Cacing tubifex

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tubifex
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Subkeluarga:
Genus:
Tubifex

(Lamarck, 1816)

Cacing tubifex merujuk kepada sejenis cacing dari alam animalia, filum annelid dan genus tubificid. Spesies cacing ini secara biogeografinya mempunyai gaya pelataan metropolitan (metropolitan distribution), dimana ia boleh ditemukan hampir kebanyakkan tempat diseluruh dunia dan dilihat rentan dengan perbandingan atau perubahan iklim dan cuaca yang tidak menentu dan tidak seragam. Habitat atau biotope cacing ini merangkumi kawasan mendapan di tasik, sungai, dan kadang-kala boleh merebak ke kawasan berair kumbahan. ia juga boleh ditemukan hampir kesemua persekitaran kolam, dan akuarium.[1] At least 13 species of

Cacing tubifex mudah untuk dikenal pasti, jumlah bilangannya dalam sesuatu koloni biasanya banyak, bertimbun dan sukar untuk dikira. Namun spesies ini jika dilihat mudah untuk dibezakan dengan spesies lain. Ia juga boleh hidup dengan baik dalam kolam, akuarium dan tasik yang tercemar dengan enapan bahan organik yang tinggi, dimana biasanya haiwan akuatik lain tidak mampu bertahan.

Makanan[sunting | sunting sumber]

Cacing tubifex boleh memakan banyak sumber organik yang mereput dikawasan air, memakan detritus, dan makanan berasaskan sayuran dan tumbuhan yang biasanya boleh dilihat ditepi longkang, sungai atau parit.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Cacing tubifex bersifat hermafrodit: seekor cacing mempunyai dua alat kelamin baik jantan (testis) dan betina (ovari). Organ pembiakan ini terletak di bahagian ventral didinding badan tepatnya dibahagian kaviti selomik. Dalam spesimen yang lebih matang, organ pembiakan boleh dijumpai dengan lebih jelas deibahagian ventral badan.

Pengkulturan Cacing tubifex[sunting | sunting sumber]

Sekurang-kurangnya terdapat 2 spesies cacing Tubifex yang dibiakkan untuk tujuan komersial. Tujuannya sebagai sumber makanan berprotein tinggi untuk ikan. Cacing tubifex yang berwarna merah iaitu Tubifex tubifex biasanya lebih besar. Manakal spesies hitam disebut "cacing hitam". Cacing tubifex mudh untuk dikultur, penghasilan individu sepunya baharu boleh mucul hanya semalaman dalam koloni yang kecil.

Penghasilan baka berskala besar boleh dibuat dalam bekas tebal berukuran 50- hingga 75-mm, atau kolam yang dalamnya terdapat mendapan organik, seperti sebatian sayuran, lebihan jisim bran dan roti. Aliran air tenang berterusan mesti dikawal supaya cacing tidak boleh dihanyutkan. Selain itu sistem perparitan juga mesti diselenggara dengan baik supaya tidak terlalu tercemar. Kemudian adunkan induk-induk Cacing tubifex yang diperolehi dari terusan atau kawasan kumbahan terdekat. Dalam tempoh 15 hari sahaja, lambakan kluster cacing akan terbentuk diatas mendapan, lalu buangkan lebihan mendapan. cacing tubifex akan muncul ke permukaan kerana memerlukan kepekatan oksigen yang tinggi untuk hidup, ambil cacing yang telah naik ke permukaan bilas dengan air bersih yang tenang untuk membuang kotoran pada tubuhnya. Cacing yang sudah dibersihkan boleh dijual segar atau disejuk bekukan dalam bentuk kiub.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dukes, Tyler (2009-07-01). "Raleigh 'sewer creature' surprises city officials". news14.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-07-04. Dicapai pada 2009-07-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]