)[9] ialah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet dalam sesetengah haiwan, termasuk manusia.[2] ialah suatu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan virus cacar monyet dalam sesetengah haiwan termasuk manusia.[3] Gejalanya dimulai dengan demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak nodus limfa dan lelah. Hal ini kemudian diikuti oleh kemunculan ruam yang membentuk lepuh. Tempoh inkubasi antara pendedahan terhadap virus hingga timbulnya simptom adalah sekitar 10 hari. Gejala-gejala tersebut biasanya akan dialami pesakit selama dua minggu.[1] Kes-kes cacar mungkin bersifat teruk, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, wanita mengandung atau mereka dengan sistem imun yang terjejas.[10]

Seseorang dapat dijangkiti virus akibat digigit atau dicakar haiwan, bersentuhan dengan daging atau bendalir tubuh haiwan liar terjangkit, objek tercemar atau berada dalam jarak dekat dengan orang yang dijangkiti. Virus cacar monyet umumnya mengalir dalam kalangan rodensia.[11] Diagnosis dilakukan melalui pengesanan DNA virus daripada sampel luka.[5] Tanda klinikal penyakit ini mirip dengan cacar air.[4]

Vaksin cacar (variola) dapat mencegah jangkitan dengan keberkesanan 85%.[5][12] Pada 2019, vaksin cacar monyet, Jynneos (juga dikenal sebagai Imvanex di Kesatuan Eropah dan Imvamune di Kanada[13]), telah disetujui bagi penggunaan terhadap orang dewasa di Amerika Syarikat.[14] Buat masa kini, tiada rawatan khusus untuk merawat penyakit ini, dan fokus utama rawatan ialah pengurusan gejala serta kawalan penyakit.[15] Terapi lazim yang digunakan saat ini ialah tekovirimat, antivirus yang secara khusus ditujukan untuk mengubati virus ortopoks, walaupun keberkesanannya masih belum terbukti.[16] Ubat ini disetujui untuk mengubati cacar monyet di Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat. Sidofovir atau brinsidofovir mungkin juga bermanfaat bagi melawan penyakit ini.[4][17] Risiko kematian, jika tidak diubati, dilaporkan sebesar 10% hingga 11% dalam klad basin Kongo (Afrika Tengah).[1][18][19]

Cacar monyet pertama kali dikenal pasti pada 1958 dalam monyet makmal di Copenhagen, Denmark.[20] Walaupun demikian, monyet bukanlah reservoir alami virus tersebut.[21] Kes pertama melibatkan manusia ditemui pada 1970 di Republik Demokratik Congo.[20] Wabak cacar monyet yang terjadi di Amerika Syarikat pada 2003 diduga berasal dari pasaran haiwan peliharaan serta penjualan haiwan rodensia yang diimport dari Ghana.[5] Wabak cacar monyet 2022 merupakan insiden pertama penularan meluas di luar Afrika, yang dimulai di England pada Mei 2022, dengan kes-kes berikutnya dikesan di kawasan Eropah, Amerika, Australia dan Timur Tengah.[22][23]

Punca[sunting | sunting sumber]

Cacar monyet dalam kalangan manusia serta haiwan disebabkan oleh virus cacar monyetvirus DNA dwibebenang dalam genus Orthopoxvirus, keluarga Poxviridae, berkait dengan variola, cacar lembu dan vaksinia. Dua subjenis virus yang ada ialah Klad I dan Klad II.[2] Klad II dibahagikan lagi menjadi subklad: Klad IIa dan Klad IIb. Kes yang dikenal pasti dalam wabak dunia 2022-2023 berlaku disebabkan oleh Klad IIb.[2] Klad I secara amnya terhad di Republik Demokratik Congo, dan dianggarkan menyebabkan penyakit yang lebih teruk dengan peluang maut lebih tinggi berbanding IIa dan IIb.[24]

Struktur dan skala virus cacar monyet

Virus ini disifatkan endemik di kawasan hutan hujan tropika di Afrika Tengah dan Barat.[25] Di samping monyet, virus ini telah dikenal pasti hadir dalam tikus Cricetomys gambianus, tikus Graphiurus spp., dan tupai Afrika (Heliosciurus dan Funisciurus). Penggunaan haiwan ini sebagai sumber makanan mungkin menjadi sumber penghantaran utama virus ke manusia.[2]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan kes cacar hadir dengan gejala ringan, dan pulih sepenuhnya dalam 2 hingga 4 minggu.[10] Tiada rawatan khusus bagai penyakit ini, tetapi antivirus seperti tekovirimat telah diluluskan bagi rawatan cacar monyet teruk.[16][26][15] Kesakitan adalah biasa dan mungkin teruk; rawatan sokongan seperti kawalan sakit dan demam mungkin diberi.[10][27] Pesakit dengan gejala ringan perlu dilindungi di rumah, berada dalam hidrasi baik, makan dengan baik, dan mengambil langkah-langkah untuk menjaga kesihatan mental.[2]

Pesakit dengan risiko tinggi termasuk kanak-kanak, wanita mengandung, warga emas dan dengan sistem imun yang terganggu.[28] Bagi para pesakit ini atau pesakit tahap teruk, rawatan di hospital dengan pemantauan gejala secara rapi adalah digalakkan.[27] Rawatan bergejala adalah digalakkan bagi komplikasi seperti proktitis dan kegatalan.[27]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f "Signs and Symptoms Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  2. ^ a b c d e f g h i "WHO Factsheet – Mpox (Monkeypox)". World Health Organization (WHO). 18 April 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2022. Dicapai pada 21 Mei 2023.
  3. ^ a b c "About Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  4. ^ a b c McCollum AM, Damon IK (Januari 2014). "Human monkeypox". Clinical Infectious Diseases. 58 (2): 260–267. doi:10.1093/cid/cit703. PMID 24158414.
  5. ^ a b c d "2003 U.S. Outbreak Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  6. ^ "Monkeypox". GOV.UK. 24 Mei 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2022. Dicapai pada 28 Mei 2022.
  7. ^ Sklenovská N, Van Ranst M (September 2018). "Emergence of Monkeypox as the Most Important Orthopoxvirus Infection in Humans". Frontiers in Public Health. 6: 241. doi:10.3389/fpubh.2018.00241. PMC 6131633. PMID 30234087.
  8. ^ Osorio, J.E.; Yuill, T.M. (2008). "Zoonoses". Encyclopedia of Virology. m/s. 485–495. doi:10.1016/B978-012374410-4.00536-7. ISBN 9780123744104. S2CID 214756407.
  9. ^ "WHO recommends new name for monkeypox disease" (Siaran akhbar). World Health Organization (WHO). 28 November 2022. Dicapai pada 29 November 2022.
  10. ^ a b c "Mpox (monkeypox)". World Health Organisation. 12 Mei 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023. Dicapai pada 24 Mei 2023.
  11. ^ "Transmission Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  12. ^ "Treatment | Monkeypox | Poxvirus | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 18 Julai 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2019. Dicapai pada 18 Mei 2022.
  13. ^ "Smallpox Vaccine Supply & Strength". National Institute of Allergy and Infectious Diseases (NIAID). 26 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2019. Dicapai pada 16 Oktober 2019.
  14. ^ "FDA approves first live, non-replicating vaccine to prevent smallpox and monkeypox". FDA (dalam bahasa Inggeris). 24 September 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Oktober 2019. Dicapai pada 27 September 2019.
  15. ^ a b "Mpox (formerly Monkeypox)". NIH: National Institute of Allergy and Infectious Diseases (dalam bahasa Inggeris). 6 Disember 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023. Dicapai pada 24 Mei 2023.
  16. ^ a b "Patient's Guide to Mpox Treatment with Tecovirimat (TPOXX)". Centers for Disease Control and Prevention. 28 November 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2023. Dicapai pada 24 Mei 2023.
  17. ^ "Treatment | Monkeypox | Poxvirus | CDC". www.cdc.gov (dalam bahasa Inggeris). 28 Disember 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2019. Dicapai pada 11 Oktober 2019.
  18. ^ Marriott KA, Parkinson CV, Morefield SI, Davenport R, Nichols R, Monath TP (Januari 2008). "Clonal vaccinia virus grown in cell culture fully protects monkeys from lethal monkeypox challenge". Vaccine. 26 (4): 581–588. doi:10.1016/j.vaccine.2007.10.063. PMID 18077063.
  19. ^ "Multi-country monkeypox outbreak in non-endemic countries". World Health Organization. Dicapai pada 22 Mei 2022.
  20. ^ a b "Monkeypox". CDC (dalam bahasa Inggeris). 11 Mei 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Oktober 2017. Dicapai pada 15 Oktober 2017.
  21. ^ https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/monkeypox
  22. ^ "Monkeypox cases investigated in Europe, the United States, Canada and Australia". BBC News. Dicapai pada 20 Mei 2022.
  23. ^ Efrati, Ido. "Israel Confirms First Case of Monkeypox Virus". Haaretz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 Mei 2022.
  24. ^ "Mpox (formerly Monkeypox) | NIH: National Institute of Allergy and Infectious Diseases". www.niaid.nih.gov (dalam bahasa Inggeris). 6 Disember 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Mei 2023. Dicapai pada 26 Mei 2023.
  25. ^ Moore, Marlyn J.; Rathish, Balram; Zahra, Farah (30 November 2022), "Mpox (Monkeypox)", StatPearls, StatPearls Publishing, PMID 34662033 Check |pmid= value (bantuan), diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2023, dicapai pada 26 Mei 2023
  26. ^ "Tecovirimat SIGA". European Medicines Agency. 28 Januari 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mei 2022. Dicapai pada 19 Mei 2022.
  27. ^ a b c "Mpox (monkeypox) – Treatment algorithm". BMJ Best Practice. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Disember 2022. Dicapai pada 14 Mac 2023.
  28. ^ "Factsheet for health professionals on mpox (monkeypox)". European Centre for Disease Prevention and Control (dalam bahasa Inggeris). 25 Oktober 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Jun 2022. Dicapai pada 29 Mei 2023.